Penting ke Pending Order (PO) dalam Trading ni?
Pending Order?
Tahukah anda apa itu Pending Order? Pending Order (PO) adalah Order yang tertangguh. Di dalam trading, PO sebenarnya memainkan peranan yang penting bagi anda yang tidak mempunyai masa untuk sentiasa mengadap chart market.
Anda hanya perlu setkan PO anda, dan biarkan market beergerak mengikut rentaknya. Jika analisis anda tepat, PO anda akan activate dan anda mendapat profit bermula activate nya PO anda. Teknik ini memudahkan tugasan anda yang sibuk atau ingin meluangkan masa bersama keluarga.
Selain itu, and juga dapat mengurangkan masa untuk sentiasa mengadap chart market. Kerana jikalau anda terlalu asyik mengadap chart market melebihi 2 jam sehari, anda akan mendapat penyakit emosi. Dan emosi adalah tunjang utama kepada jatuhnya seorang trader.
Teknik Pending Order
Di dalam teknik PO ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu BUY dan SELL. Melalui 2 bahagian ini, terdapat 4 arahan trading untuk PO sama ada arahan Sell Limit, Sell Stop, Buy Limit dan Buy Stop.
Apakah fungsi arahan PO ini?
1. Sell Limit / Buy Limit – Anda meletakkan PO untuk Sell Limit / Buy Limit. Apabila market mencapai price yang diletakkan pada Sell Limit / Buy Limit tersebut dan market bounch kembali, maka PO anda akan activate dan dia akan start masuk sell / buy position.
2. Sell Stop / Buy Stop – Anda meletakkan PO untuk Sell Stop / Buy Stop. Apabila market melepasi price pada Sell Stop / Buy Stop anda, maka dia akan activate PO anda dan bermula sell / buy postion.
Di setiap PO, anda disarankan meletakkan Take Profit (TP) dan Stop Loss (SL) bagi mengawal kerugian. Paling minima, price TP dan SL diletakkan dalam 100 pip dari harga emas semasa.
Anda boleh lihat contoh untuk meletakkan Pending Order seperti gambar di bawah:
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana caranya, anda boleh menonton video di bawah ini:
https://www.youtube.com/watch?v=SXniy9j_Zq0
Admin – FT