Baru Dapat Duit VSS, Sekali Kena Tipu Dengan Scammer??
Hi….
Hari ni kami di Akademi JL ingin berkongsikan kisah salah seorang peserta Trade Gold For Money (TG4M) untuk tatapan anda semua. Mungkin ada antara anda yang turut mengalami situasi yang sama atau lebih kurang seperti ini. Anda boleh jadikan ia sebagai satu ‘guideline’ atau inspirasi untuk kehidupan anda juga.
.
Kisahnya bermula pada tahun 2015….
Pada tahun itu, ramai kakitangan bagi salah sebuah syarikat penerbangan di negara ini telah diberhentikan kerja dan diberikan pampasan berbentuk wang yang dipanggil VSS (Voluntary Separation Scheme). Antara yang diberhentikan kerja termasuklah Kak Sue (bukan nama sebenar) yang sudah berpuluh tahun memberikan khidmatnya kepada syarikat penerbangan tersebut.
.
Wang pampasan yang bernilai RM300,000 itu telah pun diterima sebagai ganti rugi dari pihak syarikat penerbangan sebab terpaksa memberhentikan Kak Sue dari pekerjaannya.
Wah… Jika dilihat pada mata kasar memang RM300,000 tu nampak macam banyak. Tapi, jika dibuat perkiraan semula dengan keadaan ekonomi dan perbelanjaan sara hidup kini, rupanya wang tersebut hanya cukup untuk digunakan dalam tempoh 2 ke 3 tahun sahaja. Sebab tu ada orang menyatakan bahawa bagilah wang sebanyak manapun, memang mudah untuk dihabiskan dalam masa 1 hari.
.
Kak Sue sedar akan perkara tersebut. Oleh itu, setelah beberapa bulan beliau tidak bekerja, Kak Sue mula memikirkan untuk mencari sumber pendapatan dengan pekerjaan lain. Namun, nasib tidak menyebelahi Kak Sue kerana faktor usianya yang kian lanjut. Orang sekarang ni kalau boleh nak yang muda-muda saja. Oleh itu, Kak Sue cuba memikirkan untuk mencari pendapatan dengan cara yang lain pula.
.
Dalam mencari inisiatif lain untuk menambahkan pendapatan, Kak Sue berkenalan dengan seseorang yang menguruskan pelaburan di dalam trading. Boleh dikatakan banyak testimoni dan keuntungan yang ditunjukkan oleh kenalannya itu. Banyak untung yang diperolehi oleh pelabur-pelabur yang melabur dengan mereka dalam masa beberapa bulan.
.
Jika Kak Sue turut melabur, Kak Sue akan diberikan keuntungan tiap bulan. Lagi besar wang pelaburan, maka lagi besar keuntungan yang diperolehi setiap bulan. Bayangkan saja jika 10% keuntungan diperolehi setiap bulan hasil dari pelaburan tersebut, berapa banyak keuntungan yang Kak Sue akan perolehi hanya dalam masa beberapa bulan?
.
Memikirkan bahawa pelaburan tersebut menguntungkan, Kak Sue pun menyerahkan kesemua wang VSS nya kepada kenalan yang baru dikenalinya itu.
.
Namun, nasib tidak menyebelahinya kerana setelah beliau menyerahkan wang VSS nya kepada kenalannya itu, beliau tidak dapat lagi menghubunginya. Malah, tiada juga keuntungan bulanan masuk ke akaunnya seperti mana yang dijanjikan. Baru Kak Sue sedar yang dirinya telah ditipu oleh Scammer.
Kak Sue sangat menyesal kerana mempercayai mereka tanpa selidikinya terlebih dahulu. Sepatutnya Kak Sue cari dahulu ilmu tentang pelaburan tersebut. Tapi, nasi dah jadi bubur. Habis Kak Sue dimarahi oleh suaminya kerana membuat tindakan yang bodoh. Mana taknya, wang sebanyak RM300 ribu lesap begitu sahaja dalam tempoh yang sangat singkat sedangkan itulah dia wang yang ingin digunakan sepanjang tempoh beliau tidak bekerja.
******
Kisah Kak Sue ditipu oleh scammer ini telah tersebar dalam kalangan rakan-rakannya. Satu hari, seorang rakannya menghubunginya dan menanyakan mengenai khabar yang didengari olehnya. Kerana kasihan dengan kejadian yang menimpa Kak Sue tersebut, rakannya mencadangkan agar Kak Sue hadir ke kelas Trade Gold For Money (TG4M) oleh Ir Sofian untuk mempelajari cara yang betul sekiranya beliau ingin membuat duit dengan trading.
