4 Strategi Menjana Emas Dengan Emas

Jana Emas Dengan Emas?
Biar betul? Boleh ke kita jana emas dengan emas? Macam mana tu? Teringin juga nak tahu ni.
.
Haa.. Anda teringin tahu apakah strategi yang boleh digunakan untuk menjana emas dengan emas ni?
.
Kepada pelabur emas di luar sana, anda boleh gunakan strategi ini untuk meningkatkan lagi pelaburan anda dalam logam emas.
.
Anda sangat beruntung kerana hari ini kami kongsikan kepada 4 strategi ini yang tidak ada pada orang lain. Hanya ada pada Ir Sofian sahaja iaitu Jutawan Emas dan Perak.
.
Strategi yang paling rare ini bermula dengan kata kunci ‘TAHU’.
.
.
1. Tahu Harga Emas Semasa
Untuk mengetahui harga emas semasa, anda boleh lihat dalam laman kitco. Dari situ anda akan tahu samada harga emas naik atau turun.
.
Strategi ini sangat penting untuk pelabur yang ingin menjana lebih emas. Anda boleh buat bajet dan letakkan target untuk emas yang anda ingin janakan.
.
.
2. Tahu Sumber Dapatkan Emas
Jika anda ingin melabur emas, penting bagi anda untuk mengetahui di manaka anda boleh dapatkan sumber emas fizikal yang miai spread dan premiumnya rendah.
.
Strategi ini penting bagi memudahkan anda membeli emas.
.
.
3. Tahu Sistem Ar-Rahnu
Dalam menjana emas dengan emas, strategi ini akan digunakan untuk memajakkan emas yang anda ada. Hasil tunai yang anda dapat nanti akan digunakan untuk membeli emas di strategi yang kedua. Anda tidak perlu bersusa-susah untuk meminjam wanag di bank atau sebagainya.
.
Oleh itu, penting untuk anda tahu akan sistem Ar-Rahnu ini. Anda perlu semak terlebih dahulu akan nilai marhun yang dikenakan oleh Ar-Rahnu, upah simpan yang dicas dan tempoh emas anda digadaikan.
.
.
4. Tahu Teknik Pembayaran Ar-Rahnu
Strategi ini akan digunakan selepas anda menggadaikan emas anda di Ar-Rahnu. Anda harus tahu teknik yang akan anda gunakan untuk membayar semula emas yang telah dipajakkan.
.
Jika anda tidak boleh konsisten dalam membayar, jangan sesekali cuba untuk menjana emas dengan emas. Kerana berkemungkinan emas anda boleh tergadai.
.
Oleh itu, sekiranya anda ingin menjana emas dengan emas, anda perlu menguasai ilmu-ilmu strategi ini dahulu. Buat perancangan dengan teratur. Baru mulakan langkah anda jika anda sudah bersedia.
.
.
Admin – FT