2 November, 2024

6 Kesilapan Kritikal Dalam Trading Yang Perlu Dielakkan!

Kongsikan artikel ini

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Untuk kali ini, kami dari Akademi JL ingin berkongsikan kepada anda tips dari Ir Sofian tentang 6 Kesilapan Kritikal Yang Anda Perlu Elakkan Dalam Trading.

Ya! Ianya sangat penting bagi anda yang baru berjinak-jinak dalam bidang ni. Supaya anda tahu apa yang perlu anda lakukan dan apa yang perlu anda jauhi. 

Namun, artikel ini juga sesuai dibaca oleh anda yang sudah lama berkecimpung dalam trading. Mungkin anda rasa pelik kenapa anda sering gagal dalam trading. Cuba anda selidiki perkara yang disebutkan dibawah ini. Mana tahu ada salah satu yang anda amalkan. Selepas ini akan boleh berubah untuk jadikan trading anda lebih baik..

Diharapkan artikel ini akan sangat membantu anda ye..

1. Cari Info Di Google & Youtube Tapi Tidak Berguru 

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis, dvdgti

Berguru tu penting. Jika anda belajar ilmu trading tanpa berguru, anda tidak akan mempunyai sistem untuk trading. 

Trading tanpa sistem hanya akan menyebabkan anda tidak ada hala tuju yang betul. Tambahan, jika sekiranya anda mengalami permasalahan dalam trading, tiada yang akan membantu anda mengatasi masalah tersebut.

oleh itu, kebanyakan trader gagal sebab mereka tidak berguru dan mendapatkan cara dan sistem yang betul untuk trading.

 

2. Tak Letak Target Profit

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis, dvdgti

Tidak meletakkan target Take Profit (TP) juga merupakan satu kesilapan besar. Lebih-lebih lagi buat newbie yang baru menceburkan diri dalam bidang trading ni.

Tanpa TP, anda akan ragu-ragu untuk menutup posisi anda. Dan perkara ini yang akan menyebabkan posisi anda dalam bahaya. 

 

3. Tidak Meletakkan Stop Loss

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis, dvdgti

Begitu juga fungsinya pada Stop Loss (SL). Sekiranya anda tidak meletakkan SL dan market reverse, akaun trading anda boleh Margin Call (MC). Seeloknya ambil langkah berjaga-jaga itu adah lebih baik.

 

4. Mengabaikan Money Management

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis, dvdgti

Sebagai seorang trader, anda harus bijak menguruskan Money Management (MM) anda. 

JIka anda tidak dapat menguruskan MM anda dengan baik, besar kemungkinan akaun anda akan lingkup.

 

5. Tamak

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis, dvdgti

Sikap tamak memang akan timbul dalam diri setiap trader. 

Oleh itu, anda perlu kawal ia supaya ianya tidak mencemarkan trading anda. 

Hanya mereka yang bersikap rasional ketika trade akan lebih selamat posisi trading mereka berbanding mereka yang tamak. Hal ini kerana jika sepatutnya anda sudah mendapat keuntungan, tetapi anda sanggup tunggu untuk dapat lebih lagi. Dan tiba-tiba market membuat u-turn dan menyebabkan keuntungan dan duit anda hangus.

Jadi, lebih baik elakkan bersikap tamak.

 

6. Menggunakan Lot Saiz Besar @ Lebih Dari Yang Sepatutnya

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis, dvdgti

Lot saiz merupakan salah satu teknik penggunaan dalam trading yang menentukan akaun anda bakal selamat atau tidak.

Semakin besar penggunaan lot saiz, maka semakin besar juga akaun anda terdedah dengan risiko. Hal ini kerana jika anda nak untung besar, maka anda juga akan dapat kerugian yang besar.

Oleh itu, anda harus guna lot siaz bersesuaian dengan modal anda.

***

Itu sahaja perkongsian untuk hari ni.

Kita berjumpa lagi di lain hari dengan perkongsian lain pula.

Bye…