22 September, 2023

Kebodohan Trader dalam Trading yang Perlu Dielakkan

6 min read
pelaburan emas, gold investment, gold trading
Kongsikan artikel ini

Assalamualaikum wmt wbkt.
.

Jika sebelum ini kami ada kongsikan tentang kebodohan pelabur emas dalam membuat pelaburan emas, hari ini berkenaan trader pula. Jadi, trader-trader di luar sana boleh ambil info dari Ir Sofian ini sebagai salah satu benteng dari mengalami kerugian di dalam trading.
.

Jom kita baca apa kata Ir Sofian tentang kebodohan trader dalam trading.
.

Apakah kebodohan yang sering dilakukan oleh trader?
.

1. Tidak ada ilmu trading

pelaburan,emas, gold investment, gold trading

Sebelum menceburkan diri dalam bidang trading, anda sepatutnya belajar dan mendalami dulu ilmu dalam bidang trading. Bukannya trading dulu, dah rugi baru nak cari ilmu.
.

Sebab apa? Sebab ilmu itu penting. Dalam apa pun yang kita lakukan biar ada ilmu. Imu itu lah sebenarnya yang akan membantu anda mendapatkan jalan kehidupan yang lebih baik. Oleh sebab itu, jangan pernah berasa letih atau penat untuk menimba ilmu. Dan jangan pula berasa megah dan bongkak apabila sudah ada ilmu.
.

Anda sendiri boleh elakkan kebodohan ini. Cari guru yang pakar dalam bidang trading atau teknikal analisis ni, dan belajar. Belajar biar sampai habis. Jangan separuh-separuh jalan. Apabila sudah ada ilmu, amalkan ia supaya anda boleh lihat di mana salah dan silap anda.
.
.

2. Tidak ada perancangan trading

pelaburan emas, gold investment, gold trading

Saya selalu mengingatkan pelajar saya agar buat perancangan untuk mereka trading. Waktu bila nak trading, nak trading dengan lot size berapa, bila nak tutup posisi, berapa target profit, dan lain-lain yang berkaitan.
.

Perancangan ni sebenarnya penting untuk mengatur dan menyusun strategi dalam trading. Sebabnya, melalui perancangan ini lah anda boleh lihat dan target berapa profit yang anda ingin perolehi.
.

Anda sendiri boleh lihat perbezaan antara orang yang ada perancangan hidup dengan orang yang tidak ada perancangan hidup. Berbezakan? Siapa yang selalu berjaya? Anda sendiri boleh tahu. Oleh sebab itu, sekiranya anda ingin trade, pastikan anda mempunyai perancangan yang sesuai dengan keadaan diri anda dan market.
.
.

3. Tidak follow perancangan yang dibuat

pelaburan emas, gold investment, gold trading

Orang yang sudah ada perancangan untuk trading sangat bagus. Tapi, setakat ada sahaja tidak berguna jika anda tidak mengikutinya. Apa yang susah sangat bagi anda untuk mengikuti perancangan yang anda sendiri telah tetapkan?
.

Dalam hidup ini kena ada disiplin sebab disiplinlah yang membantu anda untuk berjaya. Kalau zaman kita sekolah dulu, kita kena ikut disiplin dalam sekolah. Baru lah boleh jadi pelajar contoh, tak kena berdiri semasa perhimpunan, tak kena rotan. Sebab apa? Sebab kita jadi pelajar yang berdisiplin.
.

Jadi, dalam dunia trading pun sama aje. Kena ada disiplin dan follow perancangan yang dibuat. Barulah anda boleh dapatkan apa yang anda impikan dan menjadi trader berjaya.
.
.

4. Tidak menguruskan kewangan dengan baik

pelaburan emas, gold investment, gold trading

Mengurus kewangan adalah perkara penting dalam tarding. Sekiranya anda tidak boleh mengurus kewangan anda dengan baik, anda tidak akan dapat menjadi trader yang berjaya.
.

