22 September, 2023

Program Simplified Trading Signal (STS) Bakal Berwajah Baru

2 min read
Kongsikan artikel ini

Assalamualaikum..

Kami dari AJL nak maklumkan yang program advance kami iaitu Simplified Trading Signal (#STS) tidak akan lagi diadakan secara kelas. Dan kami tidak akan lagi menganjurkan program STS ini di hotel selama 3 hari seperti yang kami anjurkan sebelum ini. Tetapi….

STSOn9

Bermula tahun 2019, kami akan jalankan program STS secara online (#STSOn9) yang bakal dijadikan sebagai program pembelajaran jarak jauh (PJJ)

Jika sebelum ini program STS dijalankan selama 3 hari sepanjang tempoh 4 tahun ia dianjurkan, kini anda boleh memiliki ilmu STS hanya dihujung jari. Ya… Hanya dihujung jari dengan menggunakan teknologi terkini..

Tiada lagi masalah tidak ada masa untuk hadir ke program kami atau masa program tidak bersesuaian dengan masa anda sebab akan datang anda sudah tidak perlu membazirkan wang dan masa untuk hadir, anda boleh pelajarinya seperti standard kelas PJJ tau..

Kini anda sudah tidak boleh memberikan alasan sebab harga untuk kelas STSOn9 jauh lebih rendah daripada kelas 3 hari yang dijalankan sebelum ini. Berbaloi tak anda rasa??

Upgrade

Kami dari AJL cuba untuk menambahbaik segala silibus dan bentuk penyampaikan education trading kami dari semasa ke semasa. Jika dahulu kami hanya menjalankan dan memberikan education dalam bentuk kelas, kini kami juga sudah mula membukakan ia dalam bentuk dvd dan online kerana kami mengambil kira juga pelajar yang ingin belajar tapi susah untuk hadir ke tempat kami.

Jika anda masih lagi memberikan 1001 alasan, Pakar Motivasi menyebut bahawa orang tersebut telah mensabotaj diri mereka sendiri (Self Sabotage). Oleh itu, otak mereka ini akan cuba memproses berbagai alasan hanya untuk menghindarkan diri daripada membuat anjakan paradigma ke arah kebaikan.

Dan mereka ini juga sebenarnya hidup dalam keadaan pemikiran yang negatif. Selalunya orang yang berfikiran negatif akan cuba memikirkan sesuatu yang negatif terlebih dahulu walaupun dia belum lagi mencubanya. 

Semoga STSOn9 yang bakal AJL lancarkan pada tahun hadapan akan melahirkan lebih ramai lagi trader yang berjaya. 🙂

Dan AJL harapkan anda salah seorang daripadanya.. Nantikan STSOn9 kami……

About Author