Kongsikan artikel ini

Alhamdulillah, selama tiga hari program Simplified Trading Signal (STS) berlangsung, banyak input dan ilmu yang bermanfaat dapat diambil oleh peserta.
.

Salah seorang peserta STS kali ini ialah Puan Rokiah binti Yaacob. Walaupun usia beliau sudah 50-an, tetapi semangat yang beliau tunjukkan sepanjang perjalanan program sangat kental. Sikap sporting beliau yang tidak pernah berasa malu untuk belajar dan bertanya sekiranya tidak faham menjadikan ramai peserta dan pihak Akademi JL sendiri selesa.

Bagi Pn. Rokiah, selama tiga hari menghadiri program STS ini, sememangnya pengisian yang diberikan di dalamnya lebih berat, padat dan padu daripada program-program yang pernah beliau hadiri sebelum ini.

Malah, beliau turut meluahkan rasa kesal terhadap rakan-rakannya yang tidak mahu menghadiri program ini kerana imu yang diberikan sangat bermanfaat dan berguna demi masa depan yang terjamin dan lebih bagus.
.

Kata beliau yang boleh dijadikan sumber inspirasi buat semua bakal trader, “if you want to be the best, you have to put in some effort samada tenaga, masa, dan wang ringgit”.

Dan di akhir program ini, beliau telah nampak macam mana cara nak trading dengan baik dan berhati-hati. Malah, dari beliau yang tidak pandai komputer telah mula reti menggunakannya sedikit demi sedikit.
.

Mari kita lihat selanjutnya tentang kata-kata beliau di dalam video testimoni sts di SINI.

ir-sofian-akademi-jl-testimoni-sts-okt-2016-puan-rokiah

Kata-kata beliau bahawasanya belajar ilmu tu takkan habis sampai akhir hayat. Dan sekiranya beliau dapat membuat duit dengan trading gold nii, beliau berniat untuk memberikan sumbangan kepada insan yang memerlukan.
.

Jutaan terima kasih dari Team Akademi JL di atas sokongan Pn. Rokiah terhadap program STS kami ini. Kami doakan semoga Pn. Rokiah akan dapat mengaplikasikan ilmu di dalam STS ini di dalam dunia trading dan menjadi trader berjaya.

Admin -FT