Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the newsphere domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/akademijl/public_html/wp-includes/functions.php on line 6114
Perjalanan Menuju Persiapan Raya - Akademi JL
11 December, 2024

Perjalanan Menuju Persiapan Raya

http://irsofian.com/2017/06/02/dari-puasa-kita-nak-raya-yay/
Kongsikan artikel ini

Macam mana dengan hari-hari puasa anda? Hari ni dah masuk hari ke-7 kita berpuasa. Alhamdulillah, segalanya masih berjalan dengan lancar. Sambil kita meningkatkan amalan kita di bulan puasa ni, kami ingin berkongsikan kepada anda beberapa perkara yang anda perlu ambil cakna supaya perjalanan puasa and untuk menuju raya akan lebih teratur dan selamat.
.

http://irsofian.com/2017/06/02/dari-puasa-kita-nak-raya-yay/

Bagaimana anda perlu uruskan kewangan perbelanjaan anda supaya semasa raya anda masih mempunyai kewangan yang stabil?
.

Kami hari ini ingin berkongsikan kepada anda bagaimana anda boleh dapatkan kewangan stabil ketika raya nanti. Nak tahu? Jom follow posting kami ini. Teruskan membaca ye..
.
.

Dalam menuju ke hari raya yang kini tinggal lagi 3 minggu sahaja lagi ni, anda perlu melaksanakan beberapa perkara supaya ianya dapat membantu kewangan anda ketika raya. Apakah perkara tersebut?
.

1. Lakukan penjimatan ketika berbelanja untuk berbuka

http://irsofian.com/2017/06/02/dari-puasa-kita-nak-raya-yay/

Apakah yang anda selalu lakukan ketika berbelanja untu berbuka puasa? Adakah anda selalu pergi ke bazaar Ramadhan untuk membeli makanan berbuka? Atau anda lebih suka untuk beli lauk basah, dan masak di rumah sahaja? Atau pun, and ni jenis yang suka berbuka puasa bersama jemaah lain di masjid?
.

Sekiranya anda adalah jenis orang yang pertama, iaitu jenis yang suka pergi beli makanan berbuka di bazaar Ramadhan, saya sarankan agar anda kurangkan membeli lauk berbuka yang pelbagai. Cukuplah sekadar beli 1 atau 2 jenis lauk sahaja.
.

Sekiranya anda dapat menjimatkan kos perbelanjaan untuk berbuka ni, sudah tentu anda akan dapat membuat ‘penjimatan berganda’ sebab kebanyakan daripada kita kehabisan wang kerana terlalau banyak spend untuk makanan sedangkan makanan tersebut tidak terhabis pun di makan.
.

Bukankah pembaziran itu amalan syaitan? Jadi mengapa anda perlu terikut-ikut dengan amalan syaitan ni? Belilah secara berpada-pada, dan makanlah dengan berpada-pada. Rasullulah pun berpesan supaya apabila kita makan,berhentilah sebelum kenyang.
.

Marilah kita sama-sama belajar untuk mengurangkan kos perbelanjaan untuk makan berbuka ni supaya wang kita tidak dihabiskan begitu sahaja.
.
.

2. Kawal perbelanjaan semasa bulan puasa

http://irsofian.com/2017/06/02/dari-puasa-kita-nak-raya-yay/

Semasa bulan puasa ni, selain daripada anda membelanjakan wang anda untuk makan berbuka, sudah tentu anda juga akan berbelanja untuk keperluan raya. Tapi adakah anda benar-benar berbelanja untuk keperluan raya?
.

Ramai orang tak sedar bahawa mereka lebih banyak berbelanja untuk kehendak raya. Seperti setiap tahun mereka akan tukar langsir baru, sarung kusyen baru, perabot baru, perkakas, baru, dan macam-macam lagi. Sampaikan ada yang sanggup tukar kereta baru semata-mata nak menunjuk di hari raya.
.

Jadi, adakah anda tergolong dalam golongan orang sebegini? Jika Ya, anda perlu ubah cara hidup anda. Kami bukanlah meminta anda berubah secara drastik, tapi mungkin anda boleh kurangkan kos perbelanjaan seperti beli perabot baru tu. Sebab part tu memang terlalu besar kosnya.
.

