Kongsikan artikel ini

Fenomena Baru Buat Malaysia

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Nampaknya ekonomi Malaysia akan datang akan semakin maju dengan kewujudan Digital Free Trade Zone (DFTZ). Kalau anda nak tahu, Jack Ma yang merupakan pemilik Alibaba.com telah melancarkan DFTZ di Malaysia yang merupakan e-hab pertama dunia yang menggabungkan antara Alibaba Group dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) pada minggu lepas.

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis
.
.

Apa tu DFTZ?

DFTZ merupakan zon trading pertama dunia yang menggalakkan pertumbuhan e-dagang dengan menampilkan platform terbaik bagi perniagaan kecil dan sederhana untuk menjalankan perniagaan dan menawarkan perkhidmatan mereka kepada seluruh dunia.

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Ia merupakan e-hab pertama di luar negara China, dan memberikan generasi muda lebih banyak akses kepada pasaran global dengan merendahkan halangan yang wujud dalam perdagangan.

Anda boleh lihat video di bawah ini untuk tahu lebih lanjut mengenai DFTZ di SINI.
.
.

Trend Zaman Sekarang

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Kalau anda perasan, dah memang zaman sekarang ni zaman IT. Zaman di mana semua orang banyak menggunakan rangkaian atas talian termasuk orang yang menjual produk dan perkhidmatan. Ia memang sudah menjadi satu trend zaman kini. Dah terlalu berlambak produk yang dijual secara atas talian, namun mereka ini jugalah yang berjaya meraih jualan berjuta-juta ringgit melalui pelanggan atas talian.
.

Mungkin juga disebabkan faktor teknologi yang semakin maju? Haa.. Jika dahulu, kita nak beli sesuatu mesti kita akan ke bank untuk keluarkan wang dan kemudian pergi ke kedai. Namun, semenjak bank-bank di Malaysia mempunyai sistem Online Banking, semakin ramai pengguna yang menggunakan sistem online banking ini dengan hanya memindahkan wang mereka ke akaun pemilik barang atau produk yang mereka beli.

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Hanya semudah 1 2 3 kan!

Duduk-duduk di office pun dah boleh beli barang. Tak perlu bersusah payah keluar meredah jem, cari parking dan sebagainya. Ia sangat sesuai dengan situasi kita sekarang yang tidak mempunyai banyak masa untuk merayau-rayau.

Hebatkan!

Jadi, tak mustahil dengan kewujudan DFTZ ini nanti akan merubah nasib lebih ramai peniaga di luar sana.

Untuk makluman anda, DFTZ ini juga merupakan sebahagian daripada pelan Jack Ma untuk mewujudkan Electronic World Trade Platform (eWTP) sebagai menyahut Pelan Strategik e-Dagang yang ingin meningkatkan pertumbuhan e-dagang negara kepada 20.8% menjelang tahun 2020.
.
.

Peluang Besar Buat Malaysia

Bagi rakyat Malaysia, perkara ini merupakan satu peluang besar yang boleh dirangkul kerana ia memberikan peluang yang sama rata kepada semua pihak, tidak kira samada anda merupakan pengusaha kecil atau sederhana, ataupun anda merupakan syarikat gergasi yang sudah mempunyai nama yang besar.

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Justeru, saya rasa kewujudan DFTZ ini akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi Malaysia kerana lebih banyak keuntungan yang diperolehi oleh rakyat Malaysia, lebih banyak cukai yang dapat disumbangkan kepada kerajaan.

Dengar cerita, akan ada beberapa syarikat terkemuka yang akan menerima tempias secara langsung kesan dari kewujudan DFTZ ni seperti Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan berurusan dengan Rangkaian Cainiao yang merupakan pengurus logistik Alibaba Group bagi membangunkan hab serantau di KLIA Aeropolis, bandar lapangan terbang berintegrasi.

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Anda rasa syarikat apa lagi yang terlibat?? Macam mana pula dengan cara pengeposan barang yang dibeli secara DFTZ ni??

Haa.. Kalau nak tahu, Pos Malaysia Berhad juga bakal menguruskan penghantaran kepada para pembeli. Bagi yang dah biasa jual dan beli secara online ni mesti tahulah kan macam mana caranya.

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Apabila kita bercakap soal dunia atas talian, jual beli barang secara online. Mesti akan ada sistem rangkaian bank untuk kita transfer duit kan!

Jadi, pihak bank Malaysia seperti Maybank dan CIMB akan bekerjasama dengan Alibaba Group untuk membolehkan AliPay iaitu mobile wallet Alibaba dapat beroperasi di Malaysia.

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis
.
.

Dengarkan sidang media Jack Ma di SINI.
.
.

Permulaan Baru..

Apa pun, sekarang masih lagi dalam fasa yang baru. Tapi ia adalah permulaan yang penting bagi Malaysia untuk 10 ke 30 tahun akan datang.

Macam 10 tahun yang lepas, kita masih lagi baru dalam fasa menggunakan rangkaian internet kan! Telefon pintar masih lagi belum menyerlah. Waktu tu pun masih ramai aje lagi orang yang tak familiar dengan media sosial. Tak ramai yang celik IT lagi.
.

Tapi cuba anda lihat sekarang. Mak bapak atok nenek kita pun dah ada yang reti menggunakan telefon pintar dan juga mempunyai media sosial. Hebat kan!
.

Memang nampak jauh beza dulu dan sekarang. Anda rasa, lepas kewujudan DFTZ ni, apa yang akan terjadi pada Malaysia?? Mesti akan jauh beza dengan sekarang kan!
.

Anda sendiri boleh lihat bagaimana pentingnya dunia internet sehingga mampu membuatkan seseorang menjadi jutawan. Hanya mereka yang bijak mengambil peluang aje yang mampu mengubah hidup mereka. Takkan anda nak duduk ditakuk yang lama lagi sedangkan dunia semakin berubah??
.

Anda lihat aje syarikat Alibaba yang tidak membuat sebarang keuntungan untuk tempoh 4 tahun, dan sekarang setelah 15 tahun mereka telah menjadi kuasa besar dalam industri ini.
.

Jadi, tidak mustahil akan berlakunya lonjakan yang luar biasa dari kawasan Asia, bahawa Malaysia menjadi hub jual beli atau e-dagang yang disegani nanti. Secara tidak langsung ia akan meningkatkan tahap ekonomi dan pendapatan golongan pertengahan dan menaik taraf entrepreneur yang tidak terpandang sebelum ini.
.

Apa-apa hal, setiap dari kita perlu mengambil langkah segera untuk menambah ilmu dalam bidang yang semakin popular ini. Biarkan penglibatan kita ini bukan aje sebagai pengguna akan tetapi sebagai pengeluar dan pedagang yang celik teknologi.
.

Anda pun harus bertindak sekarang!!
.

Anda boleh tonton video soal jawab bersama Jack Ma di SINI.
.

SHARE kan kepada rakan anda yang lain!