.
Setelah Kak Sue berbincang dengan suaminya, beliau pun membuat keputusan untuk hadir ke kelas TG4M bagi mendapatkan pendedahan dan ilmu yang betul tentang trading. Walaupun Kak Sue ni langsung tidak tahu mengenai IT, tetapi beliau tetap bersemangat untuk merubah nasibnya. Sekurang-kurangnya, jika suatu hari nanti suaminya sudah tiada, dia mempunyai satu pekerjaan yang mampu membantunya membuat wang tanpa beliau perlu bersusah payah memerah keringat tulang empat keratnya.
******
Semasa kali pertama Kak Sue hadir ke kelas TG4M, beliau membawa komputernya yang penuh berdebu. Nak ‘on’ komputer pun terpaksa digodek-godek oleh krew Akademi JL. Alhamdulillah, akhirnya komputernya yang dah ‘berkarat’ tu boleh dihidupkan dan Kak Sue dapat menggunakannya. Krew Akademi JL juga siap meng-install-kan platform trading dan setting TG4M yang bakal digunakan sepanjang sesi pembelajaran.
.
Pada awalnya Kak Sue kelihatan terkial-kial menggunakannya komputernya itu. Memang macam mak-mak orang yang tak tahu apa-apa pasal teknologi. Lama-kelamaan, Kak Sue mula mendapat rentak dan dapat ‘pick up’ macam mana nak gunakan komputer dan nak tengok platform trading yang telah disediakan. Usaha dan kesungguhan Kak Sue sangat mengagumkan.
.
Dalam tempoh beberapa bulan setelah Kak Sue mempelajari sistem trading, Kak Sue menggunakan akaun latihan bagi mempraktiskan sistem yang diajarkan oleh Ir Sofian di dalam TG4M. Memang ada untung dan ada ruginya kerana Kak Sue masih lagi belum boleh mencari waktu yang sesuai untuk menghadap pasaran dan juga masih tercari-cari rentak untuk nak trade.
.
Sampai satu tahap selepas 6 bulan, Kak Sue akhirnya mampu buat profit dengan akaun latihannya itu secara konsisten. Beliau pun mula bertukar kepada akaun nyata dengan bermodalkan $1000USD.
.
Jika dilihat akan cara Kak Sue menuntut ilmu, selain beliau selalu rajin datang recharge ke kelas TG4M yang diadakan setiap bulan secara percuma, Kak Sue juga aktif di dalam group trading gold yang merupakan saluran atau medium yang disediakan oleh Akademi JL. Group ini merupakan salah satu tempat bagi mereka bertanyakan masalah dan berkongsi pendapat berkenaan trading gold antara satu sama lain.
.
Kak Sue sememangnya mempunyai kekuatan yang ‘luar biasa’ dalam dirinya yang mendorong beliau untuk terus berusaha maju kehadapan walaupun wang VSS nya pernah hangus ditipu scammer.
.
Akhirnya kini Kak Sue sudah mampu untuk membuat duit profit yang menjadi duit dapurnya sendiri hasil trading. Beliau juga sudah mampu untuk konsisten mendapatkan RM200 sehari dengan trading yang dilakukannya. Duit hasil trading tersebut sangat membantu menampung perbelanjaan kehidupan Kak Sue yang menjadi suri rumah sepenuh masa kini.
******
TAMAT……
.
.
Inilah kisah hidup Kak Sue. Adakah anda juga pernah melalui kisah yang sama seperti Kak Sue? Jangan pernah berputus asa dengan ujian yang anda hadapi sebelum ini. Ambillah sikap Kak Sue yang bersungguh-sungguh dan tidak kenal erti berputus asa untuk anda jadikan sebagai panduan dan semangat bagi meniti hidup anda.
.
Seperti kami di Akademi JL juga. Kami juga cuba untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kami dengan memperkenalkan sistem TG4M di dalam bentuk DVD. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan konsult dari pihak kami, atau anda ingin mencuba sesuatu yang baru, anda boleh klik link DI SINI.
.
Semoga kita berjumpa lagi di kisah pelajar yang lain pula. Bye…