22 September, 2023

23,259 Mangsa Tertipu Dengan Skim Pelaburan Forex??

3 min read
pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis
Kongsikan artikel ini

Skim Oh Skim!

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Jika sebelum ini kami pernah memaklumkan kepada anda mengenai skim pelaburan emas, kini kami ingin memberitahu anda akan kewujudan skim pelaburan forex pula. Macam-macam kan! Jika sebelum ni emas, sekarang forex pula.
.

Nampaknya scammer memang tidak akan pernah berhenti dari menipu orang yang nak cepat kaya. Kami pernah maklumkan sebelum ini akan sindeket dan modus operandi scammer ni. Mungkin anda tidak cakna.
.

Ir Sofian juga pernah berkongsikan kepada anda mengenai bagaimana scammer ni menipu anda. Mereka menjanjikan keuntungan setiap bulan atau setiap hari. Mereka menyatakan pelaburan mereka menguntungkan. Tapi, seperti yang kami pernah bagitahu, mana ada pelaburan yang bagi keuntungan yang tidak relevan.
.

Tidak kira skim emas ke, forex ke, atau apa-apa skim lain pun, jangan pernah tertipu dengan janji manis mereka ini. Sebab hanya buat merana badan anda sahaja.
.
.

Kes Skim Pelaburan Forex

Skim ini tidak akan pernah berhenti selagi mana ada lagi orang yang bersifat tamak, ada yang nak cepat kaya dengan jalan mudah, maka orang-orang scammer ini akan tetap wujud. Tapi bukan untuk mengkayakan golongan nak cepat kaya ni. Tapi untuk menghakis wang mereka lagi.

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Sebab apa??
.

Sebab hanya orang yang nak cepat kaya dengan jalan mudah ini aje yang mudah ditipu. Mereka tak ada ilmu, jadi mudah ditipu. Mereka cepat percaya dengan janji manis scammer, jadi mudah ditipu. Mereka teruja nak cepat kaya, jadi mudah ditipu. Mereka malas nak usaha sendiri, jadi mudah ditipu.
.

Jadi salah siapa??
.

Tepuk dada, tanya diri anda sendiri.
.

Guna Pelaburan Lain Pula

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Mungkin dulu orang sibuk buat skim pelaburan emas sebab ramai orang percaya dengan emas. Bila dah terlalu banyak scammer emas ni, mereka stop sebentar. Mereka lihat Forex trading mula menjadi popular. Ramai yang mula bermain dengan forex.

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Maka, mereka mula bertukar subjek. Mereka memilih melakukan skim pelaburan forex pula. Sebab mereka tahu ramai yang sudah tahu dengan trade forex boleh dapat banyak keuntungan. Tapi mereka juga tahu, ramai yang tak ada ilmu forex. Jadi senang aje lah nak tipu golongan-golongan nak kaya ni.

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Lihat aje jumlah laporan polis yang diterima berhubung kes skim pelaburan forex ini. 408 laporan polis dibuat. Bukan sedikit. Tapi, dari seramai 23,259 orang pelabur yang menjadi mangsa skim ni, hanya 408 yang telah membuat laporan polis. 23 ribu bukan satu angka yang sedikit. Anda sendiri boleh lihat berapa ramai orang yang ditipu oleh scammer ni.
.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, hampir RM80 juta kerugian yang dialami oleh kesemua mangsa skim pelaburan forex ni. Syarikat yang mengendalikan skim ni dikenai sebagai VenusFX.

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Hasil siasatan pihak Bukit Aman, mereka dapati syarikat VenusFX ni menipu mangsa untuk buat pelaburan minimum RM2,000 hingga RM40,000. Kononnya akan dapat keuntungan setiap hari. Tapi, keuntungan yang dijanjikan tidak dibayar pun.
.
.

Siapa yang berputih mata??

Anda-anda yang tertipulah. Rm2,000 bagi keluarga yang susah bukan satu nilai yang sedikit tau. Meminjam sana sini hanya untuk menyertai skim yang dapat untung hari-hari. Tapi akhirnya, wang lesap begitu aje.
.

Selagi mana mentaliti masyarakat kita ni sendiri yang tak berubah, selagi itu jugalah akan ada lagi yang menjadi mangsa scammer ini. Kami sudah sedaya upaya mengajarkan dan mendedahkan kepada anda semua tentang scam sebab kami tidak ingin anda leburkan wang yang anda susah payah cari selama ni.

Sebab tu team kami dan Ir Sofian bertungkus lumus membuat kelas untuk mengajar anda macam mana nak trade supaya anda sendiri boleh trade tanpa meletakkan wang anda pada orang lain untuk trade kan.

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Dari anda leburkan duit untuk sesuatu yang tak pasti, kenapa anda tidak melabur untuk mendalami ilmu pelaburan tu sendiri? Sudah tentu ia akan memberikan anda nilai tambah. Ilmu memang susah nak dicari. Tapi, bila anda dah ada ilmu, anda rasa anda akan ditipu ke?

SHARE kan berita in ipada rakan-rakan anda supaya mereka tidak tertipu..

About Author