14 February, 2025

10 Tabiat Hujung Minggu Oleh Usahawan Berjaya

Ikut Jejak Usahawan Berjaya

Usahawan yang berjaya tahu dan sedar bahawa tabiat dan tindakan yang positif untuk berjaya bukan bermulalah bermula pada hari Isnin dan berakhir pada hari jumaat. Tetapi mereka menjangkakan waktu kerja yang lebih panjang berbanding orang lain.
.

Jika anda seorang usahawan, anda akan tahu bahawa dua hari pada hujung minggu bukan lah waktu untuk anda bersenang-lenang kerana sebagai seorang usahawan anda tidak akan dapat lari daripada bisnes anda.
.

Selagi mana anda bergantung nasib pada bisnes anda, selagi itu anda akan memanfaatkan masa yang ada untuk menjadi lebih baik sebelum bermulanya hari Isnin semula.
.

Apakah tabiat hujung minggu yang dilakukan oleh usahawan berjaya?
.
.

1. Bangun awal pagi

ir-sofian-akademi-jl-bangun-awal-pagi

Orang yang berjaya tidak akan membuangkan masa mereka dengan tidur berjam-jam di atas katil mereka pada hujung minggu. Mereka akan bangun awal dan menggunakan masa yang ada untuk mengatur sratehi dan pelan tindakan seterusnya.
.

Menurut kajian, otak manusia lebih fokus dan tajam dalam dua hingga empat jam setelah mereka bangun dari tidur. Oleh sebab itu, usahawan berjaya tidak akan bangun lewat dan memanfaatkan ketajaman otak mereka untuk bisnes mereka.
.
.

2. Rancang tindakan untuk satu minggu

ir-sofian-akademi-jl-buat-perancangan-tindakan-minggu-hadapan

Usahawan berjaya selalu membuat perancangan awal. Mereka tidak akan tunggu sehingga hari Isnin baru nak rancang apa tindakan yang perlu dilakukan untuk satu minggu. Hari Ahad adalah hari yang elok untuk duduk dan lukis perancangan anda.
.

Selepas meluangkan masa untuk perancangan minggu anda, anda akan rasa gembira kerana anda akan mempunyai idea yang bagus dan anda tahu apa yang perlu anda selesaikan.
.

Gunakan masa ini untuk anda buatkan jadual tindakan anda seperti aturkan tugas-tugas penting, panggilan telefon, mesyuarat dan sebagainya selaras dengan matlamat anda. Pastikn perancangan yang dilakukan adalah munasabah dan boleh dilaksanakan.
.
.

3. Minimakan Kerja Rumah

ir-sofian-akademi-jl-minimakan-kerja-rumah

Sudah semestinya akan ada banyak kerja rumah yang perlu diselesaikan semasa hujung minggu. Tetapi, jika anda merupakan seorang usahawan yang menguruskan kewangan bisnes anda, jangan buang masa anda dengan melakukan kerja-kerja tersebut. Upah sahaja orang lain untuk uruskan.
.

Tapi, jika anda bukan usahawan yang menguruskan kewangan bisnes anda, anda boleh siapkan tugasan anda dengan secepat mungkin dan kemudian anda boleh buat perancangan kerja anda.
.

Tanamkan di dalam minda anda bahawa anda mempunyai kerja yang perlu dilakukan, dan jangan biarkan cuti hujung minggu anda habis hanya untuk berbelanja dan kemas rumah.
.
.

4. Bayangkan

ir-sofian-akademi-jl-bayangkan

Bagi seorang usahawan berjaya, mereka banyak membayangkan apa yang mereka dah lakukan pada mingu-minggu yang lepas. Dan kemudian mereka akan membayangkan apa yang terbaik untuk minggu seterusnya.
.

Berdasarkan bayangan ini, anda akan dapat lihat apakah silap dan salah yang anda lakukan pada minggu lepas. Begitu juga apakah yang baik yang anda dah lakukan. Dari sini, anda akan dapat memikirkan apakah yang terbaik untuk minggu hadapan.
.

Usahawan berjaya akan gunakan bayangan ini untuk meneruskan sesuatu tindakan yang membawa hasil yang baik dan meninggalkan tindakan yang tidak baik.
.

Teknik bayangan ini merupakan teknik yang sangat bernilai kerana ianya membantu anda meletakkan matlamat anda untuk anda melangkah ke tahap kejayaan yang seterusnya pada minggu hadapan.
.
.

5. Luangkan Masa Bersendirian

ir-sofian-akademi-jl-luangkan-masa-bersendirian

Usahawan berjaya akan selalu meluangkan masa bersendirian untuk berfikir tentang bagaimana nak menyelesaikan masalah dan apa perancangan untuk masa hadapan. Kemudian mereka akan gunakan peluang ini untuk menulis tentangnya.
.

Pakar sendiri menyatakan bahawa aktiviti menulis ketika masa yang ditetapkan boleh membawa kepada jawapan atas masalah yang dihadapi. Selain menjumpai matlamat baru, anda juga akan dapat lihat hala tuju masa depan anda.
.
.

6. Bersosial

ir-sofian-akademi-jl-bersosial

Hujung minggu anda juga harus diselitkan dengan aktiviti bersosial. Tapi itu bukan bermakna sepanjang cuti tersebut anda habiskan dengan bersosial.
.

