22 September, 2023

Beg Plastik 20 Sen? Antara Tanggungjawab @ Pentingkan Diri

3 min read
pelaburan emas, gold investment, gold trading
Kongsikan artikel ini

Beg Plastik 20sen?

Apa yang anda lihat pada kempen yang dijalankan oleh kerajaan ini? Bukan kah kerajaan negeri Selangor telah melaksanakan kempen ‘No Plastic Bag’ setiap hari. Bukan lagi seperti sebelum-sebelum ini iaitu hanya pada hari Sabtu dan Ahad.
.

Adakah ia menyusahkan anda?
.

Atau anda rasa bersemangat untuk menyahut seruan kerajaan? Demi bumi tercinta?
.

Kenapa pula saya katakan demi bumi tercinta? Ya.. Sebab plastik adalah salah satu sampah yang sukar untuk dilupuskan. Jika ia tertimbus di dalam tanah, bukan sahaja bahan kimikal yang berada padanya meresap ke dalam bumi, malah makan tahun juga untuk ia mereput dan lesap dari bumi.

pelaburan emas, gold investment, gold trading
.
.

Antara Tanggungjawab @ Pentingkan Diri

Adakah anda sayang akan bumi anda?
.

Ya atau Tidak?
.

Orang yang jawab YA pasti akan menyahut seruan kempen ini tanpa bersungut ia menyusahkan mereka. Dengan hati yang terbuka mereka membawa beg kertas atau bakul sendiri semasa membeli belah.

pelaburan emas, gold investment, gold trading
.

Bagaimana pula dengan orang yang menjawab tidak?
.

Sudah tentu lah mereka ini jenis orang yang suka mebangkang dan membantah dengan kempen ini. Pasti ada suara-suara yang kata ia menyusahkan, membebankan rakyat, kos berbelanja makin tinggi pula dan macam-macam lagi.
.

Bagaimana dengan kesedaran?
.

Adakah orang yang bersungut macam-macam ni ada kesedaran tentang keperihatinan mereka terhadap bumi?
.

Jika mereka prihatin, mereka akan terima dengan rela. Mereka akan anggap ini salah satu tanggungjawab mereka untuk memelihara bumi ini. Lagi pula, bukan tujuan pihak kerajaa kenakan cas 20 sen untuk bebankan mereka membelinya. Tapi untuk mereka sedar akan nilai bumi ini. Tidak menggunakan beg plastik, tapi gunakan alatan lain seperti beg kertas, trolley dan sebagainya.

pelaburan emas, gold investment, gold trading

Lihat masayarakat di luar sana yang sangat memberi sokongan dan dokongan kepada kerajaan mereka demi menyelamatkan bumi. Tiada sungutan. Kadang-kadang saya terfikir, adakah sesebuah negara itu tidak maju atau maju bergantung kepada sikap dan mentaliti rakyatnya?
.

Pandangan anda pula bagaimana?
.

Mari kita baca apa pandangan Ir Sofian:
.

1) Kempen ini sebenarnya adalah kempen kesedaran dari negeri Selangor untuk insiatif mengurangkan penggunaan plastik yang menjadi salah satu pencemaran alam sekitar. Lihat aje bagaimana plastik yang tertanam dalam tanah. Makan puluhan tahun masih tetap tidak terlupus.
.

2) Walaupun penggunaan plastik jenis ‘biodegradable’ sebelum ini meluas diperkenalkan tapi ianya tidak mendapat sambutan dari pekedai disebabkan oleh harganya yang agak mahal dari yang biasa. Akhirnya kempen itu senyap begitu aje.
.

3) Kerajaan pula tidak memberi pilihan kepada rakyat, dalam bahasa yang lebih ringkas, mereka cuba untuk menggantikan ‘beg kertas’ sebagai pembungkus sebagaimana yang diamalkan oleh masyarakat luar negara yang telah lama mendapat kesedaran berbanding dengan rakyat Malaysia.
.

4) Satu perkara yang kita mungkin terlepas pandang juga adalah kesedaran dari semua pihak tentang peri pentingnya sama-sama menjaga alam sekitar kita terutama secara beransur-ansur mengurangkan penggunaan plastik.
.

5) Part ini paling win! Pengasingan barang buangan ke dalam 3 tong sampah iaitu ‘Plastik’, ‘Kaca’, dan ‘Kertas’. Ramai yang masih tidak mengambil hirau untuk membantu usaha murni ke arah ini. Masih ramai lagi yang mencampurkan kesemua bahan sampah di atas.
.

6) Sistem pembuangan sisa pepejal atau solid waste management di Malaysia ini dilihat sebagai perkara yang secondary atau tidak begitu penting sedangkan banyak cabang renewable energy dan sumber wang yang boleh di terokai dari sini.
.

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. Tetapi, berbeza macam mana pun bumi tetap perlu dipelihara kerana ini lah dia tempat tinggal kita semua.

pelaburan emas, gold investment, gold trading

About Author