Kongsikan artikel ini

Aura Negatif

Minda manusia sebenarnya memainkan peranan penting untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan. Kerana minda yang positif akan memberikan aura yang positif kepada tubuh badan.
.

Namun, jika minda kita dikuasai oleh aura negatif, maka susah untuk kita maju kehadapan atau berjaya. Kerana aura-aura negatif ini telah memberikan rangsangan kepada tubuh badan untuk berputus asa sahaja.
.

Kenalikah anda apakah itu aura-aura negatif dalam minda anda?
.
.

1. Sikap Ego

Benda ini paling besar dalam diri manusia yang menjadi batu penghalang untuk anda buat sesuatu di luar kotak fikiran anda.
.

Apabila anda meletakkan ego lebih tinggi dari akal fikiran dan hati, maka sukar untuk anda berubah menjadi yang lebih baik atau berubah menjadi lebih berjaya.
.
.

2. Berasa Was-was

Selalu berasa was-was untuk melakukan sesuatu. Anda akan selalu berfikiran negatif dan tidak ingin cuba untuk membuka minda dan berfikiran positif.
.

Orang begini akan selalu mempersoalkan sesuatu sebelum melakukannya seperti “Aku ni boleh berjaya ke?”, “Jadi ke kalau aku buat bisnes ni?”, “Nanti apa orang kata kat aku pula?” dan macam macam lagi yang anda persoalkan.
.
.

3. Takut Gagal

Perasaan takut gagal itu adalah perkara biasa. Namun jika kerana perasaan takut kepada kegagalan dan anda langsung tidak ingin mencuba, inilah yang menyebabkan anda tidak boleh berjaya.
.

Selalunya memang kita akan rasa takut nak memulakan sesuatu sebab kita hanya melihat orang yang gagal sahaja. Tapi, takut nak buat tindakan untuk berubah tidak akan membawa anda kemana-mana.
.

Anda akan duduk ditakuk lama sahaja.
.
.

4. Perasaan Tidak Yakin

Manusia memang ada perasaan inginkan kepastian dahulu sebelum memulakan sesuatu. Dengan adanya bukti kejayaan orang lain, baru mereka berasa yakin untuk turut sama menceburkan diri.
.

Bagaimana anda ingin berjaya sekiranya anda rasa tidak yakin? Untuk melakukan sesuautu perkara yang biasa pun anda tidak yakin, bagaimana anda ingin lakukan perkara yang luar biasa pula?
.

Keyakinan itu penting untuk mencapai matlamat yang anda hajati. Jika anda tidak yakin boleh berjaya, aura negatif ini akan buat anda tidak berjaya.
.
.

5. Rasa Tidak Layak

Anda belum mencuba, tetapi sudah berfikir yang anda tidak layak untuk lakukannya. Sebab apa? Sebab anda jenis orang yang mudah terpengaruh dengan kata-kata negatif orang lain.
.

Layak atau tidak adalah di tangan anda. Bukan di tangan orang lain. Anda yang harus menentukan masa depan anda. Bukan orang lain.
.
.

6. Suka Bertangguh dan Tunggu Dulu

Semua orang mempunyai sikap suka bertangguh ni. Benda yang boleh dilakukan sekarang ditangguh-tangguh hingga ke esok lusa. Macam mana nak berjaya kalau tidakan untuk kejayaan ditangguh-tangguh?
.

“Kejap lagi lah”, “Esok lah baru buat”, “Ada banyak masa lagi, nantilah”. Sikap-sikap ini yang membuatkan anda lambat mendapat hasil.
.

Bila nak mulakan sesuatu, anda suka sangat nak tunggu dulu. Nak tengok orang lain berjaya dulu baru nak ikut.
.

Bila orang lain dah berjaya, anda masih lagi ditakuk lama. Bila ditanya bila nak mula, mula lah timbul macam-macam alasan, sebabnya dah terbiasa.
.

Sikap tunggu dulu ni takkan bawa anda kemana-mana. Tunggu sajalah sehingga anda dapat kesedaran yang hakiki. Lepas tu baru anda akan rasa menyesal sebab tak ikut serta dulu.
.
.

7. Bagi Banyak Alasan

Orang yang suka bagi banyak alasan adalah orang yang membawa diri dia kepada kegagalan. Sebab alasan tidak membantu anda untuk berjaya tetapi hanya menangguhkan kejayaan.
.

Semua orang kalau ditanya nak berjaya atau tidak, semua cakap nak berjaya. Tapi, bila disuruh buat, berikan bermacam-macam alasan. Konon tak reti, tak pandai, tak pernah buat, tak ada masa, tak boleh buat, dan macam-macam lagi.
.

Bagaimana nak berjaya jika hanya reti memberikan alasan?
.
.

8. Berkawan Dengan Orang Negatif

Dalam hidup ni kena pandai pilih kawan. Jangan tersalah pilih kawan. Kalau berkawan dengan orang yang penuh aura negatif, maka hidup anda pun akan jadi negatif.
.

Bila terikut-ikut dengan perangai kawan yang negatif ni, lama-kelamaan ia akan menjadi satu tabiat yang biasa kita lakukan. Buat benda negatif, berfikiran negatif, maka hasil yang datang juga adalah negatif lah.
.
.

9. Tidak Bersungguh-sungguh

Bila buat sesuatu haruslah bersungguh-sungguh. Jika tindakan dah bagus, perancangan dah bagus, tapi tidak bersungguh-sungguh, buat rugi sahaja.
.

Bila ujian melanda, anda terus putus asa dan tak nak cuba untuk tempuhi ujian tersebut. Bagaimana anda nak berjaya jika baru dilanda ujian dah putus semangat terus?
.
.

10. Menyalahkan Takdir

Orang yang suka menyalahkan takdir atas sesuatu yang berlaku adalah orang yang palin g teruk. Bukankah Allah s.w.t. berfirman bahawa Dia tidak akan mengubah sesuatu kaum sehingga kaun itu sendiri mengubahnya.
.

Jadi mengapa salahkan takdir jika anda sendiri tidak berubah? Anda sendiri yang mencipta dan menentukan takdir anda.
.

Kalau anda tak berusaha, bagaimana anda nak dapat hasilnya? Anda yang corakkan perjalanan hidup anda, kejayaan anda, kegagalan anda. Jadi jangan jadi orang yang suka menyalahkan takdir jika anda sendiri yang belum berjaya.
.
.

Admin- FT