Usahawan berjaya akan menggunakan sedikti masa untuk berinteraksi dengan kawan-kawan dan keluarga untuk membantu mereka mengurangkan tekanan kerja. Ianya sangat-sangat membantu sehingga minda dan badan anda akan berasa segar.
.

Anda boleh aturkan aktiviti bersama kawan-kawan, keluar bersama teman wanita, atau pergi melawat ibu bapa anda. Bila-bila masa sahaja anda boleh berinteraksi dengan individu yang memberikan semangat dan sokongan kepada anda.
.

Bersosial ini membantu anda untuk lebih refresh dan anda boleh kembali untuk kerja dengan minda yang lebih segar.
.
.

7. Lakukan Aktiviti Lain

ir-sofian-akademi-jl-lakukan-aktiviti-lain

Sebagai usahawan, anda tidak lari dari memikirkan soal kerja. Anda akan sentiasa bekerja dengan memikirkan strategi baru, memikirkan teori baru, atau mencari pelanggan atau rakan kongsi yang berpotensi tinggi memajukan bisnes anda.
.

Oleh itu, sempena cuti hujung minggu, usahawan berjaya akan cuba melarikan fokus mereka daripada kerja mereka walaupun sekejap. Mereka akan luangkan masa dengan melakukan aktiviti yang menenangkan minda dan merehatkan badan.
.

Ada yang bersukan, berjogging, membaca buku, memasak dan macam-macam lagi. Hal ini kerana mereka tahu dan sedar bahawa jika mereka berjaya membawa minda mereka lari jauh dari tekanan bisnes, mereka akan mampu menghasilkan sesuatu tindakan yang kreatif pada minggu seterusnya.
.

Oleh kerana minda anda akan mulai kosong dan tenang, dari situ minda anda akan mampu menghasilkan penyelesaian dari perspektif yang sangat segar. Otak manusia ini ada limitnya, jika sudah penuh, kita perlu rehatkan dahulu dengan benda lain, baru dia akan berfungsi dengan lebih baik.
.
.

8. Menolong Insan Memerlukan

ir-sofian-akademi-jl-membantu-orang-lain

Usahawan berjaya tahu dan sedar bahawa rezeki itu perlu diagih-agihkan kepada insan yang memerlukan. Oleh itu, mereka juga menghabiskan masa cuti hujung minggu mereka dengan menolong orang susah serta terlibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan.
.

Di dalam kajian Tom Corley mengenai orang kaya yang berkaja, beliau menjumpai bahawa 73% orang kaya selalu memperuntukkan masa dengan aktiviti sukarelawan selama lebih dari lima jam pada setiap bulan.
.

Oleh itu, jika anda ingin mengikuti jejak langkah tabiat usahawan berjaya ini, anda juga harus membantu mereka yang memerlukan pertolongan.
.
.

9. Jangan Buat Kerja Banyak Dalam Satu Masa

ir-sofian-akademi-jl-jangan-buat-banyak-kerja-dalam-satu-masa

Buat kerja banyak dalam satu masa atau dipanggil multi-tasking adalah tidak digalakkan semasa cuti hujung minggu.
.

Ramai orang yang suka menghabiskan masa cuti hujung minggu mereka dengan memaksimumkan aktiviti mereka seperti berlari di atas treadmill sambil menghubungi ibu anda dan sambil membaca surat khabar. Ada juga yang sambil sarapan, dia membuka laman sosial dan berborak dengan keluarga.
.

Usahawan berjaya tahu bahawa melakukan banyak kerja dalam satu masa seperti ini tidak cekap dan berkesan. Seeloknya untuk mendapatkan tahap kerja yang terbaik dan berkualiti, anda haruslah melakukan satu tugasan untuk satu masa.
.

Tim Ferris juga mencadangkan agar memaksimumkan dua matlamat atau tugasan setiap hari untuk memastikan produktiviti dan tugasan yang dijalankan selesai dengan baik.
.
.

10. Tiada ‘Gadget’ Untuk Sehari

ir-sofian-akademi-jl-hari-tanpa-gadget

Gadget yang dimaksudkan adalah telefon bimbit, telefon pintar, laptop, tab dan yang berkatan. Usahawan berjaya akan memilih untuk berehat dari menggunakan alat-alat komunikasi ini.
.

Hal ini kerana ia membawa kebaikan kepada mental dan fizikal anda. Jika anda berterusan menggunakannya tanpa henti seperti selalu semak e-mel, tengok sosial media anda, tengok laman-laman yang anda selalu online, ia boleh mengurangkan tenaga dan kretaiviti anda.
.

Oleh itu, elok anda pilih gaya seperti usahawan berjaya. Asingkan hujung minggu anda dengan gadget ini supaya anda dapat merasai kehidupan yang sebenar. Hasilnya, anda akan dapat menyegarkan minda dan meningkatkan produktiviti di minggu seterusnya.
.
.

Untuk jadi usahawan berjaya, anda haruslah meniru gerak gaya dan tabiat usahawan berjaya. Barulah anda juga boleh berjaya.
.

Ubah corak hidup anda semasa hujung mingu dan gunakan masa hujung minggu anda dengan tabiat usahawan berjaya ini. Pasti minda anda akan lebih segar, kreatif, dan bertenaga.
.
.

Admin -FT