Kongsikan artikel ini

Isu Rumah Tangga

Rumahtangga siapa yang tidak bergolak? Rumahtangga mana yang tidak dilanda ombak? Setiap pasangan berumahtangga pasti akan menghadapi situasi pergaduhan dan perselisih fahaman.
.

Jika kita lihat, statistik perceraian sekarang semakin meningkat berbanding tahun-tahun sebelum ini. Bahkan, ada yang baru sahaja beberapa hari berkahwin sudah pula bercerai.
.

Apakah punca perceraian ini berlaku?
.

Perkahwinan bukanlah suatu perkara yang boleh dibuat main-main. Ia adalah penyerahan jiwa dan raga dua insan untuk hidup bersama sehingga ke hujung nyawa.
.

Bagaimanakah untuk mendapatkan rumah tangga yang sakinah, mawaddah dan warahmah? Rumah tangga yang aman damai dan bahagia?
.

Dalam alam berumah tangga, setiap pasangan haruslah mempunyai 5 rahsia ini yang jika dipegang dan dilakukan mampu mengekalkan keharmonian rumah tangga.
.

Apakah 5 rahsia tersebut?
.
.

1. Saling bertolak ansur dan bersikap toleransi

Tidak dinafikan bahawa sikap tolak ansur dan bertoleransi ini mampu mengekalkan keharmonian rumah tangga. Kerana sikap ini menunjukkan pasangan saling hormat menghormati antara satu sama lain.
.

Suami harus bertoleransi dengan isteri. Saling bantu membantu dalam melakukan pekerjaan di rumah. Bukan menyerahkan bulat-bulat tugas tersebut kepada isteri.
.
ir-sofian-akademi-jl-bantu-membantu-bertolak-ansur

Maka, isteri akan rasa dirinya disayangi dan dihargai apabila suami saling membantu meringankan beban tugasan dirumah. Tidak kiralah dari segi mengemas rumah atau menjaga anak-anak.
.

Sikap tolak ansur ini seperti pepatah Omputeh,
“What you give, you get back”
“More you give, more you get”
.

Dalam alam berkeluarga, kita haruslah saling memberi. Berikan yang terbaik kepada pasangan kita. Bukan sekadar menerima sahaja daripada pasangan.
.

Sikap selalu nak menerima sahaja ini lah yang selalunya akan membawa kepada pergaduhan dan perkelahian dikemudian hari apabila sebelah pihak sudah mula penat asyik memberi tanpa ada menerima timbal balasnya.
.

Oleh itu, kedua-dua pasangan seharusnya saling memberi dan bertolak ansur dalam setiap perkara. Barulah rumah tangga yang dibina bahagia dan berkekalan.
.
.

2. Mengawal emosi dan sifat amarah

Banyak kes perceraian berlaku disebabkan kerana pasangan tidak dapat mengawal emosi dan sifat amarah mereka. Bergaduh dan berperang mulut, akhirnya percerian berlaku tanpa disedari.
.

Anda tahukan yang sifat amarah ini adalah sifat yang disukai oleh syaitan dan iblis. Oleh itu, dalam kehidupan berumahtangga, janganlah sesekali mengeluarkan kata-kata ketika sifat amarah menguasai diri. Kerana besar kemungkinan kata-kata yang keluar bukanlah dari hati, tetapi dari nafsu amarah yang akhirnya akan disesali.
.

Setiap pasangan haruslah saling mengawal emosi dan sifat amarah mereka. Jangan biarkan emosi menguasai diri sehingga lupa kebaikan-kebaiakan pasangan kita.
.
ir-sofian-akademi-jl-mengawal-emosi

Jangan pula ketika pasangan anda sedang marah anda menambahkan lagi api dalam diri mereka. Berikan ruang dan waktu untuk pasangan anda meredakan kemarahannya dan menstabilkan emosinya.
.

Setelah semuanya reda, baru anda berbincang secara baik-baik dengan nada yang lembut dan rendah. Betapa pentingnya untuk setiap pasangan mengawal emosi dan sifat amarah supaya rumah tangga yang telah lama dibina berkekalan dan harmoni.
.
.

3. Memberikan kata-kata puijan

Sebenarnnya setiap pasangan sukakan kata-kata pujian. Walaupun sudah bertahun menjalani kehidupan berumahtangga, namun suami atau isteri tetap sukakan dirinya dipuji oleh pasangan.
.
ir-sofian-akademi-jl-puji-pasangan

Berikanlah kata-kata pujian terhadap apa yang pasangan anda lakukan atau usahakan seperti memuji masakan isteri anda sedap, pakaiannya cantik, dekorasi rumah yang dibuatnya menawan dan lain-lain lagi.
.

Isteri juga boleh memuji suami dengan berkata suami handsome dengan rambut baru, memuji air yang dibuat suami sedap sangat. Walaupun kata-kata pujian tersebut untuk benda sekecil kuman pun, pujilah.

Sekurang-kurangnya pasangan anda akan rasa diri mereka masih dihargai oleh anda walaupun sudah lama anda menjalani kehidupan berumah tangga.
.

Jika sebelum ini anda tidak pernah memuji pasangan anda, bertindaklah sekarang. Masih belum terlambat lagi untuk anda juga mendapatkan kebahagiaan rumah tangga.
.
.

4. Memberikan teguran dan nasihat yang membina

Jika pasangan anda ada melakukan salah dan silap, tegurlah dengan bijaksana. Jangan pula anda marah dan maki hamun depan orang ramai. Tetapi gunakan pendekatan yang lebih baik.
.

Berikan teguran dan nasihat yang membina. Duduk dan cakap elok-elok. Lebih-lebih lagi bagi suami. Bukan mudah untuk melenturkan isteri. Kerana salah cara boleh menyebabkan isteri berkecil hati dan mungkin boleh menimbulkan pergaduhan.
.
ir-sofian-akademi-jl-tegur-berhikmah

Pasangan anda pasti boleh menerima teguran dan nasihat anda sekiranya ianya merupakan teguran dan nasihat yang membina. Kerana mereka pasti sanggup untuk melakukan perubahan yang baik demi pasangan mereka.
.
.

5. Saling berkomunikasi

Di dalam sebuah rumah tangga, komunikasi adalah kunci terpenting kebahagian. Jika tiada komunikasi, maka hambarlah keharmonian rumah tangga tersebut.
.

Tidak dinafikan dengan situasi sekarang, ramai isteri terpaksa bekerja kerana kos sara hidup yang tinggi. Di dalam kesibukan bekerja, jangan sampaikan anda dan pasangan anda tidak berkomunikasi.
.

Berkomunikasilah sebanyak mungkin, sama ada melalui sentuhan (komunikasi hiptik), verbal atau non-verbal. Gunakan sebaik mungkin masa yang ada dan saling berkomunikasi.
.

ir-sofian-akademi-jl-komunikasi-suami-isteri

Sentuhan seperti pelukan, genggaman tangan, ciuman dan sebagainya juga mampu mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan menambahkan seri rumah tangga.
.

Jangan biarkan anda membawa haluan anda, dan pasangan anda dengan haluannya yang tersendiri. Jangan duduk di bawah satu bumbung tetapi lagak seperti orang asing. Kerana ianya permulaan retaknya kebahagian rumah tangga anda.
.
.

Kunci rumah tangga bahagia itu sudah ada di tangan anda. Tinggal anda sendiri tentukan untuk buka atau biarkan sahaja.

Admin – FT