22 September, 2023

8 Tips Sebelum Memulakan Bisnes Sendiri

5 min read
Kongsikan artikel ini

Ingin Memulakan Bisnes Sendiri?

Jika kita lihat, ramai antara rakyat Malaysia mula membuka bisnes sendiri berikutan keadaan ekonomi yang tidak stabil dan pendapatan yang diperolehi dari makan gaji tidak kukuh dan tidak cukup untuk menampung kelangsungan hidup.
.

Oleh itu, bagi anda di luar sana yang mempunyai niat untuk membua bisnes sendiri, anda boleh jadikan tips-tips ini sebagai persediaan awal anda sebelum memulakan bisnes.
.

ir-sofian-akademi-jl-tips-sebelum-memulakan-bisnes-sendiri

Jangan jadikan permulaan anda sebagai satu kegagalan kerana tiadanya ilmu untuk memulakan bisnes.
.

Melihat orang lain berbisnes, anda pun nak berbisnes, tapi orang lain bisnesnya berjaya kerana diorang sanggup menimba ilmu untuk berniaga. Maka anda juga harus lalui benda yang sama jika tidak ingin mengalami kegagalan.
.

Ilmu ni kita nak bagi free-free saja kepada anda. Semoga dengan ilmu in, anda akan dapat membina bisnes yang berjaya, dan berjaya merubah hidup anda menjadi lebih selesa.
.
.

Tips Sebelum Memulakan Bisnes Sendiri:

1. Jangan menyewa kedai

ir-sofian-akademi-jl-sewa-kedai

Jangan fikir kalau nak buka bisnes sahaja kena ada kedai. Kedai tu yang wajib. Perkara yang penting adalah apa yang nak diniagakan.
.

Orang kita ni, nak bisnes je terus buka kedai. Tapi belum tentu lagi bisnes apa. Janji dah ada kedai, senang nak niaga.
.

Jangan… Zaman sekarang dah tak macam dulu. Sewa kedai sahaja dah mahal. Lebih-lebih lagi anda baru sahaja nak menapak memulakan bisnes. Jadi tak jadi bisnesnya pun belum tahu lagi.
Kalau bisnes yang anda jalankan tidak berapa mendapat sambutan, duit sewa kedai tetap nak kena bayar. Akhirnya?
.

Anda sendiri akan mengalami kerugian akibat tak mampu nak bayar sewa kedai. Tak mampu nak pusing balik modal. Dan kedai terpaksa ditutup.
.

Sebaiknya, pada awal perniagaan ni, anda mulakan dahulu jual dari rumah. Atau jual secara online. Sebab sekarang ni perniagaan online semakin mendapat sambutan di mata orang. Orang dah tak suka nak bersesak-sesak mencari kedai, parking, jalan. Diorang lebih suka beli melalui atas talian. Mudah dan cepat.
.
.

2. Jangan membuat loan bank untuk membuka bisnes

ir-sofian-akademi-jl-loan-bank

Jika anda ingin memulakan bisnes, pastikan anda tidak membuat pinjaman di bank. Hak ini kerana ini adalah bisnes pertama anda. Bagaimana anda nak bayar balik pinjaman jika tiba-tiba perniagaan anda tidak menjadi?
.

Sebaiknya anda mulakan dengan modal di tangan anda. Mulakan dari kecil-kecilan. Jangan asyik nak fikir nak untung besar, jadi nak buka bisnes besar-besar.
.

Jika anda tak mampu, tak ada pengalaman lagi, kalau tak menjadi ke, atau kena tipu ke, dah menyusahkan. Anda terpaksa membayar hutang pinjaman yang mungkin makan tahun.
.
.

3. Jangan memilih produk yang terlalu susah untuk dijual

ir-sofian-akademi-jl-mudah-dijual

Seeloknya, pada awal perniagaan, anda fikirkan barang apa yang anda ingin niagakan. Kalau boleh benda yang mudah dijual. Yang mudah ‘sold out.
.

Biarpun margin keuntungannya sedikit sahaja, tetapi jia ianya mudah dijual dan sangat laku dan laris, secara tak langsung ia dapat menaikkan semangat anda untuk terusk dalam bisnes anda.
.

Berbanding anda jual benda yang susah laku. Apabila melihat barang anda tak laku, bisnes anda tak berapa jalan, semangat berbsisnes anda akan merundum.
.
.

4. Jangan songlap duit syarikat sendiri

ir-sofian-akademi-jl-songlap-duit

Perkara ini sangat penting sekali bagi anda yang membuka bisnes di bawah syarikat sendiri. Perlu anda ingat bahawa wang syarikat adalah mili syarikat biar pun syarikat tersebut milik anda.
.

Jangan biasakan diri anda menggunakan wang keuntungan syarikat untuk beli barang sendiri. Secara tidak langsung, anda seumpama dah merompak atau menyonglap wang syarikat anda.
.

