Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the newsphere domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/akademijl/public_html/wp-includes/functions.php on line 6114
Nak Tahu Cara Putar Belit Scammer? - Akademi JL
11 December, 2024

Nak Tahu Cara Putar Belit Scammer?

Kongsikan artikel ini

Pernah Ditipu Scammer?

ir sofian akademi jl scammer money

Siapa kat sini yang pernah kena tipu dengan scammer?Berapa banyak wang anda ditipu oleh scammer ni? Ratus ringgit? Atau ratus ribu?
.

Mengapa anda ditipu oleh scammer? Adakah disebabkan kerana anda kesempitan wang? Anda inginkan side income yang memberikan pulangan yang cepat? Anda ingin kaya dengan cepat?
.

Trick Scammer

Anda ingin tahu trick yang digunakan oleh Scammer untuk menipu wang anda?
.

Scammer sebenarnya bermain dengan emosi anda. Mereka menawarkan pelaburan yang memberikan pulangan setiap bulan dan keuntungan dua kali ganda yang menyebabkan anda mula rambang mata.
.

Siapa yang tidak mahu jika ditawarkan keuntungan berkali ganda?
.

Pihak scammer ini menyatakan pelaburan mereka ini membawa keuntungan. Jika anda melabur RM1000, anda akan dapat keuntungan RM100 setiap bulan sehingga bulan ke 10. Pada bulan ke 10 anda diberi pilihan. Jika anda ingin berhenti anda akan dibayar dua kali ganda iaitu RM2000.
.

Tapi, jika anda ingin meneruskan pelaburan dengan tidak perlu menambah modal, anda akan peroleh RM4000 pada tahun hadapan iaitu 10 bulan kemudiannya lagi.
.

Teruja tak bila ada yang tawar pelaburan sebegini?
.
ir sofian akademi jl excited dapat duit

Sudah tentu ramai yang teruja dan mula terpedaya dengan tawaran ini sebab anda sudah merasa duit keuntungan setiap bulan. Pada waktu ini jugalah anda mula war-warkan kepada rakan-rakan anda untuk turut serta dalam pelaburan ini.
.

Malah, ada juga yang ingin teruskan pelaburan ini tetapi dengan menaikkan modal pelaburan kepada RM10,000. Hanya kerana inginkan keuntungan RM20,000 10 bulan kemudian.
.

Tapi tahukah anda? Ini semua hanya untuk mengaburi mata anda. Setelah ramai orang yang melabur dalam pelaburan scammer ini, akhirnya scammer ini pun membuat alasan seperti ada pihak yang menyeleweng wang syarikat, dan macam-macam lagi.
.

Akhirnya pelabur-pelabur kita ini lah yang tertipu. Siapa yang tertipu? Orang-orang kita yang nak cepat kaya lah.
.

Sebenarnya trick yang digunakan oleh scammer ini sama saja. Cuma mereka pandai bermain dengan emosi dan ketamakkan orang kita.
.

Selain itu, orang kita ni malas nak cek terlebih dahulu kesahihan pelaburan tersebut. Bila nasi dah jadi bubur, baru mereka nak semak dengan SSM, semak pelaburan wujud ke tidak, semak kat mana office mereka. Dan pada waktu itu baru mereka nak menyesal.
.

ir sofian akademi jl ditipu scammer
.

Anda boleh lihat video ini untuk tahu lebih lanjut macam mana trick yang digunakan scammer untuk menipu duit anda.