Kongsikan artikel ini

Rezeki?

Sebagai umat Islam, sudah semestinya kita berpegang teguh kepada ajaran agama Islam dan melakukan perkara yang baik serta meninggalkan larangannya. Kita juga meletakkan kepercayaan kepada Allah s.w.t. bahawa segala sesuatu itu adalah datang daripadaNya termasuklah rezeki yang kita perolehi.
.

Rezeki itu boleh datang dalam pelbagai bentuk samada dari bentuk kewangan, kasih sayang yang melimpah, kesihatan yang baik, dan macam-macam lagi.
.

Oleh itu, sebagai umat Islam, bagi mendapatkan rezeki yang berkah dan melimpah ruah, kita haruslah menjaga hubungan dengan pemberi rezeki kita iaitu Allah s.w.t.
.

Ramai antara kita yang mudah lupa dan alpa bahawa Allah itu lah Maha Pemberi Rezeki. Mengeluh sana sini apabila rezeki yang diperolehi tidak mencukupi. Sibuk mencari rezeki sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba.
.

Apatah lagi apabila mula berasa hidup senang mereka mula leka dan alpa. Malah, menjadi seorang yang kedekut dan tamak untuk berkongsi atau memberikan sedikit bahgian rezeki tersebut kepada insan yang memerlukan.
.

Namun, apabila rezeki mereka sempit, baru waktu itu mereka menadah tangan memohon agar Allah melimpahkan rezeki buat mereka. Kasihanilah mereka.
.

Allahuakhbar….
.

Semoga kita semua tidak mudah apla apabila Allah memberikan rezeki buat kita. Sebaiknya kita berjalan di atas landasan Islam dari mula hingga akhirnya.
.

Di bawah ini, saya senaraikan amalan-amalan mengikut Islam yang boleh kita lakukan bagi menjemput rezeki datang kepada kita. Supaya rezeki yang kita perolehi bukan sekadar melimpah ruah, bahkan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.
.
.

1. Solat Di Awal Waktu

ir-sofian-akademi-jl-solat-di-awal-waktu

Solat di awal waktu sangat digalakkan dalam Islam. Allah tidak suka orang yang suka melengah-lengahkan masanya untuk mengerjakan ibadah solat sedangkan tidak mempunyai halangan atau kekangan.
.

Bagi lelaki, disarankan pergi ke masjid berdekatan 10 minit atau 20 minit awal sebelum masuk waktu azan. Tambahan pula, kaum lelaki ini seharusnya menunaikan solat berjemaah di masjid tiap-tiap waktu.
.
.

2. Melakukan Solat Dhuha

ir-sofian-akademi-jl-melakukan-solat-dhuha

Solat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan setelah terbitnya matahari sehingga menjelang waktu zohor. Lebih kurang pukul 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.
.

Kita boleh mengerjakan solat dhuha dengan bilangan rakaat yang biasa iaitu 2 rakaat. Jika berkemampuan, bolehlah ditambahkan kepada 2 rakaat, 6 rakaat, 8 rakaat dan seterusnya. Dan setiap 2 rakaat haruslah memberi salam.
.

Selepas selesai melakukan solat dhuha, kita juga disarankan membaca Surah Al-Waqiah supaya dihindarkan menjadi miskin sampai bila-bila.
.

Solat dhuha ini memang sangat khusus untuk menjemput rezeki. Oleh itu, untuk mendapatkan rezeki yang melimpah, kita haruslah memberikan ruang masa kita dengan Allah s.w.t. dahulu sebelum melakukan kerja lain.
.
.

3. Bangun Malam Mengerjakan Solat Tahajud

ir-sofian-akademi-jl-bangun-malam-mengerjakan-solat-tahajud

Mungkin amalan ini susah bagi kita untuk dikerjakan, tetapi ia adalah solat sunat yang sangat diangkat oleh Allah s.w.t. kerana solat ini sangat memerlukan semangat dan iltizam yang tinggi dari hambanya.
.

Solat tahajud ini memerlukan kita bangun sepertiga malam. Minta pada Allah apa yang kita nak, bagitahu kesemuanya pada Dia. Ceritakan apa yang kita nak capai dalam hidup, kita nak jadi apa, kita nak buat apa, impian kita apa. Merengek dan merintihlah kepadaNya kerana Dia Maha Mendengar. Dan mintalah apa sahaja kepadanya kerana Allah itu Maha Kaya dan Maha Pemurah.
.

Buatlah selama 7 hari beturut-turut dahulu sehingga mula biasa. Kemudian lakukannya secara konsisten dan istiqomah.
.

