10 Tips Membentuk Hubungan Kekeluargaan Yang Harmoni

Hubungan Kekeluargaan
Dalam setiap hubungan kekeluargaan, sudah semestinya akan ada pertelingkahan atau perselisihan pendapat antara pasangan. Namun, perceraian bukanlah jalan yang terbaik bagi menyelesaikan kemelut yang melanda dalam perhubungan.
.
Sesebuah perhubungan kekeluargaan itu haruslah dibentuk untuk mendapatkan keluarga yang harmoni. Bukan dibiarkan sahaja mengikut acuan hawa nafsu sendiri. Kerana untuk mendapatkan bahagia, kita haruslah berusaha. Tanpa usaha, usah harapkan kebahagiaan itu datang dengan sendirinya.
.
Bagaimana untuk membentuk hubungan kekeluargaan yang harmoni?
.
Di sini ada 10 tips membentuk hubungan kekeluargaan yang harmoni yang akan saya kongsikan kepada anda semua. Semoga ia menjadi ilmu yang bermanfaat untuk anda mencapai keluarga bahagia.
.
.
1. Sentiasa Menghargai Pasangan
Kebiasaannya, apabila menjalinkan hubungan percintaan dalam satu tempoh yang panjang, pasangan akan mula bersikap mudah lupa untuk menghargai antara satu sama lain. Malah, perasaan rindu juga sudah semakin hambar.
.
Bagi mengelakkan perkara ini menjadi kebiasaan dalam perhubungan kekeluargaan, setiap pasangan haruslah menghargai segala tindakan positif dari pasangan masing-masing. Selain itu, perasaan rindu terhadap pasangan haruslah diterapkan dalam diri supaya pasangan sentiasa mengingati akan kewujudan cinta hati mereka itu.
.
.
2. Tidak Mengasingkan Diri
Setelah menemui pasangan hidup dan menjalin hubungan kekeluargaan, ramai antara kita mula menyepikan diri dan mengetepikan hubungan sedia ada dengan keluarga dan teman-teman.
.
Seharusnya, setiap pasangan tidak lupa dan tidak mengasingkan diri mereka dari keluarga, dan teman-teman mereka. Kerana apabila kita membina sebuah perhubungan yang baru, bukan lah beerti hubungan yang lain terus diputuskan.
.
Kita haruslah bijak mengimbangi kepentingan dan perhatian antara pasangan dan keluarga. Bahkan, kita juga seharusnya pandai membahagiakan masa dan kasih sayang antara keluarga, teman dan pasangan.
.
Hal ini kerana kebahagiaan hidup ini bukanlah dari pasangan semata-mata. Tapi kebahagiaan itu datangnya dari keluarga, saudara, teman-teman rapat dan orang sekeliling termasuk pasangan kita.
.
.
3. Merancang Kewangan Sendiri
Setiap pasangan haruslah bijak merancang kewangan sendiri, pandai berdikari dan menguruskan perbelanjaan serta simpanan dengan teratur tanpa terlalu bergantung harap pada pasangan masing-masing.
.
Bukan beerti kita tidak mempecayai pasangan jika kita merancang kewangan sendiri. Namun, kita ingin membuktikan bahawa kita mampu berdikari dan tidak ingin menambahkan bebanan pasangan dengan hal-hal yang boleh kita uruskan sendiri.
.
.
4. Sentiasa Mengungkapkan Kata Cinta
Untuk menyemaikan kasih sayang dan perasaan cinta dalam perhubungan, pasangan haruslah sentiasa mengungkapkan kata cinta seperti ‘I love you’, atau kata-kata romantik bagi membangkitkan rasa cinta yang mungkin makin pudar.
.
Sebenarnya perkara ini penting bagi menyemaikan rasa cinta antara pasangan. Kebiasaannya apabila sudah lama menjalinkan hubungan kekeluargaan, perasaan cinta itu akan semakin pudar dan layu jika tidak disemaikan selalu. Sama seperti pokok, jika tidak dibaja dan disemai, ia akan layu dan mati.
.
Oleh itu, usah berasa malu atau takut untuk meluahkan rasa cinta terhadap pasangan anda setiap hari di mana-mana sahaja. Kerana hanya anda dan pasangan anda sahaja yang mampu untuk mengekalkan hubungan yang romantis dalam perhubungan kekeluargaan anda sendiri.
.
.
5. Saling Memberi Ruang
Dalam sesuatu perhubungan, bukan bermaksud anda dan pasangan harus sentiasa bersama atau berkepit 24 jam untuk segala aktiviti yang dijalankan.
.
Anda haruslah memberi sedikit ruang buat pasangan anda juga untuk bernafas. Hal ini kerana setiap pasangan mempunyai rutin harian mereka yang tersendiri dan ditambah lagi dengan kepenatan mereka menguruskan hal rumah tangga dan kerja.
