2 November, 2024

Kebodohan dalam Pelaburan Emas yang Perlu Dielakkan

pelaburan emas, gold investment
Kongsikan artikel ini

Kebodohan Pelabur Emas

Sebagai pelabur emas, anda kena ambil tahu dan cakna tentang apakah kebodohan dalam pelaburan emas yang perlu dielakkan. Hal ini penting sekiranya anda tidak ingin mengalami kerugian di dalam pelaburan anda.
.

Hal ini kerana inilah kesilapan yang sering dilakukan oleh ramai pelabur emas sehingga mereka merasakan melabur di dalam emas ini satu kerugian.
.

Oleh itu, bagi mengelakkan wang pelaburan anda hangus, anda perlu jauhi segala kebodohan yang akan disebutkan di bawah ini.
.
.

1. Beli emas tak dapat emas

pelaburan emas, gold investment

Jangan anda beli emas tapi tak dapat emas di tangan. Kalau kita beli emas, sudah tentu lah kita dapat emas kan? Kalau tak dapat, maknanya?
.

Maknanya kita beli angin kosong aje lah. Oleh itu, jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis syarikat pelaburan yang menyatakan akan menyimpankan emas anda untuk satu tempoh atau mereka menyatakan emas anda akan sampai lambat kerana pre-order.
.

Buat apa anda nak beli emas pre-order yang kononnya lebih murah sedangkan anda tidak dapat lagi emas tersebut depan mata?
.
.

2. Beli emas perhiasan

pelaburan emas, gold investment

Sekiranya anda melabur dalam emas, pastikan anda tidak membeli emas perhiasan sebab emas perhiasan bukanlah emas yang sesuai untuk dibuat pelaburan.
.

Nak tahu kenapa saya cakap macam ni?
.

Sebabnya emas perhiasan mempunyai susut nilai yang sangat tinggi. Nak melabur kenalah pilih emas yang susut nilainya rendah, bukan tinggi. Kalau tingg hingga cecah 25%, mana nak dapat untungnya. Setuju kan?
.
.

3. Beli emas dalam program pelaburan cepat kaya

pelaburan emas, gold investment

Saya dah pernah bagitahu dah sebelum ini pasal scammer. Program pelaburan cepat kaya ni adalah kategori scammer juga. Jadi, kalau boleh jauhkan diri dari sertai pelaburan seperti ini. Mana ada beli emas dapat untung bulan-bulan.
.

Kalau dijanjikan dengan dividen bulan-bulan yang menguntungkan dan tak masuk akal, fikir berpuluh-puluh kali dulu. Jangan sampai terjebak dan membinasakan diri.
.
.

4. Beli emas beserta yuran keahlian

pelaburan emas, gold investment

Buat apa anda nak bayar yuran keahlian atau yuran pendaftaran semata-mata untuk beli emas murah? Anda dah bazirkan wang anda yang anda boleh gunakan untuk beli emas lagi banyak lagi.
.
.

5. Beli emas dalam bentuk akaun bank (paper gold)

pelaburan emas, gold investment

Orang ramai selalu langgar pantang larang yang ini. Mereka sangkakan pelaburan emas jenis ini adalah bagus. Tapi, sebenarnya mereka dah langgar pantang larang yang pertama tadi iaitu beli emas tak dapat emas.
.

Walaupun banyak bank di Malaysia ini yang menawarkan akaun pelaburan emas, namun kesemuanya hanya memberikan kertas slip akaun sahaja, tiada emas yang disimpankan di dalam bank.
.

Sekiranya anda ingin menjual emas anda, anda hanya jual harga sahaja. Anda tidak dapat mengeluarkan emas fizikal anda sebab memang tiada emas secara fizikal yang pihak bank simpan.
.

Melainkan jika anda membeli emas di Ar-Rajhi Bank dan Kuwait Finance House Bank yang menawarkan pelaburan emas patuh shariah. Anda boleh keluarkan emas anda dan melihatnya.
.
.

6. Tertipu dengan emas murah yang palsu

pelaburan emas, gold investment

Demi mendapatkan emas dengan harga yang murah, jangan sampai anda tertipu dengan emas palsu. Pastikan harga yang anda beli itu releven dan realistik dengan keadaan harga emas semasa.
.

Sekiranya harga emas tersebut terlalu jauh berbeza dengan harga emas semasa, sila buat ujikaji terhadap emas tersebut samada emas betul atau palsu. Jangan biarkan diri anda menanggung kerugian yang tidak sepatutnya berlaku.
.
.

