Kongsikan artikel ini

Pembakar Semangat

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Untuk menaikkan semangat anda yang ingin berjaya dalam kehidupan, saya nak tunjukkan kepada anda 18 orang terkaya di Amerika Syarikat. Anda boleh jadikan mereka ini sebagai pembakar semangat anda untuk lebih kuat berusaha menuju cita-cita yang anda impikan.
.

Tidak semestinya orang yang kaya tu adalah orang yang mesti kaya dari sejak lahirnya. Tapi mereka juga adalah orang yang telah sedaya upaya mencurahkan usaha mereka sebelum ini tanpa mengenal erti kegagalan dan usaha mereka yang jitu itu telah membuahkan hasil akhirnya. Anda juga boleh jadi seperti mereka kerana ianya bukanlah sesuatu yang mustahil.
.

Siapakah 18 orang terkaya di Amerika tu??
.
.

1. Bill Gates

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Nilai Bersih : $85.2 bilion

Umur : 61 tahun

Industri : Teknologi

Sumber Kekayaan: Buatan sendiri – Microsoft

Macam mana Bill Gates boleh jadi billionare?

Kisahnya pada ketika beliau berumur 20-an. Beliau telah mengasaskan Microsoft bersama dengan rakan zaman kanak-kanak nya iaitu Paul Allen. Sebulan sebelum ulang tahun kelahiran beliau yang ke-31, syarikat mereka telah diumumkan pada awam. Inilah yang menyebabkan Gates menjadi jutawan.

Beliau bukan sahaja seorang kaya yang jutawan, bahakan Gates juga merupakan jutawan yang paling bermurah hati. Beliau dan isterinya sering telah menerajui Yayasan Bill & Melinda Gates yang merupakan salah satu badan amal yang paling berkuasa di dunia. Mereka cuba untuk menganggat berjuta-juta orang dari kemiskinan dan penyakit.

Anda ingat tak? Senjata untuk kita cepat kaya adalah dengan lebihkan memberi kepada orang lain. Lagi banyak kita memberi, lebih banyak Tuhan akan pulangkan kepada kita.
.
.

2. Warren Buffett

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Nilai bersih: $77.2 bilion

Umur : 86 tahun

Industri : Pelbagai bidang pelaburan

Sumber Kekayaan : Buatan sendiri – Berkshire Hathaway

Apakah kisah kejayaan Warren Buffett ni?

Warren Buffett memulakan kerjaya pelaburan pada usia yang sangat muda. Sebagaimana yang kita tahu, bidang pelaburan sememangnya bidang yang high risk high return. Jika ada ilmu yang betul, sudah tentu kita akan dapat meminimakan kerugian dan mengaut keuntungan.

Buffett telah mempelajari bidang pelaburan dengan Benjamin Graham. Pada awalnya beliau hanya bekerja sebagai penganalisis sekuriti sebelum memulakan firma pelaburannya sendiri. Buffett telah membeli syarikat tekstil Berkshire Hathaway yang akhirnya menjadi titik tolak perubahan beliau dalam bidang pelaburan jangka panjang. Syarikat tersebut telah menjadi syarikat induk yang menempatkan banyak pelaburan yang lumayan.

Buffet bersama Gates telah berjanji untuk sama-sama memberikan sekurang-kurangnya separuh dari kekayaan mereka untuk tujuan amal.
.
.

3. Jeff Bezos

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Nilai bersih : $73.1 bilion

Umur : 53 tahun

Industri : Teknologi

Sumber Kekayaan : Buatan sendiri – Amazon.com

Bagaimana Jeff Bezos memperoleh kekayaannya?

Sejak Jeff Bezos memperkenalkan e-dagang kepada dunia, beliau telah memperolehi kekayaan secara besar-besaran. Macam kita tahu, e-dagang ini memang sangat membantu pembelian dan penjualan barang melalui atas talian. Bezo telah mengasaskan Amazon.com yang mengendalikan peruncitan secara eksklufif dalam talian. Setelah 3 tahun Amazon.com diperkenalkan kepada umum, syarikat tersebut telah berkembang dengan lebih maju.

Selain Amazaon, Bezos juga mempunyai pelaburan terhadap syarikat persendirian beliau iaitu Blue Origin yang telah berjaya melancarkan kapal angkasa yang pertama pada tahun 2015. Beliau juga turut membeli surat khabar The Washington Post pada tahun 2013.
.
.

