22 September, 2023

KWSP Isytihar Dividen 5.7% bagi 2016?

2 min read
pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis
Kongsikan artikel ini

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Anda mesti dah tahukan yang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah pun mengisytiharkan kadar dividen bagi tahun 2016 adalah 5.7% dengan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak RM37.08 billion.
.

Walaupun lebih rendah dari tahun sebelum ni, tapi ia suatu keputusan yang memberansangkan kerana KWSP masih mampu memberikan dividen melebihi sasaran mereka iaitu 2.5%.
.

Anda mesti nak tahu kenapa dividen KWSP berkurang kan?
.

Jika anda perhatikan keadaan ekonomi Malaysia dan ekonomi dunia, masing-masing sekarang sedang berhadapan dengan ketidakstabilan ekonomi kerana putaran krisis ekonomi dunia yang bakal berlaku. Dijangkakan sama ada akhir tahun ni atau tahun 2018.
.

Anda boleh lihat graf dividen KWSP di bawah ini.

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Lihat tahun 2008, waktu di mana putaran krisis ekonomi dunia berlaku. Kadar dividen KWSP telah menurun sehingga 4.50% sahaja kadar dividen yang diberikan.
.

Anda agak-agak, bagaimana pula ye dengan tahun ni dan tahun hadapan?
.

Bukankah tahun lepas KWSP telah membuka satu lagi simpanan KWSP yang patuh Syariah? Simpanan patuh syariah ni tidak ada jaminan 2.5% dividen akan diberikan. Kadar dividen bergantung kepada pulangan yang mereka dapat hasil dari pelaburan yang mereka dah lakukan.
.

Nak tahu macam mana? Kena tunggu tahun hadapanlah. Sebab bermula tahun ni, keputusan KWSP akan dipecahkan kepada simpanan Konvensional dan simpanan Syariah.
.

Adakah kedua-dua simpanan KWSP ini akan mampu bertahan bagi menghadapi kesukaran pasaran saat krisis ini nanti? Kita hanya mampu lihat dan nantikan.
.

Jom lihat sedutan video dari berita RTM mengenai pengisytiharan kadar dividen KWSP di bawah ini.

About Author