22 September, 2023

8 Tips Persediaan Ahli Keluarga Terjamin Selepas Anda Tiada

6 min read
Kongsikan artikel ini

Soal Kematian

Setiap manusia tidak boleh lari dari kematian kerana setiap yang hidup, pasti akan merasai mati. Samada secara kita ketahui atau pun tidak.
.

Tetapi!
.

Tahukah anda bagaimana kehidupan ahli keluarga anda selepas anda tiada?
.

Adakah kehidupan mereka bakal terjamin seperti semasa anda ada bersama mereka?
.

Atau mereka akan hidup melarat, merempat di sana sini, dan meminta-minta?
.
.

Apakah Persediaan Anda Untuk Mereka?

Tahukah anda bahawa anda lah penentu dan punca kepada terjaminkah hidup mereka kelak. Jika anda bijak dan berfikir kehadapan, sudah pasti anda telah membuat persediaan awal untuk menjamin kehidupan mereka selamat selepas anda tiada.
.
Bukan kah anda sayangkan mereka?
.

Oleh kerana masih ramai lagi antara kita yang tidak sedar betapa peri pentignya mengaturkan kewangan rumah tangga mereka dengan baik semasa hidup. Malah, mereka selalu berkira-kira dan tidak menganggap perkara ini penting. Akhirnya tindakan mereka ini telah mengakibatkan ahli keluarga yang mereka tinggalkan berada dalam kesusahan dan kemiskinan.
.

Jika dilihat, terlalu banyak kes yang berlaku di depan mata kita mengenai harta yang ditingalkan si mati sehingga berlaku perebutan harta. Dan akhirnya, anak isteri yang ditinggalkan terkontang-kanting tanpa harta.
.

Oleh itu, anda harus ambil peduli dan ambil berat soal persediaan awal menguruskan dan mengaturkan kewangan anda supaya selepas anda pergi, kehidupan ahli keluarga anda bakal terjamin. Supaya mereka tidak akan terbeban dengan hutang-hutang yang anda tinggalkan, harta anda tidak dibekukan, dan tidak teraniaya dengan ahli keluarga anda yang rabun mata dengan harta.
.
.

Ambil tips-tips persediaan urus kewangan ini dan lakukannya. Ubah kehidupan ahli keluarga anda supaya kehidupan mereka terjamin. Lindungi mereka bukan semasa anda hidup, tetapi juga semasa anda tiada.
.
.

1. Melunaskan hutang-hutang

ir-sofian-akademi-jl-melunaskan-hutang-hutang

Sekiranya anda mempunyai hutang, sila lunaskan dengan segera. Jangan tinggalkan ahli keluarga anda menanggung hutang-hutang yang anda lakukan.
.

Sekiranya anda mempunyai hutang, maklumkan awal-awal kepada ahli keluarga anda. Supaya mereka tahu dan bersedia. Sekurang-kurangnya mereka tidak akan ditipu oleh insan-insan yang cuba mengambil kesempatan ke atas mereka selepas anda tiada.
.

Hal ini kerana ada sahaja kes di mana si mati tidak pernah memaklumkan kepada ahli keluarganya soal hutang-hutang yang dibuat. Akhirnya ada pihak yang cuba tipu dan ambi kesempatan untuk mengutip hutang yang sebenarnya tidak wujud langsung dari ahli keluarga yang ditinggalkan.
.

Oleh itu, anda harus ambil peduli soal ini. Jangan fikirkan soal air muka, malu, ego dan sebagainya. Ceritakan kepada ahli keluarga anda apakah hutang yang anda masih ada beserta berapa yang sudah dilunaskan dan berapa baki yang masih tertunggak.
.

Lakukan persediaan awal ini. Kerana ajal maut tidak memberi signal. Sambil itu, segera selesaikan hutang tersebut dan jangan membuat hutang baru melainkan ianya benar-benar diperlukan.
.
.

2. Menyimpan dan menabung

ir-sofian-akademi-jl-menyimpan-dan-menabung

Anda haruslah menyimpan dan menabung setiap bulan. Tidak kira samada menyimpan di dalam Tabung Haji, ASB, atau akaun simpanan.
.

Hasil duit simpanan dan tabungan anda ini boleh dijadikan sebagai dana persediaan untuk masa akan datang sepeti pergi Haji, dana persekolahan dan pendidikan anak-anak, dana untuk hospitality atau kecemasan dan banyak lagi.
.
.

3. Melabur dalam saham ASB

ir-sofian-akademi-jl-melabur-dalam-saham-asb

Semua maklum bahawa melabur dalam saham ASB sangat menguntungkan lebih-lebih lagi jika nilai pelaburan besar, maka dividen setiap tahun juga tinggi.
.

Anda boleh menggunakan cara ini untuk melabur sambil meyimpan. Letak siap-siap penama bagi waris anda. Sekiranya anda tiada, pewaris anda boleh menyambung pelaburan ini sehingga tamat atau waris anda boleh tamatkan terus pelaburan ini dan menjual sahamnya.
.

Cara ini juga dapat menjamin kehidupan ahli keluarga anda kerana anda sudah membuat persediaan awal dan wang pelaburan anda ini mereka boleh gunakan untuk kelangsungan hidup atau mulakan bisnes baru yang boleh menguntungkan.
.

Tetapi anda jangan lupa untuk bincangkan soal ini dengan ahli keluarga anda supaya mereka boleh uruskan harta-harta peninggalan anda ini dengan baik.
.
.

4. Menyimpan emas mengawal risiko kewangan

ir-sofian-akademi-jl-menyimpan-emas-mengawal-risiko-kewangan

Selain melabur dalam saham ASB, anda juga boleh melabur di dalam emas. Sudah terang lagi bersuluh yang emas ini merupakan harta yang paling tidak ternilai. Malah ianya kalis inflasi.
.

