22 September, 2023

Program TG4M 23 Oktober 2017- Siri 31

2 min read
pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis
Kongsikan artikel ini

Alhamdulillah..

Program Trade Gold For Money (TG4M) yang dianjurkan oleh pihak kami telah pun melabuhkan tirainya pada petang semalam. Hasil pantauan daripada kami, kami melihat bahawa kebanyakan peserta yang turut serta program TG4M kali ini adalah mereka yang memang ‘newbie’ dalam bidang trading online ini.
.

Namun, masing-masing menunjukkan semangat untuk belajar dan cuba memahami akan isi-isi yang cuba disampaikan oleh speaker kami iaitu Ir Sofian, Pakar Teknikal Analisis. Apa yang memberikan kelainan pada program TG4M kali ini adalah cara penyampaian Ir Sofian serta perkongsian beliau yang baru sahaja pulang daripada Itali. Ir Sofian telah menghadiri Persidangan Tahunan IFTA (International Federation of Technical Analysts) ke-30 di Milan selama 3 hari yang dihadiri oleh pakar-pakar teknikal analisis dari seluruh pelosok negara.
.

Peserta TG4M kali ini sangat beruntung kerana bukan sahaja mendapat ilmu mengenai TG4M, bahkan juga mendapat perkongsian tentang IFTA fresh dari Itali. Untuk tahun hadapan, Malaysia pula akan menjadi tuan rumah bagi persidangan tahunan tersebut.
.

Sesi penyampaian kali ini juga sangat menyeronokkan kerana ia melibatkan komunikasi dua hala apabila peserta dan speaker saling berinteraksi antara satu sama lain. Selain itu, Ir Sofian juga turut membuat beberapa simulasi untuk memberikan kefahaman yang lebih mendalam kepada peserta-peserta TG4M kali ini.
.

Apabila sesi ‘Sharing With Your Partner’ diberikan, kami melihat akan keterujaan peserta yang sibuk mengulas tentang sesuatu topik yang dipelajari. Bahkan, suasana di dalam dewan juga menjadi bingit dengan lontaran-lontaran suara dari peserta yang penuh bersemangat. Malahan, masa yang diberikan juga tidak mencukupi untuk peserta gunakan kerana masing-masing dilihat masih ingin menyampaikan lebih lagi perkongsian mereka kepada pasangan mereka. Ini merupakan salah satu perkara positif yang kami lihat sepanjang program TG4M berlangsung.
.

Kami berharap agar segala ilmu yang disampaikan di dalam program TG4M ini akan dapat digunakan oleh kesemua peserta dengan baiknya. Dan semoga mereka semua mampu untuk membuat duit poket sendiri suatu hari nanti tanpa berharap pada gaji semata-mata.
.

Kami juga berharap agar kesemua peserta yang hadir program TG4M ini akan dapat hadam segala ilmu yang disampaikan sepanjang progran dan dapat mengalikasikannya dalam trading mereka.
.

Kami berbesar hati menerima kunjungan semula mereka ini untuk datang Recharge ke program TG4M kami sehingga mereka sudah yakin dan pandai dengan ilmu TG4M tersebut.
.
.

Kami mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada anda yang telah menghadiri program TG4M ini. Semoga anda menjadi trader kaya dan berjaya.

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Sekiranya anda berminat, anda boleh daftar program TG4M di sini ya ==>> TG4M

#tg4m
#irsofian
#CariDuitExtra

About Author