Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the newsphere domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/akademijl/public_html/wp-includes/functions.php on line 6114
6 Tips Berjaya Dalam Trading Dari Pakar Teknikal Analisis - Akademi JL
11 December, 2024

6 Tips Berjaya Dalam Trading Dari Pakar Teknikal Analisis

Kongsikan artikel ini

Dunia Trading

Dunia trading kini semakin hari semakin diminati ramai, dan ramai antara kita sudah mula terdedah dengan dunia trading ini yang menjadi salah satu kerjaya di industri kewangan.
.
ir-sofian-akademi-jl-trading-gold-komoditi-yang-sangat-berharga

Oleh sebab ianya sangat membantu dalam menambahkan pendapatan hidup kita, maka kita juga perlu tahu apakah selok-belok yang diperlukan untuk menjadi seorang trader yang berjaya.
.

Untuk berjaya dalam trading bukanlah sesuatu yang susah dan ianya juga bukanlah terlalu mudah. Apa yang penting, anda hanya perlu ikut dan patuh dengan syarat-syaratnya sahaja. Perkara yang menjadi susahnya adalah apabila anda tidak boleh nak ikut syarat yang ditetapkan.
.

Namun, untuk mencapai sesuatu kejayaan haruslah disertakan dengan usaha yang gigih. Jika anda tidak boleh nak berusaha untuk mengikuti syarat yang ditetapkan, sudah tentu anda tergolong dalam golongan trader yang gagal.
.

Hal ini kerana ramai antara para trader jatuh tersungkur disebabkan tidak boleh mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan.
.

Apakah syarat-syarat tersebut?
.

Betul ke susah sangat nak follow dan ikut?
.

Anda boleh ikuti 6 tips berjaya dalam trading ini yang dibawakan oleh Ir Sofian yang merupakan pakar teknikal analisis.
.
.

1. Plan your trade

ir-sofian-akademi-jl-plan-your-trade

Untuk berjaya haruslah ada perancangan yang tepat dan bersesuaian. Sama juga seperti di dalam trading, kita perlu ada perancangan yang tepat untuk melakukan aktiviti trading kita.
.

Anda boleh rancangkan trading anda mengikut kesesuaian diri anda. Jawab persoalan-persoalan di bawah ini dan mula aturkan perancangan anda.
.

Bilakah waktu anda nak menghadap chart pasaran dan trade? Berapa banyakkah risiko yang anda sanggup tanggung dalam setiap transaksi? Bagaimanakah penggunaan lot saiz dalam trade? Dan bilakah waktu untuk anda exit dari pasaran?
.

Kesemua ini perlu bagi anda rancangkan supaya trading anda lebih sistematik dan teratur. Serta anda tahu ke mana hala tuju anda di dalam pasaran.
.

Anda juga harus cari waktu yang bersesuaian untuk anda trade dengan keadaan semasa diri anda. Seeloknya pilihlah waktu seperti pagi hari ketika pasaran baru sahaja dibuka, atau pada waktu petang antara pukul 3 petang ke 5 petang dan pada waktu malam iaitu dari 8 malam hingga 12 malam.
.

Ketiga-tiga waktu ini adalah waktu yang sangat bersesuaian untuk anda trading. Cukuplah anda ambil masa satu jam selama sehari untuk trading dari mana-mana waktu yang berkenaan.
.

Dari sudut penggunaan lot saiz dalam trading, anda perlu tahu manakah satu penggunaan lot saiz besar atau kecil untuk setiap kali trade berdasarkan situasi pasaran. Seeloknya jangan gunakan lot saiz besar apabila pasaran dalam keadaan tidak menentu atau volatile.
.

Tahukah anda, perancangan yang teliti juga membolehkan kerjaya anda di dalam trading ini sukses?
.

Oleh itu, rancangkan trade anda dengan sebaiknya.
.
.

2. Trade follow your planning

ir-sofian-akademi-jl-follow-your-trade

Setelah perancangan dilakukan, anda haruslah mengikut perancangan tersebut. Tidak guna jika ada perancangan yang hebat tetapi ia tidak diikuti.
.

Untuk menjadi trader berjaya, bukanlah sekadar mempunyai perancangan yang bagus, tetapi juga haruslah mempunyai daya usaha yang konsisten terhadap perancangan yang diaturkan.
.

Anda haruslah mempunyai semangat yang kuat dan kental untuk sentiasa buat apa yang anda rancangkan, dan follow plan tersebut sebaiknya.
.

Hal ini kerana, perancangan yang baik haruslah diikuti dengan usaha yang jitu dan konsisten. Barulah boleh membuahkan hasil yang memberansangkan.
.

Anda harus mengambil ikhtibar dan pengajaran dari trader yang tidak berjaya dalam trading kerana antara mereka terdapat trader yang mempunyai perancangan yang bagus dan hebat. Tetapi mereka tidak mengikutinya secara konsisten dan akhirnya menyebabkan kerjaya trading mereka tidak stabil dan akhirnya mereka kecundang di daalam trading.
.
.

3. Schedule to trade

ir-sofian-akademi-jl-schedule-to-trade

Untuk mendapatkan trading yang berjaya, anda juga haruslah menyusun jadual trading anda dengan baik.
.

Tampalkan jadual trading anda seperti mana anda pernah tampalkan jadual kelas anda dahulu, dan ikut jadual anda. Apabila tiba waktu untuk anda trading, anda duduk depan pc dan berikan sepenuh perhatian dan tumpuan terhadap chart pasaran tersebut.
.

