Kenali Asas Trend Dalam Trading

Tahukah Anda Apa Itu Trend?
Dalam dunia trading, mengenali Trend adalah penting bagi seorang Trader. Kerana dengan mengenali sesuatu pasaran itu ada Trend atau pun tidak, Trader dapat membuat keputusan sama ada ingin masuk position atau tidak.
Trend adalah pergerakan hala tuju pasaran. Trend terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Trending dan Non Trending (Trendless). Trending adalah jenis pasaran yang mempunyai pergerakan hala tujunya sama ada pasaran tersebut sedang menaik atau menurun. Bagi Trend jenis Trending ini, ia terbahagi kepada dua jenis pergerakan Trend iaitu Up Trend dan Down Trend. Manakala bagi Trend yang Non Trending pula, ia merupakan pergerakan pasaran yang tidak mempunyai hala tuju, dan bergerak secara mendatar sahaja. Dan ia dipanggil Sideway.
Kali ini kami bawakan dalam bentuk gambaran untuk anda lebih mudah memahami.
.
Kenali Bentuk Trend
Ini adalah gambaran bagi asas trend dalam trading. Ada bahagian ‘low’ dan ‘high’.
Jika anda fahami,
Trending:
1. Up Trend
Apabila harga pasaran berada dikedudukan rendah dan kemudian menaik.
2. Down Trend
Apabila harga pasaran berada dikedudukan tinggi dan kemudian dia menurun.
Non Trending
Sideway
Apabila harga pasaran berada pada kedudukan yang mendatar. Sideway ini terbahagi kepada beberapa pattern.
Bagi melihat kekuatan pergerakan Trend sesuatu pasaran, anda perlu melihat kepada bentuk chart pasaran tersebut. Dan dari chart tersebut, jika pasaran dalam keadaan Up Trend, lihat panjang graf kenaikan tersebut.
Jika garisan graf kedua lebih panjang dari garisan graf pertama, maka momentum atau kekuatan Up Trend masih kuat. Jika garisan graf yang ketiga pula muncul dan lebih pendek dari garisan graf yang kedua, ini bermakna momentum kekuatan trend tersebut dah nak habis.
Lihat gambar di bawah untuk lebih pemahaman anda.
.
.
Untuk pemahaman atau penerangan yang lebih baik, anda boleh layari laman Youtube Akademi JL.
#irsofian.com
#akademijl.com
Admin – FT