Selain tu, belajarlah menerima setiap masalah dan ujian dengan tabah dan redha. Kerana jika kita redha, Allah akan menggantikan yang lebih baik dari itu. Percayalah!
.
.

4. Bersedekah

ir-sofian-akademi-jl-bersedekah

Jika kita bersedekah, niatkan di dalam hati kita semoga sedekah ini menjadi asbab kita menjadi jutawan atau kaya. Segalanya terletak di atas niat kita ketika bersedekah tadi.
.

Bersedekahlah dengan penuh perasaan supaya ianya sampai kepada Allah. Allah nampak kesungguhan kita meminta sesuatu kepadaNya.
.

Selain itu, kita juga boleh menggunakan kaedah menabung setiap hari. Hasil duit tabungan tersebut kita sedekahkan kepada masjid ke, rumah kebajikan ke, rumah anak-anak yatim ke, maahad tahfiz ke, atau sedekahkan kepada keluarga yang susah.
.

Yang penting, kita harus yakin kepada Allah yang Allah akan limpahkan rezeki kepada kita. Letakkan keyakinan paling tinggi dan kemudian baru doa, usaha dan tawakal.
.
.

5. Membaca Al-Quran

ir-sofian-akademi-jl-membaca-alquran

Kita juga digalakkan membaca Al-Quran setiap hari. Paling minimum pun setakat satu baris ayat dan terjemahan. Tapi, janganlah malas sangat. Kata nak jemput rezeki?
.

Sebenarnya, membaca al-quran ini bukan sekadar dapat menjempyut rezeki, bahkan hati kita akan tenang, aman damai, rumah tenteran, dilindungi dari gangguan, dan macam –macam lagi kelebihan jika kita amalkan membaca al-quran.
.

Kalau kita sedih, baca al-quran. Kalau kita sakit, baca al-quran. Jadikan ia amalan kita setiap hari. Jangan jadi seperti manusia akhir zaman.
.

Sekarang ni, berapa ramai sahaja orang yang sudah bekerja membaca al-quran setiap hari? Kalau ikutkan, dah semakin ramai yang jarang membaca al-quran setiap hari. Masing-masing ikutkan kesibukan.
.

Anak-anak disuruh ngaji, tapi ibu bapa tidak pernah nak jadi contoh yang baik dengan mengaji bersama-sama. Kalau boleh, tunjukkan lah teladan yang baik buat anak-anak. Sama-sama mengaji tiap-tiap malam selepas solat maghrib. Saling memperbetulkan bacaan masing-masing.
.
.

6. Beristighfar Setiap Hari

ir-sofian-akademi-jl-beristighfar-setiap-hari

Dengan beristighfar dapat menyucikan hati kita dan membersihkan jiwa kita. Bacalah zikir ‘Ya Wahhab’ 100 kali setiap hari. Kalau boleh, buat selepas setiap solat. Kemudian banyakkan lagi kepada 1000 kali.
.

Zikir ni juga sebenarnya untuk mengingatkan kita kepada Allah. Kebesaran Allah. Kekuasaan Allah. Keagungan Allah. Allah suka hambanya yang selalu berzikir dan memuji-muji namanya.
.
.

7. Menjaga Wudhuk

ir-sofian-akademi-jl-menjaga-wudhuk

Jadikan satu kebiasaan bagi diri kita untuk sentiasa dalam keadaan berwudhuk. Berubahlah sedikit demi sedikit. Jangan risaukan jika mempunyai masalah asyik terkentut-kentut.
.

Buatlah mengikut kemampuan dan mengikut kesesuaian. Jika ada pekerjaan yang perlu diselesaikan, selesaikan dahulu, kemudian baru sambung mengambil wudhuk.
.

Sekurang-kurangnya diri kita akan sentiasa berada dalam keadaan suci dan bersih. Barulah senang rezeki nak masuk.
.
.

Islam adalah agama yang mulia. Jika kita sentiasa menjaga agama kita, ibadah kita, In Shaa Allah, Allah akan menjaga kita.
.

Dia akan mencukupkan apa yang tidak cukup pada diri kita. Cuma kita kena yakin kepadaNya. Yakin dengan janjiNya. Yakin dengan kekuasaanNya.
.

Cubalah lakukan amalan-amalan di atas. Semoga rezeki anda semua melimpah ruah dan diberkati Allah s.w.t. Dan jangan lupa kepadaNya setelah anda memperolehi rezeki dari Nya dari pelbagai sudut.
.
.

Admin- FT