Kongsikan artikel ini

‘Big Maple Leaf 100kg Dicuri!’

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Malam tadi kita digemparkan dengan berita mengenai syiling emas yang bernilai jutaan ringgit telah dicuri dari muzium Berlin.

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Pencuri yang mencuri ni kiranya memang hebat sebab mampu melarikan syiling emas yang seberat 100kg. Jadi, berkemungkinan besar pencuri tersebut bukan berseorangan dan sudah pasti pencurian ini telah dirancang lebih lama.
.

Tapi memang sungguh tak sangka kerana ada juga kes yang berlaku seperti yang ditunjukkan dalam filem-filem dan movie omputeh sebelum ni. Kira mereka ni memang hebatlah kerana mampu melakukannya secara realistik.
.
.

Istimewanya Syiling Emas 100kg

Kalau anda nak tahu, syiling emas tersebut merupakan syiling emas ‘Big Maple Leaf’ yang mempunyai muka Ratu Elizabeth II. Tebal syiling tu 1.18inci, dan diameternya 53cm. Nilai muka syiling tu aje dah cecah $1juta tau. Ini belum lagi dikira dengan nilai pasaran.

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Kalau anda nak tahu, syiling emas ‘Big Maple Leaf ‘ ni dikeluarkan oleh Royal Canadian Mint dengan kuantiti yang terhad aje pada tahun 2007. Dan ia mula dipamerkan di Muzium Bode Berlin, German sejak Disember 2010. Kiranya dah hampir 7 tahun syiling emas tersebut dipamerkan.

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Yang paling menarik, syiling emas tersebut telah memecahkan rekod Guiness Books of Record tau dengan ketulenan 999.99%. Dahsyat tak? Tak sangka akan ada yang nak curi emas seberat 100kg ni.

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Macam mana kes kecurian ni boleh terjadi?
.
.

Kes Kecurian Syiling Emas

Syiling emas ‘Big Maple Leaf’ ini telah dicuri pada awal pagi Isnin dari Muzum Bode Berlin. Jurucakap polis, Stefen Petersen berkata, “pencuri telah memasuki muzium melalui tingkap pada pukul 3.30pagi. Mereka telah memecah masuk ke kawasan kabinet di mana syiling emas tersebut disimpan.”
.

Mereka juga menjumpai tangga di kawasan kereta api yang berhampiran dengan muzium tersebut. Mungkin tangga tersebut digunakan oleh pencuri tersebut sebelum dibuang di situ aje.
.

Manakala, jurucakap muzium iaitu Markus Farr juga ada berkata, “duit suiling ini telah dicuri malam tadi, ia dah hilang.”

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Duit syiling ‘Big Maple Leaf’ ni dianggarkan hampir bernilai $4.5juta mengikut harga pasaran. Walaupun pihak polis tidak menceritakan bagaimana syiling emas ini boleh dibawa keluar dari muzium, tapi mereka menganggarkan lebih dari seorang yang terlibat kerana syiling tersebut berat.

Sekarang Masanya!

Hebat sungguh pencuri yang mencuri syiling emas tersebut kerana memang kena pada waktunya iaitu harga emas memang akan meroket naik tidak lama lagi.
.

Mengikut analisa Ir Sofian, harga emas akan pergi ke price $1900 ketika berlaku kegawatan ekonomi. Mungkin lebih tinggi lagi. Waktu tu harga emas memang mahal. Siapa yang ada emas waktu tu, dia memang kaya dan mampu tampung inflasi.
.

Namun, apa yang akan dilakukan oleh pencuri tersebut dengan emas yang mereka curi tu? Adakah mereka akan menjualkannya di pasaran gelap? Atau mereka leburkan semula dan tempa emas tersebut jadi emas lain. Kalau tempa balik emas, memang susah lah nak kesan tu emas yang dicuri dari muzium.
.

Anda agak-agak apa yang pencuri tu nak buat ye?
.

Jom sama-sama kita SHARE kan berita hangat ni..