Bagaimana cara untuk anda uruskan kewangan?
.

Anda harus tetapkan berapa modal yang ingin anda laburkan dalam trading. Kemudian, anda tetapkan berapa banyakkah keuntungan yang seusai untuk anda perolehi dengan modal yang and laburkan. Tetapkan berapa percent untuk anda profit bagi setiap kali anda entry dalam market.
.
.

5. Tidak mengurus emosi dengan bijaksana

pelaburan emas, gold investment, gold trading

Di dalam trading, seeloknya anda jangan biarkan emosi mengawal diri anda kerana emosi ini lah salah satu punca kejatuhan trader. Oleh itu, anda harus bijak megawal emosi.
.

Sekiranya anda mula rasakan diri anda beremosi samada emosi dengan pasaran atau emosi dengan benda lain, lebih baik anda jauhkan diri anda dari membuat sebarang entry.
.

Saya dah lihat, kebanyakan trader yang masuk posisi dalam keadaan emosi akhirnya kecundang. Sebab apa? Sebab mereka tidak dapat membuat keputusan dengan baik.
.
.

6. Tidak ada kesabaran menunggu

pelaburan emas, gold investment, gold trading

Sekiranya anda jenis scalper trader, anda haruslah mempunyai kesabaran untuk menunggu semasa melihat pasaran. Sebabnya anda masuk posisi dan tutup posisi dalam masa satu dua jam sahaja.
.

Saya lihat, ada trader yang tak sabar-sabar nak tutup posisi. Dapat aje profit terus nak tutup. Sedangkan pada waktu itu market masih lagi dalam keadaan ada trend. Macam mana anda nak dapat profit lebih kalau anda tidak boleh sabar untuk tutup posisi? Sekiranya anda ingin tutup posisi, pastikan dah ada signal atau tanda-tanda market nak reverse, baru tutup.
.

Selain itu, jenis scalper trader ini juga kena duduk menghadap chart. Nak kena lihat bila masa sesuai untuk entry dan bila masa sesuai untuk exit. Sekiranya anda tidak ada kesabaran untuk duduk lama menghadap chart pasaran, macam mana anda ingin tahu waktu yang sesuai untuk entry dan exit?
.

Oleh sebab tidak sabarlah, ramai trader yang masuk posisi dan keluar posisi dalam keadaan yang merugikan. Tidak kena pada tempatnya.
.
.

7. Tidak withdraw keuntungan yang diperolehi

pelaburan emas, gold investment, gold trading

Ini lagi satu kebodohan yang dilakuakn oleh ramai trader, iaitu selepas mendapat keuntungan, mereka membiarkan sahaja keuntungan mereka di dalam akaun trading. Kebodohan mereka ini lah yang menyebabkan wang mereka habis hangus dalam sekelip mata.
.

Oleh sebab dunia trading ini sangat tinggi risikonya, sudah pasti akan ada naik turunnya. Jadi, sekiranya anda dapat keuntungan dari trading anda, keluarkan keuntungan tersebut dan nikmati ia. Jangan biarkan ia terlalu lama di dalam akaun trading anda.
.

Ya. Saya tahu ada jenis trader yang cuba untuk mencambahkan wang modal di dalam akaun trading mereka. Tetapi, sekiranya wang modal anda semakin besar, maka semakin tinggi risiko anda untuk mengawal kewangan anda.
.

Sepertimana banyak anda boleh mengaut keuntungan, seperti itu juga lah banyakkany anda boleh mengalami kerugian. Lebih-lebih lagi jika anda menggunakan lot siza yang besar.
.
.

8. Tidak ingin menutup posisi walaupun telah menanggung banyak kerugian

pelaburan emas, gold investment, gold trading

Sikap ini selalu dilakukan oleh trader yang berharap agar pergerakan pasaran mengikut target mereka. Walaupun pergerakan pasaran bergerak semakin jauh dari posisi, mereka tidak ingin juga menutup posisi kerana masih berharap pergerakan pasaran berpatah kembali membuat reversal.
.