Bagi anda yang masih mempunyai langsir atau sarung kusyen lama yang elok dan nampak ‘nice’ lagi, anda boleh gunakanya semula. Tak perlu kisah dengan apa yang orang nak kata sebab asalkan segalanya dibasuh bersih, kira okey dah tu. Sebab apa yang penting adalah kita beraya dengan suasana dan persekitaran yang ‘baru’ dan bersih. Lainlah kalau tak cuci, memang kotor dan berhabuklah.
.

Kami juga sarankan agar anda membeli baju raya ketika diskaun sedang berlangsung. Tak kisahlah pada malam nak raya ke, atau ada mana-mana kedai yang buat diskaun, anda boleh ambil peluang ini untuk beli baju raya keluarga. Membeli ketika diskaun memang sangat membantu anda menjimatkan wang anda.
.

Tapi, kalau anda rasa anda masih mempunyai baju raya lama yang masih kelihatan cantik dan baru, anda boleh sahaja gunakannya untuk di hari raya. Kalau anda pandai menjahit manik atau tampal labuci, mungkin anda boleh inovasikan baju anda untuk nampak lebih menarik.
.
.

3. Bersedekah di bulan Ramadhan dan memberikan duit raya

http://irsofian.com/2017/06/02/dari-puasa-kita-nak-raya-yay/

Apakah amalan yang boleh anda lakukan di bulan puasa ini?
.

Anda boleh banyakkan bersedekah kerana bukan sahaja anda akan mendapat pahala, bahkan anda juga dapat menggandakan rezeki anda dengan bersedekah. Itu janji Allah pada hamba-hambanya yang suka bersedekah.
.

Memberikan sesuatu kepada insan lain sebenarnya adalah satu perkara yang amat susah untuk di lakukan. Lebih-lebih lagi apabila anda sendiri berada dalam kesempitan wang. Namun, janji Allah itu pasti. DIA akan berikan dan gantikan yang lebih baik buat anda sekiranya anda ikhlas bersedekah.
.

Sekiranya anda telah menjimatkan kos pada makanan berbuka dan perbelanjaan raya, sudah tentu anda akan mempunyai lebihan untuk anda bersedekah. Selain itu, apabila tiba hari raya, anda juga masih boleh mengamalkan sedekah ini dengan memberi duit raya kepada tetamu yang hadir, lebih-lebih lagi kanak-kanak.
.

Jangan biarkan amalan sedekah anda terhenti di bulan puasa sahaja. Habis bulan puasa pun anda masih boleh mengekalkannya.
.
.

4. Persediaan bajet untuk hari raya

http://irsofian.com/2017/06/02/dari-puasa-kita-nak-raya-yay/

Kami terpanggil untuk berkongsikan juga kepada anda bagaimana anda dapat membuat bajet perbelanjaan untuk hari raya nanti.
.

Apa yang anda perlu lakukan ialah anda perlu menyenaraikan berapakah kos perbelanjaan yang diperlukan sekiranya anda pulang beraya di kampung halaman. Anda buat kira-kira dan senaraikan kos pengangkutan termasuk minyak dan tol, kos service kenderaan anda sebelum menjelang raya, kos untuk beri duit raya, kos untuk beli barang-barang basah untuk buat lauk pauk raya, dan juga kos kecemasan yang anda perlu standby jika berlaku apa-apa yang di luar kawalan.
.

Kesemua kos ini adalah kos yang wajib anda ada. Mungkin anda sudah ada simpanan atau tabungan untuk raya sebelum masuk bulan puasa ni. Tapi bagi anda yang belum lagi membuat persiapan kos ini, anda perlu berhati-hati dalam berbelanja semasa bulan puasa ni.
.

Mungkin juga ada di antara anda yang berkongsi kos ini bersama suami atau isteri, ini satu inisiatif yang bagus bagi meringankan beban perbelanjaan.
.

Anda juga boleh fikirkan kembali mengenai kos-kos yang saya ada sebutkan di dalam tajuk kecil ‘kawal perbelanjaan di bulan puasa’ seperti di atas. Mana satu yang penting dantidak penting untuk anda kurangkan lagi penggunaan wang anda.
.

Semoga perkongsian dari kami ini sedikit sebanyak membantu anda menjalani bulan puasa ini dengan lebih baik dan semoga anda dapat menuju ke hari raya dengan poket yang selamat.
.
.

Selamat Berpuasa..