3 Punca ramai trader tersungkur dalam dunia trading
Dunia Trading
Hari ini, saya nak kongsikan kepada korang di luar sana tentang dunia trading.
.
Haa.. Ada sesiapa tahu pasal trading ni?
.
Kalau nak ikut bahasa Malaysia, trading ni adalah perdagangan. Macam dulu-dulu. Masa kita belajar perdagangan. Trading ni merupakan salah satu perniagaan, tetapi ia melibatkan pihak luar.
.
Siapa pihak luar tu ye? Korang nak tahu?
.
Pihak luar ni kita panggil peniaga atau pedagang dari negara luar. Kiranya trading yang bakal kita sebutkan nanti ni adalah berkaitan perdagangan dua hala yang melibatkan satu dunia.
.
Kalau korang nak tahu, dunia trading ni sebenarnya memang mencabar. Biasalah, mana ada pelaburan yang kurang berisiko kan. Semua pelaburan berisiko. Cuma cara kita nak handle kurangkan risiko itu yang penting.
.
Macam dunia trading. Sesiapa pun boleh melibatkan diri dalamnya. Tetapi, belum tentu semua orang boleh berjaya. Dan kalau korang nak tahu, ramai yang tersungkur dalam bidang trading ni. Hanya 10% sahaja yang berjaya.
.
Haa.. Macam mana? Terkejut tak? Lepas ni berani ke korang nak join trading ni?
.
Korang nak tahu tak kenapa ramai trader yang jatuh dan tersungkur dalam trading ni?
.
Sebenarnya ada tiga punca utama yang menyebabkan ramai trader tersungkur daam trading.
.
.
Tamak
Sikap tamak ini lah merupakan punca utama ramai trader tersungkur. Kiranya dunia trading ni sebenarnya macam ada hantu lah.
Apabila trader dah mula dapat keuntungan demi keuntungan, lama-lama sifat ini akan muncul dalam diri diorang.
Ia seakan iblis yang berbisik-bisik agar jangan tutup posisi lagi. Tunggu lagi. Lagi lama lagi banyak keuntungan yang diperoleh.
Tapi, apabila diorang membiarkan lagi urusniaga trading diorang berjalan, masa itu lah pasaran mula berubah arah.
Berdoalah banyak-banyak agar pergerakan pasaran akan pulang semula ke target diorang. Tapi, jawapannya hampa. Akhirnya diorang bukan setakat rugi keuntungan yang diperoleh, bahkan modal mereka turut habis.
Siapa sini trader yang pernah alami situasi seperti ini? Mesti korang fahamkan perasaan ni. Dan mesti korang rasa menyesal sangatkan tak tutup je posisi korang awal-awal.
Sikap tamak ini lah yang perlu dikawal. Besyukur dengan apa yang ada. Jangan terlalu meminta berlebihan.
Kan dah rugi.
.
.
Tak tahu
Punca kedua pula adalah disebabkan trader tak tahu apa yang dilakukan. Perkara ni lagi kelakar.
Cuba korang bayangkan, korang tak tahu hala tuju pasaran, korang tak tahu apa signal unutk masuk posisi jual dan beli. Jadi macam mana korang nak buat keputusan?
Adakah korang meletakkan modal korang untuk diperdagangkan pada tuah korang?
Itu yang jadinya bila pasaran bergerak dalam keadaan uptrend, tapi ada saja trader yang masuk posisi jual. Bila pasaran berubah arah downtrend, diorang masuk posisi beli pula.
Tak ke dah rugi?
Dalam dunia ni kita mana boleh bergantung pada nasib sahaja. Kita kena ada usaha. Baru sesuatu tu boleh dicapai.
Betul ke betul?
.
.
Takut
Punca terakhir sekali adalah sifat takut. Sifat takut ni juga adalah punca kenapa ramai trader tersungkur dalam trading.
Bila pasaran dalam keadaaan uptrend, ada saja trader yang takut nak masuk posisi beli. Takut silap masuk. Tapi bila diorang tengok pergerakan pasaran tum akin lama makin naik, makin naik, baru rasa yakin nak masuk.
Tapi waktu tu kirim salam saja lah. Sebab dah terlalu lambat untuk masuk, dan pasaran dah nak reverse balik. Haa.. Mana tak gelabah.
Lepas tu cepat-cepat tutup posisi yang dah rugi tu. Dan takut pula nak masuk posisi jual. Kan ke pelik.
Terlalau takut pun bahaya. Terlalu berani pun bahaya.
Kalau-kalau ada trader yang baca perkongsian ni, agak-agaknya korang pernah tak alami salah satu kunci ni? Atau korang sebenarnya alami ketiga-tiga kunci tersebut?
Apa yang penting dalam mengelakkan menjadi trader yang gagal dan tersungkur dalam trading ini adalah ilmu.
Jika korang rasa ilmu korang tak cukup lagi, belajar, belajar dan belajar. Tak rugi pun kalau korang belajar. Setidak-tidaknya korang tak adalah menjadi salah satu insan yang menyumbang kepada peratusan trader yang tidak berjaya.
Betul ke betul?
.
.
Admin _ FT