Seeloknya biarlah waktu trading tersebut di satu kawasan yang khusus seperti di rumah, dan di hadapan pc atau monitor anda. Bukan di dalam smartphone atau tab.
.

Jika anda boleh menghadap berita atau cerita di televisyen selama sejam dua, mengapa tidak untuk trading anda?
.

Kerana dunia trading ini sangat membantu anda untuk keluar dari zon selesa, keluar dari kesempitan hidup dan mendapatkan apa yang ingin anda kecapi selama ini.
.
.

4. Withdraw once gain profit

ir-sofian-akademi-jl-withdraw-once-gain-profit

Perkara yang perlu anda lakukan setelah mendapat keuntungan adalah keluarkan keuntungan tersebut dan nikmatilah ia.
.

Jangan bersikap tamak dengan tidak mengeluarkan keuntungan anda. Mungkin bagi anda dengan mengumpulkan profit tersebut di dalam akaun, maka wang modal anda akan semakin bertambah dan sudah tentu jika anda mendapat keuntungan lagi, keuntungan tersebut akan menjadi lebih tinggi dari sebelum-sebelumnya.
.

Namun, perlu anda sedari satu perkara iaitu kita tidak tahu akan ragam pasaran ini. Ada masa, Mr. Pasaran ini akan buat hal dan menyebabkan keuntungan yang anda penat-penat perolehi sebelum ini habis dimakan semula.
.

Ini bukan andaian, tetapi memang ini lah realiti yang berlaku dalam dunia trading.
.

Oleh sebab itu anda perlu keluarkan dan rasai nikmat keuntungan anda. Dengan merasai nikmat keuntungan trading tersebut, badan, tenaga dan minda anda turut akan rasa lebih bersemangat untuk meneruskan kerjaya trading ini.
.

Bahkan, anda boleh berbuat macam-macam perkara dengan wang tersebut. Samada anda ingin membeli emas dan menambah aset, menolong ahli keluarga anda, pergi bercuti, berjalan-jalan, makan-makan dan sebagainya.
.

Anda layak untuk mendapatkan kegembiraan dan kebahagian tersebut dari usaha anda selama ini.
.
.

5. Sedekah & Wakaf

ir-sofian-akademi-jl-sedekah-dan-wakaf

Selain itu, duit hasil keuntungan trading anda juga boleh disalurkan ke tempat yang lebih baik dan diredhai Allah.
.

Anda boleh bersedekah dan berwakaf agar mendapat pahala untuk saham diakhirat kelak.
.

Ini juga boleh menjadi salah satu sebab untuk anda berjaya dalam trading. Khusus di Malaysia, ramai antara kita adalah beragama Islam.
.

Di dalam ajaran agama kita sendiri ada menyatakan dengan membantu golongan yang lemah, bersedekah, berbuat baik sesama manusia, maka Allah akan melapangkan rezeki kita.
.

Oleh itu, tidak mustahil anda boleh berjaya kerana sering bersedekah dan berwakaf. Sebagai umat Islam, kita harus yakin dan percaya dengan janji Allah. Dan sudah tentu kita juga ingin mengumpul amal jariah dan pahala sebagai bekalan kita di akhirat sana.
.
.

6. Follow 2E rules: Entry & Exit

ir-sofian-akademi-jl-follow-2e-rules-entry-exit

Untuk berjaya dalam trading juga, anda perlu mengikuti peraturan 2E yang ada diajarkan dalam silibus Trade Gold For Money (TG4M) oleh Ir Sofian iaitu Entry dan Exit.
.

Entry apabila anda sudah nampak adanya signal kepada trend, bukannya sesuka hati untuk anda entry dalam pasaran. Jika anda silap masuk posisi dan tidak kena pada waktunya, anda sudah merugikan wang anda.
.

Begitu juga bila anda Exit dari pasaran, exit mengikut teknik yang telah anda pelajari. Tidak kira apa pun teknik anda pelajari, tetapi pastikan anda exit dengan betul.
.

Anda boleh guna teknik 100 pips di mana anda masuk pasaran dan keluar setelah mendapat 100 pips. Cara begini lebih baik untuk anda mengawal akaun anda daripada kerugian.
.

Apa pun, jangan terlalu lama berada di dalam pasaran, lebih-lebih lagi jika anda tidak tahu ke mana hala tuju pasaran, atau pasaran berada dalam keadaan tidak menentu.
.
.

Anda telah pun mendapatkan 6 tips berjaya dalam trading. Ilmu untuk berjaya sudah pun anda perolehi, tinggal diri anda sendiri berusaha mengkuti tips yang diberikan atau tinggalkan sahaja.
.

Tidak kira dalam kerjaya trading atau pun kerjaya lain, kita perlu berikan yang terbaik untuk menjadi insan berjaya. Selain berusaha menambahkan ilmu pengetahuan, kita juga perlu berusaha dengan gigih untuk mencapai apa yang kita lakukan.
.

All The Best To All Traders.
.

Tidak kiralah trader yang telah lama berkecimpung dalam bidang trading ini, atau trader yang baru sahaja nak berjinak-jinak dalam bidang ini. Anda boleh jadikan tips ini sebagai rujukan anda atau matlamat anda.
.
.

Admin – FT