17 May, 2025

Macam Mana Nak Cari Trend??

Trend Oh Trend

Sebagai seorang trader, sudah tentu anda kena tahu akan trend sesuatu pasaran sebelum anda entry. Tanpa mengetahui apakah trend pada pasaran tersebut, anda dilarang sama sekali untuk mengambil apa-apa posisi dalam pasaran kerana ia hanya akan menyebabkan anda mengalami kerugian.

Kami pasti ramai juga dari kalangan anda yang mengetahui trend itu sangat penting. Dan pelaburan dalam pasaran antarabangsa ini memang memegang risiko yang sangat tinggi. Jadi hanya dengan ilmu yang dalam dan secukupnya yang mampu meminimakan risiko kerugian yang anda terpaksa tanggung.

Tapi, bagaimana anda melihat trend??

Sudah cukupkah ilmu anda untuk mengetahui dan mencari trend sesuatu pasaran itu??

Kami dari AJL ingin kongsikan kepada anda 3 cara untuk anda cari dan tentukan trend sesuatu pasaran. Berminat nak tahu?

Sebelum itu kami akan terangkan dahulu berkenaan TREND untuk memudahkan lagi fahaman anda tentangnya.

Apa Itu Trend??

Trend adalah hala tuju sesuatu pasaran sama ada menaik (uptrend) ataupun menurun (downtrend). Jika trend pasaran dalam keadaan mempunyai momentum yang kuat, maka trend pasaran tersebut akan pergi lebih jauh berbanding sewaktu pasaran dalam keadaan trend tanpa momentum. Selalunya trader akan dapat mengaut keuntungan yang lebih ketika trend dalam keadaan ada momentum.

Selain itu, ada juga satu keadaan di mana pasaran dalam keadaan tiada trend iaitu pergerakannya dalam keadaan mendatar (sideway). Pasaran menjadi sideway kerana tiada pembeli dan penjual yang agresif ketika itu.

3 Cara Nak Cari Trend

Untuk melihat sama ada pasaran mempunyai trend atau tidak, anda boleh menggunakan cara-cara yang kami tunjukkan di bawah ini.

1. Guna Line Chart

Kebiasaannyakan pasaran dalam keadaan bentu candlestick kan? Anda tukarkan kepada bentuk Line Chart pula untuk lihat sama ada garisan line chart tersebut dalam keadaan menaik atau menurun. Mudah sahaja kan?

Penggunaan line sebenarnya memberikan anda pandangan lebih jelas berbanding batang-batang candle kerana ada sesetengah trader yang tidak dapat melihat trend kerana dia melihat candle yang turun naik seperti sama sahaja. 

Lihat contoh yang kami dah sediakan di bawah ini..

 

2. Lihat High Low 

Cara kedua pula ialah anda lihat pada setiap pergerakan price dalam chart. Sebab harga sesebuah market ni ada naik, ada turun. Dia pun ada format High Low dia yang kalau anda faham, memang tahu market ni tengah up ke down.

So, kena tengoklah kalau dari Low ke High, ada lagi HL ke HH, market dalam keadaan uptrend. Kalau dari High ke Low, lepas tu muncul pula LH ke LL, maka market dalam keadaan menurun. Tu je trend nak faham. Boleh rujuk gambar kat bawah ni untuk lebih faham

Ini contoh trend dalam keadaan menaik..

Ini trend dalam keadaan menurun..

 

3. Tengok Indikator

Lagi satu cara mudah, anda gunakan indikator untuk tengok keadaan trend pasaran. Cara ini lagi mudah sebab anda cuma perlu faham fungsi indikartor tersebut. Cumanya penggunaan indikator ni dia delay (lambat) sikit dari candlestick sebab dia tunggu dulu market jalan, baru dia akan keluar indikatornya.. Tapi anda masih boleh gunakannya untuk tengok trend.

Itulah dia macam mana cara nak cari trend dengan menggunakan teknik paling mudah.  Lepas ni kami share lagi ye info lain..