17 May, 2025

Fadhilat Bulan Ramadhan

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Alhamdulillah. Sudah tinggal seminggu sahaja lagi bagi umat Islam menantikan kedatangan bulan yang penuh barakah iaitu Bulan Ramadhan. Apakah anda semua sudah bersiap sedia untuk menghadapi Ramadhan kali ini?
.

Sebagaimana ia diwajibkan ke atas umat Islam oleh Allah swt di dalam firmannya dalam Surah Al-Baqarah ayat 183.

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

“Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa”

Tambahan pula, amalan berpuasa di bulan Ramadhan ini juga merupakan salah satu Rukun Islam yang wajib kita tunaikan. Masih ingatkah anda akan Rukun-rukun Islam?

ir sofian akademi jl kelebihan bulan ramadhan rukun islam

Jadi, sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai muslim untuk menunakan ibadah puasa ini. Lagipula pahalanya sangat besar kerana bulan Ramadhan ini merupakan bulan mulia. Anda nka tahu apa fadhilat berpuasa di bulan Ramadhan??

1. Pintu langit dibuka

2. Pintu syurga dibuka

3. Pintu neraka ditutup

4. Syaitan dan jin diikat
.

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Apabila pintu langit dibuka, dah tak ada penghalang bagi kita untuk doa kita sampai kepada Allah swt. Jadi berdoalah banyak-banyak agar Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita dan masukkan kita ke syurgaNya.
.

Apabila syaitan diikat, sudah tidak ada lagi hasutan-hasutan jahat yang menghasut agar kita melakukan maksiat dan perkara-perkara yang mungkar. Jadi, kita kenalah ambil peluang ini dengan membuat amal kebajikan dan beribadah kepadaNYa.
.

Bukan itu sahaja fadhilatnya. Ada banyak lagi fadhilat di bulan puasa ini.
pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga

2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT

3. Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak

4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt

5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga

6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.
.

Mungkin pada bulan-bulan sebelum ini kita pernah alpa dan terleka dengan perhiasan dunia. Jadi, apa salahnya kita jadikan bulan Ramadhan ini untuk menebus segala kealpaan dan kelekaan kita sebelum-sebelum ini. Semoga Allah menyampaikan umur kita sehingga bulan Ramadhan nanti supaya kita boleh beribadah kepadaNYa.
.
pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Salah satu ibadah yang hanya ada di bulan Ramadhan dan tidak ada pada bulan lain iaitu Solat Tarawih. Pada waktu itu, pasti ramai orang berpusu-pusu dan berebut tempat di masjid-masjid atau di surau-surau untuk solat terawih berjemaah.
.
pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Selain solat terawih, kita juga boleh melakukan amal ibadat yang lain seperti solat sunat, bersedekah, memberi makan kepada orang lain, banyakkan bersabar, banyakkan membaca al-quran, beristighfar, berselawat, berzikir dan berwirid, banyakkan berdoa dan jauhi perbuatan maksiat atau kemungkaran yang boleh hapuskan ganjaran pahala kita.
.

Terlalu banyak fadhilat berpuasa di bulan Ramadhan ini kerana segala amal ibadat kita akan digandakan leh Allah swt, mengapa tidak kita menggunakan peluang ini untuk menambahkan takungan pahala dan buku catatan amalan baik kita?
.
.

Sama-sama kita sampai-menyampaikan agar muslim yang lain juga turut mempunyai kesedaran untuk beribadaha kepadaNYa.