22 September, 2023

Program TG4M 24 September 2017- SIRI 30

2 min read
Kongsikan artikel ini

Alhamdulillah..

Akhirnya kini program Trade Gold For Money (TG4M) sudah mencapai siri ke-30. Buat julong-julong kali nya ia menjadi satu program yang konsisten dianjurkan setiap bulan oleh Akademi JL dan telah berjalan selama 3 tahun dan kami sangat bersyukur kerana program sebegini yang dianjurkan oleh pihak kami dapat membantu ramai orang di luar sana untuk mengubah taraf hidup mereka.
.

Program TG4M siri 30 ini telah berlangsung pada 24 September 2017 yang lepas. Alhamdulillah, semakin hari peserta yang hadir ke program TG4M ini bukan sahaja mereka yang newbie dalam bidang trading, bahkan ada juga yang mempunyai latar belakang dari saham atau forex. Pihak kami sangat berbesar hati menerima lebih ramai peserta tidak kira dalam apa jua bidang kerana bagi kami biarlah ilmu yang kami sampaikan dalam program ini bertebar meluas kepada orang di luar sana.
.

Sekurang-kurangnya kami mampu membantu mereka mencari satu platform baru untuk jana kewangan dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil ini. Dan sekurang-kurangnya, mereka juga mempunyai satu ilmu baru untuk dipegang dan diusahakan dengan hasil titik peluh mereka sendiri tanpa mengharapkan keuntungan semata pada orang lain.
.

Telah ramai peserta TG4M kami ini yang telah berjaya merubah taraf kewangan hidup mereka dengan hanya mengamalkan teknik trading menggunakan sistem TG4M. Siapa yang nak bagi duit hari-hari? Dengan hanya latihan dan usaha, mereka mampu membuat duit poket hari-hari dan sudah tidak perlu lagi terlalu bergantung harap pada duit gaji semata.
.

Kami juga berharap agar kesemua peserta yang hadir program TG4M ini akan dapat hadam segala ilmu yang disampaikan sepanjang progran dan dapat mengalikasikannya dalam trading mereka.
.

Kamijuga berbesar hati menerima kunjungan semula mereka ini untuk datang Recharge ke program TG4M kami sehingga mereka sudah yakin dan pandai dengan ilmu TG4M tersebut.
.
.

Kami mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada anda yang telah menghadiri program TG4M ini. Semoga anda menjadi trader kaya dan berjaya.

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Jangan lupa untuk daftar program kami ini di sini ye ==> TG4M

About Author