3 Tips trade ketika market tengah volatile yang membuatkan trader tidak terduduk
Dunia Pasaran
Hari ni saya nak kongsikan kepada korang semua tentang pasaran emas.
.
Korang nak tahu tak yang pasaran emas ini sebenarnya pergerakannya sangat volatile. Turun naik harganya sangat tinggi, lebih-lebih lagi waktu ada news.
.
Macam terbaru ni, kes pilihanraya di Amerika Syarikat. Selepas sahaja Donald Trump naik menjadi presiden US, terus pergerakan pasaran emas volatile.
.
Jadi, macam mana pula dengan nasib-nasib trader di luar sana yang tengah trading gold ni?
.
Kan bahaya masuk posisi semasa pasaran tengah volatile. Salah cara boleh rugi beb. Percaya ke percaya?
.
Jadi, hari ni saya nak kongsikan kepada korang di luar sana yang mana ada trade gold ke, forex ke atau main saham ke. Ambil tips-tips ini untuk kekal selamat dalam pasaran korang. Jangan sampai terduduk.
Tips:
1.Lot Size
Macam trader, dia fahamlah maksud lot size ni. Lot size ni adalah saiz bagi lot yang trader nak letakkan dalam posisi.
Kalau saham, lot size nya bermula dengan 1. Tetapi, bagi yang menceburkan diri dalam pasaran dua hala, lot size yang paling kecil atau minimum adalah 0.01.
Macam mana tu?
Macam ni lah. Katakanlah korang masukkan modal dalam akaun trading korang dalam $1,000 USD. Kalau korang masuk posisi dengan lot size 0.01 seumpama korang belanjakan $10 USD dari modal korang tu dalam pasaran.
Faham ke faham?
.
Jadi, macam mana lot size ni boleh membantu trader ni semasa pasaran tengah volatile?
Macam yang saya cakap tadi, kalau korang masuk lot size 0.01 umpama korang belanjakan $10 USD. Jadi, kalau korang hentam masuk dengan lot besar macam 1.0, korang akan rugi lagi besar.
Memang lah korang nak cuba ambil peluang dapatkan lebih banyak keuntungan semasa pasaran tengah volatile. Tetapi jangan sia-siakan usaha korang selama ni. Penat-penat kumpul duit, tambah modal, tapi hangus macam tu sahaja kalau korang tak pandai jaga.
Masuk posisi dengan lot size paling kecil atau minimum ni dapat mengurangkan kerugian yang korang tanggung. Sekurang-kurangnya, kalau akaun korang float, korang masih mampu bertenang.
Tapi, kalau korang masuk lot size besar, dah tentu akaunl korang tak dapat nak menanggung float lebih-lebih lagi bila korang kena margin call (MC) iaitu duit korang dalam akaun dah capai tahap limit.
Sebab tu, selalunya trader akan dinasihatkan supaya elakkan dari melakukan transaksi masa news. Sebab tak nak korang alami kerugian.
Korang rasa macam mana?
.
2. Money Management
Tips yang kedua pula untuk korang tak alami kerugian selain jaga lot size ialah kawal kewangan.
Kalau korang dah jaga lot size korang dengan masuk lot yang paling kecil, tapi korang tak jaga kewangan korang, rugi juga.
Kalau pasaran tengah volatile, jangan lah pula korang hentam masuk banyak-banyak lot. Secara tak langsung korang macam tak ambil peduli duit modal dalam akaun trading korang.
Memang korang boleh kaut untung kalau semua posisi korang tu ikut pada trend pasaran. Tetapi kalau pasaran berubah arah tiba-tiba sebelum sampai tempat yang korang tetapkan? Tak ke menangis korang.
Kalau setakat satu dua, mungkin korang tak adalah menagis teruk. Tapi kalau dah sampai 10 lot korang hentam? Menangis air mata darah lah jawabnya.
Lagi teruk kalau korang MC, kena tendang dari pasaran sebab modal dalam akaun korang habis dah. Terduduk beb.
Oleh sebab tu penting bagi trader untuk kawal kewangan dan lot size. Sebab nak elak dari benda-benda ini terjadi lah.
Bila pasaran tengah volatile, bukan korang boleh kawal pergerakan harga pasaran tu. Kadang-kadang sampai $2,000 ke $3,000 USD pasaran tu gerak pergi. Dan masa tu juga korang tak boleh gunakan indikator atau analisis.
Sebab Mr. Market ni ikut suka dia saja mana dia nak pergi bila volatile.
.
3. Guna teknik Hit & Run
Kalau korang tak tahan nak trade juga masa pasaran tengah volatile, gunakan teknik hit & run. Teknik ni adalah teknik bagi scalper yang selalu mengadap chart pasaran.
Korang duduk depan pc korang tu, dan tengok masa sesuai untuk masuk posisi. Jangan target lama-lama dalam pasaran. Masuk kejap, profit terus keluar.Atau masuk posisi dalam 100 pips sahaja terus keluar.
Cara macam ni lagi selamat. Lebih-lebih lagi bila korang kawal duit dan jaga lot size. Kalau pasaran berubah arah pun, korang tak rugi banyak.
Tak adalah sampai korang akan terduduk menyesal bila tengok duit korang habis ditelan macam tu saja.
.
.
Memang semasa pasaran volatile, waktu ni korang boleh dapat untung lebih. Tapi, jangan masuk posisi sesuka hati. Jangan masuk lot size besar sebab nak untung lagi besar.
.
Sebab sikap tamak korang itu nantilah yang akan buat korang menyesal kemudian hari.
.
Betul ke betul?
.
.
Admin – FT