22 September, 2023

Kepercayaan Khurafat Dalam Trading

3 min read
Kongsikan artikel ini

Assalamualaikum wmt wbkt.

Nampaknya sudah lama AJL tidak menukilkan informasi buat pembaca blog ini. Kami sedang sibuk dengan produk terbaru AJL iaitu DVD Gold Trading Intensive (GTI). Adakah anda sudah memilikinya? Jika belum, anda boleh whatsapp hotline AJL Media – 016 438 6446.

Okaylah, hari ini kami ingin kongsikan kepada anda berkenaan KEPERCAYAAN KHURAFAT yang kebanyakan trader fikirkan. Sebenarnya ia merupakan salah satu silibus yang wujud di dalam program TG4M. Tapi, ianya sudah dikeluarkan dari silibus kerana silibuds yang terbaru telah diupgrade dengan info yang lebih penting lagi.

Jadi, kami kongsikan buat tatapan anda di luar sana supaya anda juga boleh tahu apakah anda juga mempunyai kepercayaan seperti yang bakal kami kongsikan di bawah ini. 

Kepercayaan Khurafat Dalam Trading

1. Tiada Kerugian

Adakah anda fikir bahawa trading ni langsung tiada kerugian?? Trading ni hanya ada untung sahaja. Salah kalau anda berfikiran begitu kerana trading ini mempunya risiko yang tinggi berbanding pelaburan yang lainnya. Anda perlu faham bahawa trading merupakan pelaburan jenis High Risk. Jika anda tidak membuat persiapan yang secukupnya, anda boleh tersungkur dalam dunia trading ni awal-awal lagi. Jangan fikirkan bahawa setiap masa tuah bersama anda kerana untuk bertuah di dalam trading, anda perlukan ilmu yang secukupnya.

2. Boleh Dapat RM1,000,000 (1 Juta) 1 Malam

Adakah anda fikirkan bahawa dengan trading ni boleh membawa keuntungan 1 Juta dalam 1 malam? Kalau macam tu, ramai dah lah orang kaya yang wujud kat dunia ni. Kalau betul anda nak untuk 1 juta 1 malam, boleh. Tapi dengan syarat anda kena ada modal yang besarlah dalam ratus ribu.  

3. Boleh Trade Anytime

Adakah anda fikirkan anda boleh trade pada bila-bila masa? Walaupun perjalanan market ini bergerak 23 jam sehari, tetapi bukan pada semua waktu anda boleh trade. Terdapat waktu-waktu yang sesuai untuk anda trade berbanding beberapa waktu yang lain. 

4. Trading Ni Senang

Siapa kata trade ni senang? Adakah anda rasa trading ni senang  sebab cuma perlu tekan buy atau sell sahaja? Tak semudah itu. Banyak lagi yang anda perlu tahu sebelum menekan buatng buy atau sell. 

5. Teknik Trading Yang Super Hebat

Di dalam dunia ni tak ada satu pun teknik yang boleh digelarkan super hebat termasuklah apa yang ada dalam AJL. Sebab apa? Sebab ilmu trading ini sebenarnya sangat meluas. Banyak lagi bab-bab yang anda perlu pelajari. Anda tidak boleh kondem yang teknik orang tu super hebat, teknik orang ni tak hebat. Setiap teknik adalah bagus sebab masing-maisng mempunyak kelebihan dan keistimewaan tersendiri.

6. Saya Silent Trader

Anda nak trade sorang-sorang sahaja?  Anda rasa anda tak perlukan orang lain untuk trading ni? Apa yang akan terjadi jika sekiranya anda berhadapan dengan kerugian? Adakah anda akan terus hilang arah tuju? Sebab tu pentingnya anda duduk dalam jemaah. Sebab jika anda loss, ada jemaah lain yang akan support dan bagi sokonga pada anda untuk bangun dan bangkit semula. 

7. Trader Adalah Penganggur

Siapa kata trader adalah penganggur?? Jika anda menjadi seorang trader, kerjaya anda adalah trader. Trader juga adalah sebuah kerjaya kerana ia memberikan anda pendapatan. Jadi mengapa anda perlu berfikir yang trader ni penganggur? Adakah sebab menjadi trader anda tidak ke office? Adakah setiap pekerjaan itu memerlukan office? Haa.. anda kena ubah mind set anda. Menjadi trader bukanlah penganggur. 

8. Saya Boleh Untung 100% Profit Per Entry

Wow!! Dahsyatnya kalau boleh untung 100% profit per entry. Memanglah trading ni boleh bawa banyak keuntungan. Tapi untuk capai sampai 100% profit per entry tu sebenarnya meletakkan akaun trading anda dalam risiko yang sangat tinggi. Kalau anda nak untung 100%, anda juga boleh rugi 100%.  

9. Saya Boleh Belajar Trade Sendiri

Macam mana anda nak belajar sendiri? Adakah cukup dengan tengok youtube dan belajar dari ebook sahaja? Untuk belajar sesuatu ilmu, anda perlukan mentor atau guru yang boleh mengajar, mendidik dan menegur anda jika anda salah. Sebab besar kemungkinan untuk anda salah tafsir apa yang diterangkan. 

Anda boleh tonton video di bawah ini untuk penerangan lebih jelas. 

About Author