4. Mark Zuckerberg

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Nilai bersih : $58.5 bilion

Umur : 32 tahun

Industri : Teknologi

Sumber Kekayaan : Buatan sendiri – Facebook

Siapa yang tak kenal Mark Zuckerberg? Saya rasa hampir semua orang kenal Zuckerberg ni. Lagi-lagi orang yang selalu menggunakan facebook sebab Mark Zuckerberg ni lah yang telah melancarkan Facebook sebagai salah satu rangkaian media sosial. Kira Zuckerberg ni hebatlah sebab dapat cipta Facebook semasa berusia 19 tahun lagi.

Rasa-rasa anda, kalau orang kita umur 19 tahun masih sibuk dengan apa ya?

Apa yang menariknya, dah ada lebih daripada satu bilion pengguna facebook setiap hari. Saya dan anda pun termasuk salah satu daripadanya kan! Ha Ha..

Zckerberg dan isterinya juga tidak pernah melupakan tanggungjawab sosial mereka untuk memberi kepada yang memerlukan. Zuckerberg telah mendermakan $25j juta untuk memerangi penyakit Ebola pada 2015 dan turut memberi $1juta saham facebook ke arah meningkatkan sistem persekolahan awam di New Jersey.
.
.

5. Charles Koch

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Nilai bersih : $47.9 bilion

Umur : 81 tahun

Industri : Pelbagai bidang pelaburan

Sumber Kekayaan : Pewarisan / Buatan Sendiri – Koch Industri

Siapakah Charles Koch ni?

Charles Koch merupakan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Koch Industri. Koch Industri ni merupakan syarikat swasta kedua terbesar di Amerika Syarikat. Adiknya pula iaitu David Koch merupakan naib presiden syarikat tersebut.

Syarikat mereka ini telah menjana sehingga $100 bilion dalam jualan daripada pegangan yang pelabagai. Charles juga lantang bersuara dalam dunia politik. Mereka adik beradik turut menjadikan pembiayaian terhadap kempen politik sebgaai rutin mereka.
.
.

5. David Koch

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Nilai bersih : $47.9 bilion

Umur : 76 tahun

Industri : Pelbagai bidang pelaburan

Sumber Kekayaan : Pewarisan / Buatan sendiri – Koch Industri

David Koch ini adalah adik kepada Charles Koch. Kalau anda perasan, mereka ini mempunyai nilai bersih yang sama iaitu $47.9 bilion. Saya ada bagitahu sebelum ni yang David ni merupakan Naib Presiden bagi Kosh Industri.

Apa yang dilakukan oleh David adalah sama seperti abangnya, Charles di mana mereka ini aktif di dalam politik. dan cuba mengekalkan pengaruh politik.

Namun, ada satu kisah lain mengenai David Koch ini di mana beliau pernah 2 kali berhadapan dengan kematian. Kali pertama adalah beliau terselamat daripada nahas kapal terbang pada tahun 1991 di mana penumpang di dalam kelas pertama telah meninggal dunia. Manakala, untuk kali keduanya pula ialah beliau berjaya memenangi pertempuran dengan kanser prostat.

Sejak dari itu, beliau telah menyumbang lebih dari $1.2 bilion untuk penyelidikan kanser, hospital, pendidikan dan institusi budaya sepanjang hayatnya melalui Yayasan Amal David H.Koch yang ditubuhkannya.
.
.

7. Larry Ellison

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Nilai bersih : $45.3 bilion

Umur : 72 tahun

Industri : Teknologi

Sumber Kekayaan : Buatan sendiri – Oracle

Apakah yang dilakukan oleh Larry Ellison ini sehingga menjadi seorang yang kaya?

Kalau anda semak sejarah beliau, pada tahun 1977 beliau telah bekerjasama dengan dua rakannya dari sebuah syarikat elektronik untuk memulakan firma programming mereka sendiri selepas beliau mendapat projek untuk membina sebuah sistem pangkalan data pengurusan hubungan untuk CIA di bawah kod projek Oracle.

Projek ini telah berkembang sehingga syarikatnya dikenali sebagai Oracle Corp yang telah menghasilkan $37 bilion dalam pendapatan tahunan yang lepas.

Ellison juga merupakan seorang dermawan yang telah bekerjasama dengan kumpulan pemuliharaan hidupan liar. Beliau telah tubuhkan Ellison Yayasan Lawrence Ellison yang menyokong organisasi penyelidikan berkaitan penuaan dan penyakit berjangkit global. Beliau juga sama seperti Buffett dan Gates yang mendermakan separuh dari kekayaannya.
.
.