Ramai peniaga melayu yang selalu melakukan perkara seperti ini. Menggunakan duit perniagaan untuk tujuan sendiri dan akhirnya duit habis dan tak boleh nak pusing modal. Akhirnya mereka menemui kegagalan.
.

Seeloknya anda asingkan siap-siap duit keuntungan syarikat, duit pusing modal dan duit gaji anda sendiri. Anda harus rekodkan kesemunya di dalam akaun syarikat. Jadikan syarikat anda sistematik, barulah bisnes anda boleh maju. Anda tahu kemana hala tuju wang tersebut.
.
.

5. Jangan hilang fokus terhadap bisnes

ir-sofian-akademi-jl-fokus-bisnes

Apabila anda sudah mempunyai bisnes sendiri, teruskan fokus anda kepada perniagaan anda. Jangan mula hilang fokus kerana ramai orang di luar sana yang gagal kerana mula hilang fokus.
.

Jangan fikir apabila bisnes anda dah maju, anda ingin mencuba ke cabang bisnes yang lain. Jika cabang bisnes tersebut tidak serasi dengan anda? Atau anda tidak mempunyai ilmu dan kemahiran dalam bisnes tersebut?
.

Apabila anda menambahkan bisnes lain, secara tak lamgsung anda akan mula hilang fokus terhadap bisnes pertama anda. Dari sini lah anda akan mula kurang promosi, kurang beri layanan, dan akhirnya customer anda lari.
.

Sesuatu perniagaan ini bukan mudah nak naik, tetapi ia mudah sangat nak jatuh. Betul ke betul?
.
.

6. Jangan cuba memenuhi kepuasan

Apabila syarikat anda sudah mula stabil dan kewangan anda sudah mula kukuh, jangan anda cuba-cuba untuk memenuhi kepuasan anda.
.

Jangan mula gelap mata dengan nafsu anda yang inginkan rumah besar, kereta mewah, barang-barang branded dan sebagainya kerana ini adalah permulaan diri anda diuji.
.

ir-sofian-akademi-jl-banglo-mewah

Selalunya orang yang gagal mengawal kepuasan mereka ini akan mengalami kegagalan. Wang syarikat semakin berkurangan dan akhirnya mereka terpaksa bermula semula dari bawah untuk menaikkan balik syarikat.
.

Dan kajian sendiri telah menunjukkan hanya orang yang berjaya menahan dan menangguhkan dahulu kepuasan mereka itu yang berjaya.
.
.

7. Ambil pengalaman dahulu sebelum memulakan bisnes sendiri

Jika anda ingin memulakan bisnes, seeloknya anda menimba dahulu pengalaman bisnes tersebut. Bak kata orang berkuli dahulu.
.

Jika anda ingin membuka bisnes kedai jamu, anda kerja dahulu dikedai jamu. Belajar dahulu selok-belok perniagaan, bagaimana menguruskan stok, di mana nak cari stok yang murah, dan macam-macam lagi. Baru anda boleh mulakan bisnes sendiri.
.

ir-sofian-akademi-jl-berkuli

Sama juga jika anda nak buka bengkel kereta atau car wash. Anda ambil dahulu pengalaman dengan bekerja dengan tauke-tauke ni.
.

Sebab apa? Sebab pengalaman itu penting. Anda dapat tahu selok-belok perniagaan, anda dapat tahu apa masalah yang bakal anda hadapi dan macam mana penyelesaiaannya.
.

Sekurang-kurangnya dari situ anda boleh membuat kajian dan timbang tara nak mulakan bisnes tersebut atau tidak.
.
.

8. Ubah mindset makan gaji kepada mindset usahawan

Bukan mudah untuk memulakan perniagaan sendiri. Anda memerlukan minda yang positif dan minda yang mampu menahan segala tekanan dan cabaran.
.

Jika anda berfikir seperti minda orang biasa, anda tidak akan berjaya. Anda perlu berfikir seperti minda seorang jutawan, seorang usahawan. Berfikir sebagai minda seorang majikan, bukan minda orang makan gaji.
.

ir-sofian-akademi-jl-mind-set-usahawan

Anda perlu hadam betul-betul bagaimanakah minda seorang usahawan ini kerana hanya minda usahawan sahaja mampu menahan segala cabaran, halangan, dugaan dan tekanan di dalam perniagaan.
.

Minda mereka ini tidak akan mudah mengalah dan selalu memikirkan apa yang perlu dilakukan bagi menaikkan dan mengembang bisnes mereka.
.

Bertukarlah kepada minda majikan dan bertindaklah seperti usahawan berjaya.
.
.

Jika anda turuti kelapan-lapan tips di atas, insyaallah.. Anda akan dapat memulakan bisnes dengan baik kerana ilmu telah disematkan di dada.
.

Jangan pernah berhenti mencari dan menggali ilmu bisnes kerana ianya akan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa mengikut peredaran waktu.

Admin – FT

About Author