Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the newsphere domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/akademijl/public_html/wp-includes/functions.php on line 6114
Apakah Persediaan Anda Menghadapi Inflasi? - Akademi JL
11 December, 2024

Apakah Persediaan Anda Menghadapi Inflasi?

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis
Kongsikan artikel ini

Apakah itu INFLASI?

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Inflasi ini adalah peningkatan harga barang yang berlaku secara terus menerus dan ia bukanlah melibatkan kenaikan sekadar 1 2 barang, tetapi majoriti kesemua harga barang dan perkhidmatan seperti bahan makanan, perumahan, kesihatan, pengangkutan dan lain-lain.
.

Apabila harga mula cenderung naik, anda perlu berwaspada kerana kenaikan harga barang ini akan menjejaskan sistem kewangan anda. Mana tak terjejas. Kalau dulu pun anda beli barang baru dalam RM50 dapat macam-macam, sekarang hampir RM50 hanya untuk satu barang. Belum lagi soal kenaikan minyak dan kenaikan barang keperluan lain.

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Inflasi ini juga berlaku apabila kenaikan permintaan telah melebihi penawaran, terdapatnya kenaikan kos pembuatan, meningkatnya jumlah wang dicetak seperti lebih banyak nilai ringgit, berkurang jumlah barang di pasaran, serta berlaku inflasi dari luar dan dalam negeri.
.

Kadar Inflasi di Malaysia

Di Malaysia sendiri, inflasi Malaysia telah mencecah paras tertinggi pada bulan Mac 2017 ini dalam tempoh 8 tahun ini apabila peratus inflasi telah cecah 5.1%. Tapi perkara ini tidak mengejutkan ahli ekonomi kerana harga bahan api yang telah meningkat dan faktor Ringgit Malaysia yang lemah menjadikan peratusan peningkatan inflasi ini berlaku.

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Lihat sahaja pada harga minyak yang tidak terkawal. Kenaikan harga minyak juga punca kepada kenaikan kos pengangkutan dan kos pembuatan yang memerlukan bahan bakar api. Mampukah anda melarikan diri dari situasi ini?
.

Kenali Jenis Inflasi

Oleh sebab inflasi ini ada jenis kategori-kategorinya, jom kita lihat apakah 4 jenis kategori inflasi ini iaitu inflasi ringan, sederhana, berat dan sangat berat. Malaysia di tahap mana ye? . Anda boleh lihat huraiannya seperti di bawah;

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

1. Inflasi Ringan (Creeping Inflation): inflasi kurang dari 10% bagi setahun. Inflasi ini tidak memberikan pengaruh yang besar terhadap kegiatan perekonomian.
.

2. Inflasi Sederhana (Galloping Inflation): inflasi antara 10% – 30% bagi setahun. Inflasi jeni sini belum merbahaya tapi telah menurunkan kesejahteraan masyarakat.
.

3. Inflasi Berat (High Inflation): Inflasi antara 30% – 100% bagi setahun. Inflasi ini akan menyebabkan keadaan ekonomi negara terganggu.
.

4. Inflasi Sangat Berat (Hyper Inflation): Inflasi lebih dari 100% bagi setahun. Pada saat ini, masyarakat tidak mahu lagi menyimpan wang mereka kerana nilai wang telah turun secara drastik. Ramai yang membelanjakan wang mereka kerana takut ia sudah tidak laku lagi.
.

Bagaimana Nak Mengelak Dari Inflasi?

Anda boleh ambil beberapa tips di bawah ini dan gunakannya untuk mengelakkan daripada inflasi yang berlaku.

1. Kembangkan Pendapatan

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Tak kiralah dari pendapatan tetap anda ke, atau pendapatan sampingan, anda perlu kembangkan lagi hasil pendapatan anda supaya ia bercambah. Dengan memperkembangkan lagi pendapatan, anda dapat mengurangkan diri daripada terasa dan terkesan dengan inflasi yang berlaku.
.

2. Pelbagaikan Sumber Pendapatan

Anda juga boleh buat lebih kerja untuk tambahkan lagi sumber pendapatan anda. Pekerjaan yang anda miliki sekarang ni pun belum tentu mampu untuk menampung perbelanjaan sebulan anda kerana perkara yang berlaku sekarang ini adalah disebabkan kos sara hidup yang semakin tinggi.
.

Jadi, anda boleh buat kerja part time yang mampu memberikan anda income sampingan selain gaji tetap anda. Sekurang-kurangnya ia mampu menampung perbelanjaan anda ketika sesak.
.

3. Pelbagaikan Saluran Pelaburan

Selain itu, anda juga boleh membuat beberapa bentuk pelaburan yang boleh mengembangkan duit yang anda miliki. Cara pelaburan ini mungkin lebih mudah bagi anda seperti anda melabur di dalam saham yang selamat.

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Selain saham, anda juga boleh membuat pelaburan dalam hartanah seperti menjadikan hartanah anda sebagai aset yang memberikan pulangan wang kepada anda. Tambahan pula, nilai hartanah akan semakin meningkat jika inflasi meningkat. So, anda tak rugi pun.

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Anda juga boleh melabur dalam emas kerana emas satu-satunya medium yang sangat membantu mengekalkan kekayaan anda ketika inflasi berlaku. Siapa yang memiliki emas, emas dapat melindungi kekayaan mereka dari ditelan inflasi.
.

Sekiranya anda tahu teknik untuk melabur dengan bijak, anda pasti akan dapat mengembangkan duit anda melebihi dari kadar inflasi pada tahun yang akan datang.
.

4. Tukar Mindset

Selain tips-tips di atas, apa yang anda perlu lakukan adalah anda perlu tukar mindset anda. Jika sebelum ni anda tidak ambil tahu pun soal ekonomi, apa kata selepas ini anda ambil cakna soal ekonomi. Sekurang-kurangnya dari pengetahuan anda, anda boleh membuat persiapan awal.
.

Anda juga boleh pelajari ilmu yang berkaitan dan ambil tindakan yang bijak supaya anda dapat mengelakkan kekayaan diri anda daripada ditelan oleh inflasi.
.

Sayangilah diri anda dan keluarga anda. Memang wang bukanlah segala-galanya untuk anda hidup, tapi untuk meneruskan kehidupan, anda memerlukan wang. Walau bukan dalam bentuk matawang seperti emas, rumah, tanah, ia tetap berharga.
.

Bersediakah anda menghadapi inflasi?

.

.

Jom SHARE pada rakan-rakan yang lain.