8. Larry Page

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Nilai bersih : $42.5 bilion

Umur : 43 tahun

Industri : Teknologi

Sumber Kekayaan : Buatan sendiri – Google

Siapa tak kenal Google? Saya rasa semua kat sini tahu dan kenal pakcik Google kan? Asal anda nak cari sesuatu maklumat, mesti anda tanya pakcik Google kan? Tapi, anda tahu tak siapa yang cipta Google ni?

Google ni merupakan enjin pencarian terbesar di dunia. Sejarah penciptaan google adalah bermula dengan kisah bagaimana Larry Page dan rakan sekelasnya iaitu Sergery Brin mewujudkan enjin pencarian awal iaitu BackRub. Projek BackRub ni kemudiannya berubah menjadi Google yang merupakan salah satu enjin pencarian terbesar dan meluas di dunia.

Page menyelia perubahan besar kepada struktur perniagaan Google pada tahun 2015 dari sudut penciptaan abjad, syarikat induk yang mneguruskan Google dan semua yang berkaitan.
.
.

9. Sergery Brin

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Nilai bersih : $41.6 bilion

Umur : 43 tahun

Industri : Teknologi

Sumber Kekayaan : Buatan sendiri – Google

Sergery Brin merupakan pengasas bersama Larry Page yang sama-sama membantu memudahkan penyusunan semula Google. Google diletakkan di abwah naungan syarikat induk yang dipanggil Alphabet. Syarikat APlphabet dikendalikan oleh Brin sebagai Presiden dan Page sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya.

Cuba anda bayangkan, kalau Goolge tak ada, macam mana kita nak cari maklumat-maklumat? Sebenarnya kita kena bersyukur sebab mereka ni telah memudahkan kerja kita. Bukan sahaja boleh mencari maklumat, bahkan kita juga boleh jadikan Google sebagai salah satu tempat untuk mengiklankan perniagaan atau bisnes yang dijalankan. Mudah-mudah aje kita dapat customer kan!
.
.

10. Rob Walton

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Nilai bersih : $35.4 bilion

Umur : 72 tahun

Industri : Retail

Sumber Kekayaan : Warisan – Walmart

Anda tahu tak pasaraya Walmart yang terkenal di seluruh dunia tu? Yang bukan sekadar ada di US, tapi ada juga di Canada, Mexico, Japan, India dan banyak negara lagi. Untuk tahun ni aje Wamart dah ada 11,695 cawangan di seluruh 28 negara. Hebat tak?

Walmart merupakan bisnes anak beranak Walton. Samuel Robson Walton yang merupakan sulung kepada pengasas Walmart Sam Walton sebelum ni hanya bekerja di kedai runcit aje. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Walmart dari tahun 1992 – 2015.
.
.

11. Jim Walton

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Nilai bersih : $35.1 bilion

Umur : 68 tahun

Industri : Retail

Sumber Kekayaan : Warisan – Walmart

Jim Walton adik beradik kepada Rob Walton. Sebelum membuka kedai Walmart, ibu bapa Jim menguruskan Arkansas Bank. Walmart pertama dibuka di Rogers, Arkansas ketika Jim baru aje berumur 5 tahun. Pada tahun 1972, Walmart disenaraikan di Bursa Saham New York.

Pada mulanya Jim bekerja di jabatan hartanah Walmart untuk beberapa tahun sebelum beliau menyertai nak ibu bapanya yang dinamakan semula sebagai Arvest Bank Group. Jim kini menjadi Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif bank komuniti serantau yang mempunyao $15 bilion aset.

Selepas kematian abangnya, John pada tahun 2005, Jim menyertai lembaga Walmart di mana beliau berkhidmat sebagai pengarah hingga hari ini.

Dalam Yayasan Keluarga Walton, Jim memegang jawatan sebagai setiausaha dan bendahari dan mereka adik-beradik telah menderma berjuta-juta untuk kebajikan yang memberikan tumpuan kepada pendidikan, kebudayaan pembangunan masyarakat, dan sebab-sebab sosial.
.
.

12. Alice Walton

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Nilai bersih : $34 bilion

Umur : 67 tahun

Industri : Retail

Sumber Kekayaan : Warisan – Walmart

Lagi seorang anak kepada pengasas Walmart, iaitu Alice Walton yang memegang bahagian utama nasib syarikat tersebut menjadikan beliau wanita terkaya di Amerika Syarikat.