7. Nak tunggu harga emas turun baru nak beli

pelaburan emas, gold investment

Pantang larang ini adalah bagi pelabur emas yang baru nak menceburi bidang pelaburan emas. Kalau anda nak tunggu harga emas turun baru nak mula beli dan melabur, alamatnya lambat lah anda nak dapat keuntungan. Sebab apa?
.

Macam mana nak dapat keuntungan kalau pelaburan pun tak bermula lagi? Nak melabur kena bermula sekarang sebab harga emas akan tetap menaik, cuma sekejap-sekejap aje dia turun.
.
.

8. Jual emas terlalu awal

pelaburan emas, gold investment

Pelaburan emas bukanlah pelaburan yang menjanjikan keuntungan dalam jangka masa yang singkat. Ia memakan masa yang agak panjang. Lagi lama masa yang diperuntukkan, lagi banyak keuntungan yang diperolehi.
.

Kalau anda harapkan pelaburan emas fizikal ini berikan keuntungan dalam masa seminggu dua, anda silap. Sedangkan pelaburan dalam ASB pun makan masa satu tahun untuk anda dapat dividen.
.
.

9. Tidak reti guna sistem ar-rahnu

pelaburan emas, gold investment

Orang lain pajakkan emas di ar-rahnu, anda pun nak ikut. Tapi, orang lain boleh dapatkan balik emasnya beserta emas baru. Anda pula tergadai emas di ar-rahnu. Sebab apa?
.

Sebab anda tidak tahu dan tak ada ilmu macam mana ingin gunakan sistem ar-rahnu dalam menjana emas anda.
.
.

10 Beli emas di kedai emas

pelaburan emas, gold investment

Harga emas di kedai tidak sama dengan harga emas yang di jual oleh pengedar-pengedar emas. Harga emas di kedai lebih mahal kerana mereka telah memasukkan caj-caj tambahan di dalamnya seperti caj upah, sewa kedai, kos pengangkutan, gaji pekerja dan lain-lain kos.
.

Memang salah pilihan anda kalau anda beli emas untuk pelaburan di kedai. Anda harus pandai memilih alternatif bagi membeli emas dengan harga yang lebih kurang sama dengan harga emas semasa.
.
.

11. Beli emas dengan duit kecemasan

pelaburan emas, gold investment

Jangan sekali-kali anda beli emas dengan duit kecemasan yang anda nak pakai dalam masa terdekat. Contohnya duit anda nak kahwin, duit anda nak buat kenduri dan lain-lain.
.

Seperti yang saya maklumkan tadi, emas ini bukan lah pelaburan yang menjanjikan keuntungan dalam masa yang singkat. Oleh itu, pastikan anda mempunyai simpanan lain untuk membeli emas.
.
.

12. Beli emas dengan duit pinjaman (loan)

pelaburan emas, gold investment

Sekiranya anda ingin membuat pelaburan emas, saya nasihatkan agar anda tidak melabur dengan menggunakan duit pinjaman dari bank atau pihak lain.
.

Kalau boleh, biarlah pelaburan yang dilakukan adalah dari wang simpanan anda sendiri. Anda tidak terikat dengan mana-mana hutang.
.

Pelaburan yang dilakukan ini adalah untuk anda keluar dari kesempitan hidup, bukan menambahkan lagi bebanan hutang anda.
.
.

13. Membuka sarung plastik kekal

pelaburan emas, gold investment

Sekiranya anda membeli emas yang mempunyai sarung kekal, pastikan anda tidak membuka sarung plastikya kerana ia boleh menyebabkan nilai susut emas tersebut turun seperti harga emas perhiasan.
.

Nak tengok, tengok aje. Jangan gatal-gatal tangan cabut.
.
.

14. Menjual emas di tempat yang salah

pelaburan emas, gold investment

Tempat menjual emas anda semula juga adalah penting. Sekiranya anda tersalah pilih tempat, anda akan mengalami kerugian sedangkan anda boleh memaksimakan keuntungan dalam pelaburan emas ini.
.

Salah macam mana tu ye? Macam tempat tersebut mengambil harga emas dengan harga yang murah atau mengenakan spread yang tinggi. Anda yang rugi. Sebab itu sekiranya anda ingin menjual emas anda, anda perlu survey dahulu di mana kah tempat yang sesuai untuk anda menjual emas anda kembali.
.
.

Anda dah tahu kan apakah kebodohan yang anda tidak boleh lakukan sebagai seorang pelabur emas?

Jadi, sekiranya anda ingin menjadi pelabur emas yang berjaya dan keluar dari zon kesempitan, jangan sekali-kali melakukan kesilapan ini dalam pelaburan emas ni.

Anda boleh SHARE posting ini kepada sahabat anda yang lain supaya kita sama-sama dapat memberikan munafaat pada yang lain.