Sering Kebocoran Wang Boleh Merebak Jadi Kanser?!
Sering Kebocaran Wang?
Sesiapa pun sedia maklum yang kebocoran wang ni memang satu penyakit yang amat susah untuk diatasi. Lebih-lebih lagi hasil pendapatan yang diperolehi tidak mampu menampung jumlah perbelanjaan yang perlu dikeluarkan. Jika dulu mungkin masih ada lagi yang dapat mengatasi masalah kebocoran wang ini dengan menghentikan perbelanjaan pada barang-barang yang bukan keperluan.
Tapi hari ini, kami sendiri melihat betapa lajunya wang keluar dari poket setiap kali gaji baru masuk. Boleh dikatakan perbelanjaan yang perlu ditanggung memang sangat tinggi. Mungkin sebab sekarang ni harga barang dah banyak yang naik, tapi pendapatan kita tetap ditakuk yang sama, hingga menyebabkan wang simpanan pula yang terpaksa dikeluarkan untuk cover expenses yang lain.
Anda juga mengalami situasi yang sama juga kan?
Tapi apa yang lagi menakutkan adalah apabila anda bukan menggunakan wang simpanan untuk cover expenses yang berlebihan, tetapi anda menggunakan kad kredit anda untuk menampung expenses anda yang lain. Lebih-lebih lagi semakin bulan semakin tinggi pula jumlah wang yang digunakan melalui kad kredit.
Perkara ini perlu dipandang serius kerana akibat tersilap langkah anda boleh menyebabkan diri anda menghadapi kanser kewangan. Bukan lagi kebocoran wang. Jika bocor masih lagi boleh ditampal. Tapi jika melarat menjadi kanser, ia perlu diubati. Ubati dengan segera sebelum anda tba distage yang terakhir iaitu diisytiharkan muflis akibat tidak mampu untuk membayar hutang-hutang pinjaman kad kredit anda.
Apakah tanda-tanda anda mengalami kanser kewangan?
1. Anda berbelanja secara boros.
2. Wang anda habis selepas dapat gaji.
3. Anda tiada simpanan.
4. Terdapat banyak hutang pinjaman yang nak diselesaikan.
5. Hutang Credit Card anda semakin melambak.
Macam mana? Adakah anda sudah mengalami tanda-tanda yang kami senaraikan ini? Jika YA, anda kena segera atasinya sebelum ia merebak dengan lebih teruk dan melarat. Sebab ia bukan sahaja akan mengganggu gugat hidup anda tetapi juga orang disekeliling anda. Tidak kah anda sayangkan mereka? Dan diri anda sendiri?
Di sini kami senaraikan kepada anda ubat yang anda boleh telan untuk cegah dan atasi kanser kewangan ini.
1. Buat penstrukturan kewangan anda semula
Salah satu punca anda terkena kanser kewangan adalah kerana anda tidak mengawal dan menguruskan kewangan anda dengan bijak. Jadi untuk itu anda kena buat penstrukturan semula kewangan anda. Jika anda tidak tahu bagaimana, and aboleh dpaatkan nasihat dari yang pakar seperti agensi AKPK yang merupakan Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit.
Penstrukturan kewangan ini penting dalam mengangani masalah kewangan anda. Mungkin anda rasa susah pada awalnya, tetapi apabila anda berjaya atasi kanser ini, kami percaya anda akan gembira dengan hidup anda selepas itu. Lepas ni dah boleh tarik nafas legalah kan.
2. Beli apa yang perlu, bukan apa yang mahu
Sudah tentu anda perlu tahu apakah perbelanjaan untuk keperluan dan apakah kehendak anda. Sebab waktu ini anda harus utamakan keperluan sahaja sehingga kewangan anda stabil kembali.
Tapi, kami tahu orang sekarang ni memang menghadapi masalah untuk mengurangkan perbelanjaan terhadap kehendak mereka. Lebih-lebih lagi terdapat bermacam-macam online shopping kini yang dihujung jari dan bermacam-macam shocking sale yang membuatkan anda gatal tangan dan terpengaruh untuk beli. Pasti anda rasa jika tak beli nanti dah susah nak dapat harga sebegitu. Betul kan?
Jadi anda kena teguhkan hati anda untuk keluarkan perbelanjaan hanya pada yang perlu. Atau anda lebih suka digelar muflis?
3. Selesaikan hutang & jangan buat hutang baru
Hutang adalah salah satu perkara yang orang kita selalu buat. Bila tak ada duit, pinjam sana pinjam sini. Yang lebih teruk adalah apabila anad menggunakan kad kredit sesuka hati tanpa menetapkan kegunaan sebenarnya. Dan hutang kad kredit inilah yang boleh menjadikan anda sendiri menanggung bahananya apabila tidak mampu untuk melangsaikan hutang-hutang kad kredit anda dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Banyak dah kes anak muda sekarang ni yang menyalahgunakan kad kredit sehingga akhirnya diisytiharkan muflis kerana tidak mampu untuk membayar hutang. Bila dah diisytiharkan muflis, sangat susah untuk anda bina kembali kehidupan anda seperti yang anda inginkan.
Oleh itu, adalah lebih baik anda tetapkan penggunakan kad kredit anda untuk perbelanjaan tertentu sahaja seperti gunakan untuk isi minyak atau barang keperluan tertentu yang anda masih boleh lagi tanggung kos pembayarannya di bulan seterusnya.
Dan pastikan juga anda tidak membuat hutang yang baru selepas anda selesaikan hutang anda ini. Anda kena mula menyimpan dan menabung untuk diri anda dan keluarga anda supaya anda tidak lagi mengalami kanser kewangan atau kebocoran wang.
Anda sepatutnya dapatkan kehidupan yang lebih baik lagi dari sekarang. Tiada siapa yang tidak boleh berjaya. Jika anda yakin dan patuh dengan tips yang kami kongsikan, kami pasti anda mampu perbaiki pengurusan kewangan anda dengan lebih baik.
Marilah kita sama-sama berusaha untuk mengecapi bahagia di masa akan datang. Semoga kami dan anda semua dapat mengjauhkan diri dari penyakit kanser kewangan ini.
Ikhlas Dari Hati AJL 🙂