4 Tips Khusus untuk Ibu Bapa Menguruskan Perbelanjaan Peralatan Sekolah Anak
Musim Akhir Cuti Persekolahahan
Sedar tak sedar dah tinggal lagi dua minggu sahaja persekolahan bakal dibuka semula. Sudah tentu sempena cuti sekolah ini, ramai ibu bapa sudah mula bersediap sedia untuk membeli peralatan persekolahan anak-anak mereka.
.
Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan kos taraf hidup yang semakin meninggi ini, sudah pasti juga ramai ibu bapa yang rasa terbeban untuk mempersiapkan keperluan peralatan persekolahan anak-anak mereka.
.
Bukan sekadar ibu bapa di kampung, malah ibu bapa di bandar juga turut rasa terbeban, lebih-lebih lagi dengan gaji yang masih lagi ditakuk yang lama.
.
Sudah pasti dialog-dialog di bawah ini akan selalu kedengaran di rumah-rumah yang mempunyai anak-anak yang bersekolah.
.
“Abang, duit belanja untuk peralatan sekolah anak-anak ada tak?”
.
“Mak, bila kita nak pergi beli baju sekolah?”
.
Adakah anda juga mengalami keadaan yang sama?
.
Jadi, bagaimanakah caranya untuk anda menguruskan perbelanjaan peralatan sekolah anak-anak ni dalam situasi seperti ini?
.
.
Pengurusan perbelanjaan peralatan sekolah
Di sini saya ingin kongsikan kepada anda semua tentang cara pengurusan perbelanjaan peralatan sekolah anak-anak.
.
Anda boleh aplikasikan kaedah ini dalam keluarga anda, dan hadapilah musim-musim akhir persekolahan ini dengan senyuman dan hati yang tenang.
.
.
1. Senaraikan barang keperluan sekolah yang ingin dibeli
Anda boleh senaraikan segala barang keperluan anak-anak yang ingin dibeli. Diulangi. Hanya senaraikan barang keperluan sahaja.
.
Sebelum membuat senarai, anda boleh membuat checklist terlebih dahulu samada barang keperluan tersebut ada yang masik berbaki dari persekolahan yang lepas atau tidak.
.
Jika masih ada lagi yang boleh digunakan, dan masih lagi dalam keadaan yang elok, anda sudah boleh jimatkan kos untuk membeli barang tersebut.
.
Sudah pasti terlalu banyak tawaran ‘sale’ di hujung-hujung musim cuti persekolahan ini. Namun, untuk anda menguruskan perbelanjaan peralatan sekolah anak-anak, pastikan anda tidak mudah terikut dengan tawaran ‘sale’ tersebut.
.
Sebabnya, kadang-kadang tawaran tersebut sememangnya murah, tetapi ia bukanlah barang keperluan yang diperlukan lagi oleh anak-anak anda.
.
Sekiranya terdapat barang lain yang ingin dibeli oleh anak-anak anda yang mungkin lebih mahal atau menyerlah, anda boleh pujuk anak anda untuk gunakan yang biasa-biasa sahaja dahulu.
.
Jika anak anda betul-betul inginkan, anda boleh berikan pilihan samada gunakan barang biasa atau mereka perlu tambah sedikit duit mereka sendiri untuk mendapatkannya.
.
Sekurang-kurangnya anda boleh mendidik dan mengajar anak anda erti susah mendapatkan untuk mendapatkan sesuatu.
.
.
2. Tetapkan bajet perbelanjaan
Bajet adalah sesuatu yang sangat penting dalam apa-apa pengurusan kewangan perbelanjaan. Dengan mengetahui berapakah bajet yang ditetapkan untuk perbelanjaan peralatan sekolah anak-anak anda, anda boleh mengurangkan over-spending semasa perbelanjaan nanti.
.
Seeloknya anda hanya menggunakan duit kertas (cash) sahaja untuk perbelanjaan tersebut. Elakkan membeli menggunakan kad kredit atau debit kerana anda akan sukar mengawal pengeluaran wang melaluinya dan akan menyebabkan anda membeli melebihi bajet yang ditetapkan.
.
Selain itu, anda boleh mengeluarkan sedikit bajet untuk anak-anak anda membeli sesetengah barang yang mereka perlukan. Tetapkan mini bajet buat mereka dan latih diri mereka agar berjimat cermat, membuat keputusan dan bertanggungjawab.
.
.
3. Buat survey ke kedai-kedai jika ada sales/jualan murah
Dalam musim cuti persekolahan sekarang ni, kebiasaannya memang banyak kedai-kedai peralatan sekolah yang membuat sales lebih-lebih lagi apabila dah semakin dekat dengan tahun baru.
.
Dan di sinilah peluangnya untuk anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Ambil sedikit masa, dan buat survey kedai ke kedai untuk melihat tawaran mana yang lebih berbaloi. Jika anda bertuah, mungkin anda boleh dapatkan barang berkualiti dengan harga yang rendah.
.
Anda boleh pergi secara bersendirian semasa membuat survey dan kemudian baru bawa anak-anak anda terus ke destinasi yang anda sudah tentukan.
.
Sekiranya anda ingin beli barang yang mahal sedikit, biarlah barang tersebut jenis yang tahan lama dan boleh dipakai setahun dua, atau lebih seperti beg, pakaian, kasut. Barang seperti pen, pemadan, atau pensil tidak perlu terlalu berkualiti kerana ia digunakan untuk waktu yang singkat sahaja.
.
Anda juga boleh pergi ke kedai RM2 atau yang seumpama dengannya yang menjual banyak barang-barang dengan harga yang tersangat murah. Di sini anda juga sudah boleh jimatkan kos kerana barang yang diperolehi sangat murah.
.
Namun diingatkan, jangan membeli barang yang bukan keperluan anak-anak anda.
.
.
4. Kitar semula peralatan sekolah lama
Anda boleh cek semula barang-barang anak anda yang sebelum ini. Jika ada yang masih boleh digunakan seperti buku tulis kosong, pen pensil dan sebagainya, anda biarkan anak anda gunakan semula sebagai buku nota atau buku contengan mereka.
.
Selain itu, jika anda juga mempunyai anak sedara yang telah habis belajar dan barang mereka masih boleh digunakan, anda boleh meminta kepada mereka saudara anda untuk mensedekahkan barang tersebut kepada anda.
.
Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru atau memalukan kerana sudah menjadi adat kepada rakyat Malaysia yang duduk dikampung-kampung selalu turun-menurunkan barang peralatan sekolah anak-anak mereka kepada saudara mara terdekat untuk digunakan. Selain menjimatkan kos sesama sedara, mereka turut dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
.
.
Sebagai ibu bapa, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat anak-anak kita. Walaupun keadaan ekonomi sangat tidak membantu, namun kita tetap berusaha untuk memenuhi keperluan anak-anak kita supaya mereka boleh menjadi insan yang berjaya kelak.
.
Jadikan tips ini sebagai salah satu alat motivasi yang membantu anda menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak anda.
.
Selamat beramal.
.
.
Admin-FT