Engineer Sertai STS Untuk Trade Saham

Alhamdulillah. Setelah berakhirnya program Simplified Trading Signal (STS) pada akhir Oktober lepas, diharapkan agar semua peserta dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh Ir Sofian dengan sebaiknya.
Antara salah seorang peserta STS kali ini ialah Tuan Suhaimi bin Muhammad yang merupakan seorang Engineer. Beliau telah lama mengenali Ir Sofian kerana mereka sama-sama terlibat dalam bidang pekerjaan yang sama.
.
Tuan Suhaimi mengikuti program STS ini setelah mengetahui mengenainya melalui laman Facebook Ir Sofian. Oleh kerana beliau baru-baru ini melibatkan diri dalam bidang stock market tanpa pengetahuan yang mendalam tentang teknikal analisis, dan cara trading yang betul. Maka, beliau mengambil peluang yang ada untuk belajar mendalami cara trading dan mencari signal yang betul untuk trade.
Jika sebelum ini, isteri beliau pernah turut serta di dalam program Akademi JL yang lain, iaitu Bursa Station Mastery (BSM), kini beliau pula menceburkan diri dalam bidang saham.
.
Setelah menghadiri program STS ini selama tiga hari, ternyata Tuan Suhaimi sangat berpuas hati dengan ilmu yang diterima sepanjang program.
Kata beliau, ilmu yang disampaikan mantap dan sangat mendalam. Malah, cara penyampaian Ir Sofian di dalamnya sangat bagus kerana mampu memberikan tunjuk ajar step by step.
.
Mari kita dengar apa kata beliau tentang program STS ini di dalam video testimoni STS Okt 2016 di SINI.
Semoga Tuan Suhaimi akan mencapai kejayaan beliau dan menjadi trader saham yang berjaya.
Siapa kata STS yang Team Akademi JL anjurkan hanya untuk Gold?
Admin – FT