Jika berlaku kemerosotan ekonomi atau krisis, sekurang-kurangnya anda mempunyai simpanan emas yang boleh membantu mengawal harta anda daripada lebur atau tidak bernilai.
.

Anda harus berfikiran bijak dalam menguruskan kewangan anda. Simpan emas semampu yang anda boleh supaya ianya boleh membantu ahli keluarga anda kelak. Lagipun, emas ini mudah dicairkan. Oleh itu, ia mudah digunakan ketika sesak atau terdesak.
.
.

5. Menyediakan Medical Card

ir-sofian-akademi-jl-menyediakan-medical-card

Anda juga harus menyediakan medical card untuk ahli keluarga anda. Medical card ini sangat penting supaya anda dapat mengurangkan kos perubatan ahli keluarga anda jika berlaku sesuatu secara tiba-tiba.
.

Semua maklum yang kos perubatan di Malaysia ini sebenarnya sangat mahal. Oleh itu, medical card ini sangat perlu lebih-lebih lagi bagi orang yang kurang berkemampuan.
.

Jangan pernah anggap bahawa medical card ini hanya satu pembaziran. Tetapi fikirkan secara jangka panjang. Jika berlaku sesuatu, mana anda nak kumpulkan duit yang beribu-ribu hingga cecah puluh dan ratus ribu untuk kos perubatan sahaja.
.

Oleh itu, lakukan persediaan awal. Sediakan medical card bukan sahaja untuk diri anda, tetapi juga untuk ahli keluarga anda.
.
.

6. Membuat Life Takaful

ir-sofian-akademi-jl-membuat-life-takaful

Tahukah anda apa pentingnya membuat life takaful?
.

Life takaful ini sangat penting sebagai persediaan jika anda tiada. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai pinjaman. Oleh itu, anda harus buat life takaful ini pada setiap aset yang anda ada seperti rumah, kereta, dan aset-aset anda yang lain.
.

Tahukah anda kepada ianya perlu walaupun hanya loan?
.

Hal ini kerana jika sekiranya anda meninggal dunia, waris anda atau ahli keluarga anda tidak perlu lagi untuk sambung membayar hutang loan anda. Terjaminkan hidup ahli keluarga anda jika begini?
.

Mereka tidak perlu terbeban untuk memikirkan bagaimana ingin membayar kembali segala hutang pinjaman anda. Bahkan mereka juga tidak akan kehilangan tempat tinggal dan kenderaan mereka.
.
.

7. Mengemaskini Penama

ir-sofian-akademi-jl-megemaskini-penama

Sekiranya anda mempunyai simpanan di dalam mana-mana akaun seperti Tabung Haji, ASB, akaun simpanan, pelaburan dan lain-lain, anda wajib mengemaskini dan meletakkan penama atau waris pada akaun tersebut.
.

Hal ini bertujuan agar proses pengurusan harta pusaka anda akan berjalan dengan lancar. Oleh kerana masih ramai lagi antara kita yang berasa ragu-ragu dan was-was untuk meletakkan penama, masih berkira-kira nak letakkan penama. Akhirnya, apabila mereka tiada, harta mereka dibekukan dan ahli keluarga mereka susah untuk menuntut kembali harta yang ditinggalkan si mati.
.

Terlalu banyak kes seperti ini berlaku dan akhirnya makan bertahun lamanya untuk waris mendapatkan hak mereka. Bahkan, ada yang tidak dapat menuntut harta tersebut. Burn macam tu saja. Oleh sebab itu juga, ramai yang hidup melarat dan susah apabila kehilangan suami, atau anak kehilangan ibu bapa.
.

Justeru, jangan anda biarkan ahli keluarga anda tergolong dalam golongan yang melarat apabila anda tiada. Berikan perlindungan dan jaminan dalam kehidupan mereka walaupun selepas anda tiada.
.
.

8. Membuat wasiat

ir-sofian-akademi-jl-membuat-wasiat

Ramai yang menganggap dan memandang soal wasiat ini sebagai hal yang remeh sedangkan ianya sangat penting dalam kehidupan.

Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai anak angkat, atau kes anak luar nikah, anak susuan, atau anda tidak mempunyai anak lelaki serta mempunyai lebih dari satu isteri. Uruskan wasiat anda dengan baik dan buat wasiat anda secara bertulis. Itu lebih elok dari anda tinggalkan wasiat melalui kata-kata kerana ia masih lagi boleh dipertikaikan selepas anda tiada.
.

Anda juga harus dapatkan persetujuan ahli keluarga anda yang lain yang berhak menerima waris harta anda sekiranya anda ingin memberikan harta anda kepada orang lain.
.

Jangan jadikan kelalaian anda dalam membuat wasiat menjadikan harta anda dibekukan dari diserahkan kepada waris anda.
.

Jangan biarkan hidupa orang yang anda tinggalkan sengsara dan teraniaya.
.
.

Kini, anda sudah tahu bagaimana caranya untuk anda menguruskan kewangan anda dengan baik sebagai salah satu persediaan untuk menjamin kehidupan ahli keluarga anda jika terjadi sesuatu pada anda kelak.
.

Jangan pernah anggap soal kematian ini remeh dan soal persediaan pengurusan harta buat ahli keluarg anda juga remeh.
.

Hal ini kerana kehidupan mereka semuanya bergantung kepada keputusan anda pada hari ini. Jika anda ingin mengubah nasib mereka, berubahlah segera dan bertindak.
.

Jangan biarkan diri anda menyesal di akhirat kelak.
.
.

Admin – FT

About Author