Namun begitu, Alice tidak pernah mengambil peranan yang aktif dalam menjalankan bisnes keluarga sepertimana yang dilakukan oleh abangnya. Beliau juga sering menjadi sasaran pekerja Walmart yang tidak suka akan gaya hidupnya yang sombong dan tidak sensitif terhadap nasib pekerjanya.

Alice lebih suka dengan hasil karya seni. Beliau mempunyai koleksi peribadi seni lukisan dari Andy Warhol, Norman Rockwell dan Georgia O’Keefe. Pada tahun 2011 beliau telah membuka sebuah muzium di Arkansas di mana beberapa lukisan terkenal beliau dipamerkan.
.
.

13 & 14. John & Jacqueline Mars

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Nilai bersih : $32.4 bilion setiap

Umur : 77 tahun dan 81 tahun

Industri : Candy

Sumber Kekayaan : Warisan – Mars Inc.

Selain adik beradik Walton, ada lagi adik beradik lain yang menjadi salah seorang orang terkaya di AS iaitu John dan Jacqueline Mars. Adik beradik Mars ini juga mewarisi Mars Inc. yang merupakan bisnes pembuatan gula-gula dari ayah mereka, Forrest Sr. Namun begitu, mereka tidak mengambil bahagian dalam pembuatan gula-gula M&M dan Milky-Way yang dimulai oleh datuk mereka.

Pada tahun 2008, Mars Inc. cuba keluar dari cabang pembuatan coklat dan melebarkan sayap syarikat mereka. Mereka turut menubuhkan Yayasan Mars yang memberika keutamaan lepada pendidikan, alam sekitar, budaya dan kesihatan. Pada tahun 2015 John telah mendapat anugerah kesatria kehormat dari Ratu Elizabeth II.
.
.

15. Sheldon Adelson

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Nilai bersih : $28 bilion

Umur : 83 tahun

Industri : Hartanah

Sumber Kekayaan : Buatan sendiri – Las Vegas Sands

Kenalkah anda dengan Sheldon Adelson?

Beliau merupakan Raja Las Vegas. Beliau pernah menjalankan pertunjukan trading ‘Computer Dealers (COMDEX)’ di Las Vegas. Pada tahun tu juga Ade;son telah menjual syarikatnya kepada pihak Jepun dengan harga $860 juta. Wang tunai tersebut digunakan beliau untuk membiayai pembelian Casino Sand.

Pada tahun 2008 iaitu ketika berlaku krisis ekonomi yang teruk, Adelson turut menerima kesannya apabila saham syarikatnya jatuh sebanyak 25%. Namun, setelah berakhirnya krisis tersebut, Adelson berjaya menaikkan kembali saham syarikatnya. Malah, beliau telah membuka pusat kasinonya yang kelima di Macau tahun lepas.

Beliau turut menjadi penyokong kuat kepada Parti Republikan dan telah menderma berpuluh-puluh juta dolar kepada calon-calon presiden yang lepas. Beliau juga turut menderma kepada presiden Donald Trump.
.
.

16. Steve Ballmer

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Nilai bersih : $ 27 bilion

Umur : 60 tahun

Industri : Teknologi

Sumber Kekayaan : Buatan sendiri – Microsoft

Sebelum ni kita dah caka mengenai Gates yang membina Microsoft kan? Steve Ballmer merupakan rakan kepada Bill Gates telah berhenti kerja dan membantu Gates menguruskan syarikat mereka itu.

Belau juga turut menggantikan Gates sebagai Ketua pegawai Eksekutif selepas Gates turun dari jawatan tersebut. Ballmer kekal bertanggungjawab dalam bab perisian sehingga Satya Nadella menggantikan beliau pada tahun 2014.

Walaupun pendapatan syarikat Microsoft meningkat sebanyak 294% dan keuntungan dengan 181% dan pasaran sahamnya telah melepasi oleh Google dan Apple dalam tempoh yang sama. Namun, disebabkan Ballmer mempunyai kepentingan di dalam syarikat tersebut menjadikan Ballmer amat kaya.
.
.

17. George Soros

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Nilai bersih : $25,2 bilion

Umur : 86 tahun

Industri : Dana lindung nilai

Sumber Kekayaan : Buatan sendiri – Pengurusan Dana Soros

Anda pernah dengar pasal Nazi tak?

George Soros ni hidup masa zaman Nazi Hungary dulu lah, iaitu semasa Perang Dunia Kedua sebelum melarikan diri ke UK dankemudiannya beliau menetap di Amerika Syarikat.

