22 September, 2023

Ada Perasaan ‘TAKUT’ Ketika Trade?? Nak Atasinya??

3 min read
pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis, dvdgti
Kongsikan artikel ini

Sebagai seorang trader, pasti anda tidak lari daripada mengalami perasaan ‘takut’ ketika trade. Lebih-lebih lagi bagi trader yang baru sahaja menjinakkan diri dalam dunia trading. Sebenarnya, perasaan takut ini boleh membunuh akaun trading kita jika ianya tidak diatasi dengan sebaiknya.

Jadi, hari ini kami ingin kongsikan kepada anda beberapa tips yang anda boleh gunakan untuk mengatasi ketakutan yang anda alami ketika trade. Tips ini sebenarnya dikongsikan oleh speaker TG4M kami iaitu Ir Sofian yang disampaikan di dalam kelas TG4M pada suatu masa dahulu.

Jom kita baca apakah tips-tips tersebut..

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis, dvdgti

7 Ubat Fear Dalam Trading

1) Kenalpasti contoh trading anda
Sebelum melakukan sebarang urusniaga trading, atau sebelum anda terjebak dalam dunia trading ni, anda kena kenalpasti apakah contoh trading yang anda inginkan samada anda ingin memegang posisi sebagai short term trader atau long term trader. Hal ini kerana teknik dan cara trade untuk kedua-dua posisi ini adalah berbeza.

2) Tinggalkan apa yang anda ada dengan selamat dan pastikan duit saving anda sentiasa cukup
Jika anda hendak melabur dalam dunia trading, pastikan anda tidak melaburkan kesemua wang anda. Gunakan sedikit sahaja untuk anda buat pelaburan dan sebahagiannya lagi untuk saving anda. Sekurang-kurangnya anda masih mempunyai backup jika terjadi apa-apa pada akaun trading anda.

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis, dvdgti

3) Pastikan anda mendapat ilmu & informasi yang cukup dan betul
Apabila kita nak melakukan sesuatu pelaburan seperti trading ni, perkara yang paling penting sekali adalah anda kena dapatkan ilmu dan informasi yang secukupnya. Hanya dengan ilmu yang betul dan cukup mampu membuatkan ‘ketakutan’ anda terhadap risiko dalam trading berkurangan.

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis, dvdgti
4) Buat persiapan yang mantap dan lengkap seperti kelengkapan trading & buat persiapan minda dengan kemungkinan yang akan berlaku seperti untung dan rugi
Nak jadi trader ni anda kena buat persiapan lengkap samada dari segi fasiliti atau minda. Seperti ada kelengkapan untuk anda trade dan ada tempat khusus untuk anda buat analisis. Begitu juga dengan minda anda. Anda perlu terima bahawa setiap kali anda trade pasti akan ada untung dan ada ruginya. Bukan untung semata-mata.

5) Pastikan anda ada tools yang terbukti boleh membawa anda ke arah yang anda hendak capai
Tools yang dimaksudkan di sini boleh merujuk kepada banyak benda. Boleh jadi ia adalah ‘method’ yang anda pelajari. Boleh jadi juga ia adalah ‘jemaah’ yang bersama anda dan saling menyokong untuk sama-sama berjaya. Dan boleh jadi juga ia adalah mentor atau sifu anda yang sentiasa memberikan tunjuk ajar.

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis, dvdgti

6) Kosongkan minda anda dan percaya 100% kerana ada mentor @ coach yang akan memandu anda, memberitahu kelemahan anda dan cara untuk memperbaikinya
Untuk belajar sesuatu, anda perlu kosongkan minda anda. Jangan campur adukkan sistem yang anda telah pelajari dari kelas yang lain kerana lain guru lain caranya. Kalau anda campur adukkan ilmu tersebut, susah untuk anda hadam apa yang disampaikan. Letakkan kepercayaan anda kepada mentor anda atau coach anda sebab mereka yang akan guide anda. Mereka yang akan bagitahu apa kelemahan anda dan apa yang perlu anda baiki. Just follow kata mereka.

7) Enjoy the journey dan nikmati indahnya alam baru anda
Selepas anda ambil kesemua ubat tersebut, barulah anda boleh enjoy perjalanan baru anda dalam trading. Sebab itu pentingnya untuk anda ambil kesemua ubat di atas. Jangan tinggal satu pun ubat tersebut sebab ianya perlu ada untuk anda buang fear anda.

Dan barulah anda boleh trade dengan baik. Bila dah ada persiapan dan yakin dengan method anda, barulah anda tidak teragak-agak lagi ketika melakukan urusniaga trading. Anda tahu bila masa nak close dan bola masa sesuai untuk entry.

Dah tak perlu tergopoh-gapah atau terkejar-kejar market. Anda sendiri dah tahu apa yang perlu anda lakukan.
pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis, dvdgti
.
.
Bagaimana?? Adakah tips ini membantu untuk mengurangkan ketakutan anda ketika trade??

Jika YA, apa kata anda SHARE kan artikel ini pada rakan yang lain.

About Author