Tahukah Anda Asas Candlestick Pattern dalam Trading?

Ciri-ciri Candlestick
Di dalam market, candlestick ini sangat meluas digunapakai. Asal bentuknya adalah seperti lilin dan mempunyai sumbu. Melalui candlestick ini lah, Trader akan dapat melihat pergerakkan market naik atau turun sama ada dalam market saham, gold, indeks, oil dan lain-lain lagi.
Dalam candlestick terdapat beberapa ciri iaitu harga dibuka (open price), harga tinggi (high price), harga rendah (low price), dan harga ditutup (close price).
Jika candlestick dibuka pada harga rendah dan ditutup pada harga tinggi, ia dipanggil uptrend. Dan jika sebaliknya, candlestick dibuka tinggi dan ditutup rendah, ia dipanggil downtrend.
.
Candlestick Pattern
Ada banyak pattern candlestick dalam market yang menunjukkan keadaan sesuatu market tersebut. Namun begitu, perkongsian hari ini, kami akan tunjukkan kepada anda beberapa bentuk pattern candlestick yang menarik.
Anda boleh lihat penerangannya di bawah gambar tersebut.
Ini adalah candlestick pattern berbentuk doji, di mana harga bagi candlestick ini dibuka dan ditutup pada harga yang sama. Ini bermaksud tiada urus niaga yang berlaku pada waktu tersebut. Candlestick pattern doji ini mempunyai 4 ciri seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas.
.
Ini adalah candlestick pattern berbentuk spinning tops, di mana body nya kecil dan sumbu atau ekornya panjang. Candlestick pattern ini selalunya berada dihujung-hujung market bullish atau bearish. Kewujudan candlestick pattern ini dihujung trend akan memberikan tanda tanya sama ada market nak bertukar trend atau tidak.
Namun begitu, jika kedua candlestick di atas digabungkan, maka akan terhasil bentuk candlestick pattern yang memberikan maksud yang berlainan pula.
.
Gambar di atas ini menunjukkan hasil gabungan candlestick pattern doji dan spinning tops. Jika anda lihat, candlestick pattern yang mempunyai sumbu panjang di bawah dipanggil hammer dan hanging man, manakala yang sebaliknya dipanggil inverted hammer dan shooting star. Candlestick pattern jenis ini menunjukkan bahawa market ada tanda nak reversal.
.
Yang ini pula adalah candlestick pattern marubozu, bentuk batang lilinnya panjang, padu dan penuh dengan pemenang di dalamnya. Jika di dalam market, candlestick ini dalam keadaan menaik, ini menunjukkan selepas itu juga market akan menaik. Dan jika ia dalam keadaan menurun, market selepasnya pun menurun.
Tetapi candlestick pattern marubozu ini juga memberikan kesan berlainan sekiranya sumbunya memanjang kerana selepas candlestick pattern begitu, candle seterusnya berubah arah. Ini bermakna market ada rejection yang menariknya dan market ingin membuat u-turn.
.
Jika anda inginkan lebih pemahaman mengenai asas candlestick pattern ini, anda boleh tonton video tutorial dari Ir Sofian di saluran Youtube dengan klik SINI.
#irsofian.com
#akademijl.com
Admin – FT