.
Oleh itu, berikan ruang peribadi kepada pasangan anda untuk mereka mendapatkan kembali tenaga dan semangan mereka semula setelah berhempas pulas memikirkan soal keluarga dan kerja. Letakkan sepenuh kepercayaan anda kepada mereka.
.
.
6. Tidak Mengongkong Pasangan
Apabila menjalinkan hubungan, sudah semestinya akan ada perubahan pada diri anda dan pasangan bagi menyesuaikan diri dengan kehidupan baru bersama pasangan.
.
Namun, jangan biarkan anda atau pasangan anda mengawal atau mengongkong antara satu sama lain sehingga segala gerak laku dan perancangan hidup dikawal penuh.
.
Hidup berkeluarga bukanlah beerti anda harus mengongkong atau dikongkong oleh pasangan. Tetapi, hidup berpasangan ini adalah seharusnya saling memberi dan menerima. Kerana lebih banyak anda dan pasangan memberi, maka lebih banyak jugalah anda dan pasangan anda menerima kembali hasil dari jalinan perhubungan tersebut.
.
Sepertimana kata pepatah, “give and take”, “more you give, more you get”, “what you give, you get back”. Oleh itu, anda haruslah memberi, bukan mengongkong atau mengawal pasangan anda.
.
.
7. Tidak Menyekat Kebahagiaan
Dalam perhubungan kekeluargaan yang terjalin, setiap pasangan sudah pastinya inginkan kebahagian untuk pasangan mereka sehinggakan mereka sanggup berkorban untuk melihat kegembiraan dan keselesaan pasangan mereka.
.
Sepertimana wanita selalu berkorban untuk pasangan mereka, menjadi tulang belakang dan sentiasa menyokong serta membantu pasangan mereka mencapai kejayaan dan kebahagian bersama.
.
Oleh itu, kita dan psangan haruslah saling memberi sokongan antara satu sama lain agar kebahagiaan dalam hubungan kekeluargaan yang terjalin tidak tersekat.
.
.
8. Tidak Mudah Berputus Asa
Hubungan cinta memang akan ada turun naiknya. Ada waktu kita bahagia, ada waktu kita berduka. Namun, jangan biarkan anda dan pasangan anda mudah berputus asa terhadap perhubungan ini.
.
Berikan yang terbaik dalam perhubungan dan jadikan pasangan anda lebih cemerlang dan gembira dalam menjalani hubungan kekeluargaan dan menjalankan rutin harian mereka.
.
.
9. Menjaga Perhubungan Dengan Baik
Untuk menjaga perhubungan yang baik antara pasangan, anda haruslah saling memahami nilai perhubungan kekeluargaan ini dan jadikan ianya teristimewa buat anda dan pasangan.
.
Jangan jadikan medan media sosial seperti instagram, facebook, dan wechat sebagai tempat untuk anda meluahkan segala perasaan suka-duka tentang perhubungan kerana ia boleh jadi medan kehancuran perhubungan kekeluargaan anda.
.
Tidak semestinya anda harus menceritakan kesemuanya perihal anda dan pasangan di dalam media sosial. Kerana rahsia rumah tangga itu harus dijaga dengan baik agar tidak ada pihak ketiga dan seterusnya yang menjadi batu api di dalam perhubungan anda dan pasangan.
.
.
10. Saling Menerima Segala Kekurangan Pasangan
Setelah menerima pasangan anda sebagai teman hidup, elakkan daripada menjadi hakim dan selalu menyalahkan pasangan anda. Elakkan juga dari selalu menyatakan yang anda tidak suka pasangan anda begitu dan begini.
.
Begitu juga dengan segala perangai dan tingkah lakunya yang membuatkan anda selalu menyamakan pasangan anda dengan orang lain. Atau membuatkan anda selalu mempersoalkan kenapa pasangan anda tidak boleh jadi begitu dan begini atau seperti si pulan.
.
Kerana ia akan menyebabkan pasangan anda berkecil hati dan perkara ini akan menjadi punca hilangnya rasa hormat dan sayang kepada anda.
.
Anda seharusnya menerima segala kelebihan dan kekurangan pasangan anda, dan terapkan di dalam minda anda bahawa tiada manusia yang sempurna di dalam dunia ini.
.
Jika anda mampu menerima kekurangannya, maka hidup anda bersama pasangan akan aman dan harmoni.
.
.
Dalam membentuk hubungan kekeluargaan yang harmoni, anda dan pasangan haruslah saling mencorakkan kehidupan yang bahagia itu.
.
Jika buruk corakkannya itu, maka runtuhlah keharmonian yang dikejar. Tapi jika baik corakkannya itu, maka bahagialah kedua-dua pasangan.
.
.
Admin – FT