Ini lah yang mengakibatkan kerugian yang ditanggung oleh trader semakin teruk dan akhirnya ada yang terpaksa di keluarkan oleh broker dari terus berada di dalam pasaran kerana wang mereka dagangkan telah pun habis. Lebih-lebih lagi bagi trader yang tidak meletakkan stop loss atau cut loss posisi mereka.
.

Saya selalu berpesan kepada pelajar saya agar jangan sayang untuk tutup terus posisi dari terpaksa menanggung kerugian yang lebih teruk. Selalunya keadaan ini akan berlaku apabila pasaran bergerak tidak mengikut analisa yang dilakukan. Mungkin atas sebab terdapat faktor-faktor sekeliling seperti berita yang menyebabkan pasaran bergerak mengikut rentaknya yang tersendiri.
.
.

9. Trade ikut kawan, bukan ikut trend

pelaburan emas, gold investment, gold trading

Ini lagi satu perangai trader yang suka trade ikut kawan. Dengar aje kawan kata ‘aku dah masuk posisi buy tadi’, dia pun terus ikut masuk posisi. Sedangkan keadaan pergerakan trend pada waktu dia masuk dah nak habis. Kawan dia dah tutup posisi dengan profit, dia pula menanggung kerugian sebab trend dah habis.
.

Bukan tak ada orang jenis macam ni. Ada aje. Saya sendiri lihat ada jenis trader macam ni. Duduk sama-sama di kedai sambil cerita pasal pasaran. Dengar kawan masuk posisi, dia pun ikut masuk sedangkan dia dah terlepas signal. Sepatutnya trader ini kena tunggu signal yang seterusnya. Bukan main membuta tuli menekan posisi.

.

Bila dah rugi, nak salahkan siapa? Sedangkan diri sendiri yang tidak melihat signal dan trend.
.
.

10. Tidak yakin dengan trend atau analisis yang dilakukan

pelaburan emas, gold investment, gold trading

Sekiranya anda sudah mempelajari ilmu trading dan ilmu teknikal analisis, hanya keyakinan sahaja yang membolehkan anda berjaya atau gagal. Kerana ada trader yang tidak yakin dengan posisi yang dilakukan.
.

Oleh sebab tidak yakin dan takut-takut, mereka segera menutup posisi sedangkan pada waktu tersebut pasaran bergerak mengikut trend dan analisis yang dilakukan.
.

Apabila melihat pasaran bergerak seperti yang dijangkakan, mereka masih lagi ragu-ragu untuk masuk posisi. Dan apabila mereka lihat pasaran bergerak semakin tinggi atau semakin rendah, baru mereka berasa yakin untuk masuk posisi. Ini satu kebodohan yang mereka lakukan. Sebab apa?
.

Sebab pada waktu mereka masuk posisi, trend pasaran telah sampai ke penghujung. Ini lah yang meneyebab kan mereka menanggung kerugian. Hanya kerana tidak yakin dengan trend dan analisa yang dilakukan.
.

Kesemua perkara yang saya sebut tadi adalah kebodohan trader dalam trading yang perlu anda elakkan. Kalau boleh, jangan sekali-kali bersikap sedemikian.
.

Kerana dunia trading ini sangat tinggi risiko nya. Sekiranya anda boleh mengelakkan diri dari bersikap demikian, secara tidak langsung anda juga telah mengurangkan risiko kerugian yang akan ditanggung.
.

Oleh itu, jangan pernah mengalah jika anda pernah tersungkur. Tapi, bangunlah kembali dan bersemangat semula untuk meneruskan perjuangan di dalam dunia trading ini.
.

Anda lah yang akan menentukan siapa diri anda pada masa hadapan.
.
.

About Author