Soros digelar sebagai ‘orang yang telah melanggar Bank England’ dan Kumpulan Wang Kuantum beliau adalah yang terbaik diketahui pada ketika itu. Pada tahun 1992 Soros telah memintas British Pound dengan satu langkah yang berisiko yang akhirnya menyebabkan beliau mendapat dana $1 bilion dalam masa 1 hari.

Hari ni, Soros kekal sebagai Pengerusi Pegurusan Dana Soros yang menguruskan lebih daripada $25 bilion aset termasuk kepentingan syarikat-syarikat terkemuka seperti Amazon, Facebook, Netflix. Soros turut menjadi Pengerusi bagi Open Sicety yang merupakan sebuah pertubuhan yang beroperasi sebagai rangkaian asas serta memperkenalkan nilai-nilai masyarakat terbuka dan hak asasi manusia.
.
.

18. Phil Knight

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Nilai bersih : $25 bilion

Umur : 78 tahun

Industri : Retail

Sumber Kekayaan : Buatan sendiri – Nike

Anda mesti kenal jenama Nike kan? Takkan lah tak tahu jenama terkenal tu? Branded kot. Tahu tak siapa pengasasnya?

Phil Knight lah merupakan pengasas bagi jenama Nike. Kan sama tu nama Knight dan Nike. Pada mulanya, Phil Knight yakin dengan jenama Tiger yang merupakan jenama pembuat kasut Onitsuki pada awal tahun 60-an. Beliau nak edarkan kasut Tiger tersebut di bawah nama Blue Ribbon Sports. Kemudian Kniht melancarkan nama baru iaitu Nike walaupun pada masa tersebut beliau bekerja sebagai akauntan sepenuh masa.

Knight kini berkhidmat sebagai Pengerusi Emeritus Nike. Jenama Nike telah membina kejayaannya pada tawaran selebriti dan atlet sokongan, bermula dengan larian ajaib Steve Prefontaine pada tahun 1973 dan berterusan dengan salah seornag daripada pemasar kasut yang paling berjaya sepanjang masa di Michael Jordan.

Nike ditandatangani dengan perjanjian sokongan lima tahun pada tahun 1984 bernilai kira-kira $500,000 setiap tahun. Yang terbesar sekali ialah bintang NBA hari ini masih di bawah bumbung Nike, dengan LeBron James menandatangani kontrak seumur hidup dengan jenama Nike pada 2015.
.
.

Hebat tak?

Wah… Cuba anda bayangkan .. Hebatkan orang-orang ni semua.

Tapi…perasankah anda?? Apakah yang mereka lakukan sehingga mendapat keuntungan dan kekayaan sebegini??

Pandangan Saya…

Saya melihat dari sudut lain di mana saya melihat perniagaan atau bisnes yang dijalankan melalui atas talian atau online selalunya akan berkekalan lebih lama. Cuba anda lihat Mark Zuckerberg. Dalam usia yangbegitu muda dan dalam masa yang singkat beliau telah menjadi seorang jutawan yang sangat berjaya.

Begitu juga dengan Bezos yang mencipta Amazon dan Page yang mencipta Google. Ini semua adalah rangkaian atas talian yang kini semakin popular dan mendapat tempat dalam hati semua lapisan masayarakat di mana jua. Bill Gates yang mencipta Microsoft juga masih lagi kekal di tempat pertama kerana apa? Sebab Microsoft sudah menjadi kepentingan bagi semua orang tidak kira student, pekerja syarikat dan lain-lain.

Saya juga melihat bagaimana mereka yang terlibat dengan pelaburan berjaya menjadi orang yang berjaya. Jadi, tidak mustahil mungkin anda yang terlibat dengan pelaburan boleh jadi seperti mereka.

Nilai Murni….

Satu lagi nilai yang saya lihat ada pada setiap orang terkaya di AS ni. Mereka tidak lokek menderma dan menyumbang kepada masyarakat. Bukan ratus ringgit, tapi beribu-ribu dan berjuta ringgit mereka berikan kepada pihak yang memerlukan.

Saya harap, ke-18 orang ini mampu menjadi pembakar semangat anda semua untuk menjadi seperti mereka suatu hari nanti. Dan jangan pernah lupa asal diri anda.

Sumber : Busines Insider Malaysia

SHARE posting ini supaya kita boleh sama-sama meberi munafaat buat rakan-rakan yang lain ya..