3 Tips Hadapi Krisis Ekonomi Yang Membuatkan Anda Dan Keluarga Anda Mampu Tenang
Krisis Ekonomi
Korang mesti tahu yang dalam dunia kita ni ada benda yang mempunyai kitarannya yang tersendiri. Seperti kitaran bulan, bintang, gerhana, musim salji, luruh, panas, hujan dan macam-macam lagi.
.
Tapi…
.
Tahukah korang yang dunia kita ini pun ada kitaran krisis ekonominya yang tersendiri?
.
Kitaran krisis ekonomi ini selalu akan berlaku setiap 10 tahun sekali. Macam pada tahun 1988, 1998, dan 2008. Kadang-kadang ia berlaku cepat sedikit, dan kadang-kadang ia berlaku lewat sedikit. Tetapi, ia tetap akan berlaku.
.
Pernahkah korang mengalami krisis ekonomi ni? Atau korang pernah alami, tapi korang tak ingat sebab masa tu korang masih budak-budak lagi.
.
Bagi yang pernah mengalaminya, mesti korang akan berasa takut dan risau kan? Sebab waktu korang alaminya dulu, ada yang sampai terpaksa tutup syarikat, ada ramai yang dibuang kerja, ada ramai yang keretanya kena tarik, rumahnya kena lelong, dan yang paling teruk, disenaraikan bankrap.
.
Mesti korang pernah buat demonstrasi tepi jalan, sebab tak puas hati dengan tindakan orang atasan memecat dan membuang pekerja.
.
Tapi… Nak buat macam mana ye. Sebab ini lah kitaran yang berlaku. Bukan hanya pada korang sahaja, tetapi negara-negara luar yang lain turut mengalami perkara yang sama.
.
Jadi… Apa tindakan korang untuk menghadapi krisis ekonomi yang akan datang ni? Bukan kah sekarang ini pun korang dah mula terasa dengan bahang krisis?
.
Dengan harga barang naik, harga minyak naik, kos sara hidup tinggi, nilai matawang jatuh, dan macam-macam lagilah. Malah, ada juga syarikat yang sudah mula memberhentikan pekerjanya.
.
Di sini, saya nak kongsikan kepada korang di luar sana tentang tips-tips untuk menghadapi krisis ekonomi yang boleh membuatkan korang dan keluarga korang berasa tenang.
.
Tips:
1. Lunaskan hutang-hutang yang ditanggung.
Kalau korang ada hutang-hutang yang ditanggung, seeloknya korang cepat-cepat selesaikan pembayaran hutang-hutang tersebut. Buat penstrukturan semula, semak mana satu yang paling utama untuk dilunaskan dahulu.
.
Samada loan bank ke, hutang PTPTN ke, atau hutang dengan orang ke. Semua ini korang kena lunaskan. Sebaiknya anda selesaikan kesemua hutang yang boleh menjejaskan profile korang.
.
Kalau korang tak mampu nak lunaskan kesemuanya, pastikan korang tinggalkan setakat satu atau dua hutang sahaja. Jangan terlalu banyak menanggung hutang. Sebolehnya bayar lebih dari separuh hutang tersebut dan buat jadual yang konsisten untuk pembayaran hutang tu semasa krisis. Kiranya kena ada lubuk duit yang membolehkan korang kekal bayar hutang ketika krisis ekonomi berlaku lah.
.
2. Buat tapisan perbelanjaan.
Tapisan perbelanjaan ini adalah korang nilai semula apa benda yang korang belanjakan, tapi korang tak guna pun benda tu. Atau korang jarang sangat gunakan. Atau pun benda yang kurang penting dalam hidup korang, kira bukan antara keperluan korang. Ia sekadar kehendak sahaja.
.
Macam korang ada langgan majalah ke, subscribe berbayar ke, yang korang tak guna pun. Benda-benda ini korang boleh stop kan. Lepas tu, korang cek balik perbelanjaan yang lain.
.
Korang ada beli barang-barang yang sebenarnya korang tak perlu pun, tapi gatal je tangan korang nak beli. Tengok cantik, beli. Tengok syok, beli. Atau tengok kawan ada, korang pun nak.
.
Haa.. Jangan kata tak ada pula.. Siapa-siapa pun sama je perangainya. Mesti ada pe’el yang macam ni lah.
.
Jadi, benda-benda yang macam ni lah korang kena kuatkan semangat untuk hentikan dari membeli. Kan korang dah dapat jimat kos belanja.
.
3. Menabung
Mesti korang dah selalu dengar kan yang menabung ni amalan mulia? Rasanya dari kecil lagi lah orang akan selalu sebut menabung, menabung, menabung.
.
Tapi, korang ada menabung ke? Haa.. haa… Fikir lah tu.
.
Memang lah menabung ni amalan mulia. Lagi-lagi ada peribahasa yang berbunyi ‘sikit-sikit lama-lama jadi bukit’. Nak katanya kalau boleh menabunglah walaupun sikit saja. Kalau biar lama-lama banyak lah.
.
Tapi, menabung yang macam mana yang membolehkan korang menghadapi krisis ekonomi dengan tenang ni?
.
Kalau korang menabung duit, masa krisis berlaku nanti, adakah duit korang tu akan laku?
.
Tengok sajalah negara jiran yang lain. Bila negara diorang krisis, duit langsung tak laku. Banyak mana pun tak cukup. Sebab nilai matawang ni akan jatuh masa krisis nanti.
.
Jadi, apa yang korang boleh menabung untuk kekalkan nilainya tu? Aset? Bangunan? Rumah? Tanah? Kereta? Simpanan?
.
Semua ini akan susut nilai masa krisis berlaku. Jadi macam mana ni? Nak menabung apa?
.
Korang tahu tak apa benda yang dari sumber bumi dan nilainya tidak akan susut walaupun krisis ekonomi berlaku? Malah, benda ni mudah dicairkan dalam bentuk wang atau aset. Dan benda ni boleh bantu korang kekalkan kekayaan korang ketika krisis berlaku.
.
Haa.. Cuba fikir apa benda ini?
.
Dalam Quran dan Hadith pun ada sebut tau pasal kelebihan menyimpan benda ini. Iaitu EMAS dan PERAK.
Jadi, korang menabung lah emas atau perak ni sikit-sikit sebelum krisis berlaku. Lebih-lebih lagi, sekarang ni harga emas tengah rendah tau. Rugi kalau korang tak beli dan menabung.
.
Kalau korang nak menabung emas untuk masa depan, seeloknya korang belilah emas bar. Tak kisah lah yang 1gram ke, 5gram ke, 10 gram ke. Ikut kemampuan korang lah. Asalkan korang menabung. Sebab emas bar ni susut nilai dia bila jual balik tak tinggi pun macam emas perhiasan yang mak-mak korang pakai tu.
.
Kalau gelang ke, rantai ke, benda ni susut nilai dia tinggi sikit kalau nak jual. Jadi korang akan rugi sikitlah. Sebab dari korang boleh save banyak sikit duit dengan beli emas tu, apa kata terus pilih yang menjimatkan dan menguntungkan .
.
Betul ke betul?
.
.
Sekarang saya dah kongsikan kepada korang semua 3 tips korang nak hadapi krisis ekonomi ni dengan tenang. Jadi, apa tunggu lagi?
.
Pergilah buat persediaan segera.
.
Admin – FT