22 September, 2023

Matawang Dulu dan Kini

2 min read
Kongsikan artikel ini

Matawang Dulu

Pada waktu dahulu, dengan RM1.00 kita boleh beli bermacam-macam benda. Boleh beli bermacam-macam makanan sampai kembung perut. Siap ada baki lagi.
.

Matawang dulu nilainya sangat besar, walaupun hanya sekadar RM1, sudah cukup besar nilainya seumpama RM10 atau RM100 sekarang.
.

Kalau dulu, kita dapat pegang RM1 pun dah cukup gembira. Seronok melonjak-lonjak.
.
.

Matawang Kini

Apabila masa sudah makin berlalu, matawang yang dulu bukan lagi seperti dahulu. Kini, RM1.00 hanya mampu beli sedikit gula-gula atau jajan. RM1 kini sudah tidak cukup untuk beli makanan yang mampu mengenyangkan. Bak kata orang, setakat lepas celah gigi saja.
.

Matawang kini nilainya semakin susut, walaupun RM50 ada ditangan, tetap tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian. Tidak cukup untuk belanja seminggu, apatah lagi sebulan.
.

Jika RM50 sahaja ada di tangan atau di dalam dompet, pasti hati kita berasa susah, resah dan gelisah. Macam mana nak bajet untuk sampai kepada gaji akan datang. Bagaimana jika ada sahaja barang keperluan yang perlu dibeli. Bagaimana jika anak-anak tiba-tiba minta makan luar, minta belikan barang itu dan ini.
.

Kini, matawang kita semakin hari semakin jatuh nilainya. Kalau zaman kemerosotan ekonomi dahulu, matawang kita sudah mencecah RM3.90 sedolar, itu pun sudah ekonomi negara kita sudah ditahap kritikal. Tapi kini, matawang kita sudah mencecah tahap RM4.45 sedolar. Apakah kita masih ditahap okey? Terjaminkah?
.
.

Apakah yang bakal terjadi pada matawang kita 10 tahun akan datang pula?
.

Adakah nilainya akan makin susut dan susut?
.

Atau akan ada keajaiban yang mengubah nasib anak cucu kita generasi akan datang?
.

Apakah tindakan anda yang PERLU anda lakukan untuk mengubah nasib anda ini?
.
.

Lihat pada gambar di bawah ini, dan anda nilai sendiri.

ir-sofian-akademi-jl-matawang-dulu-dan-kini

Admin – FT

About Author