Kongsikan artikel ini

ir sofian akademi jl scam alert!

Tiada Jalan Mudah Untuk Berjaya!

Ramai yang menganggap senang untuk mendapatkan duit dalam masa yang singkat.

Tidak semudah itu..

Lebih-lebih lagi dalam kegawatan ekonomi, ramai yang berada dalam kesesakan hidup dan cuba untuk keluar dari belenggu hutang.
.

Mereka sangat terasa dengan kenaikan harga barang. Apabila minyak petrol naik, minyak masak naik, tol naik, bil api air naik, barang-barang lain pun naik. Sehinggakan gaji yang didapat setiap bulan habis begitu sahaja tanpa ada lebihan untuk simpanan.

Malahan, belum sampai pertengahan bulan lagi, dalam kocek atau dompet mereka telah pun kosong. Memikirkan bagaimana untuk meneruskan kelangsungan hidup.
.

Mungkin bagi yang bujang, mereka boleh menahan keperitan ini dengan makan maggie untuk jimat. Tapi, bagi yang sudah berumah tangga? Bagaimana mereka ingin menampung isteri dan anak-anak mereka?

Isteri membebel barang dapur habis. Isteri membebel susu dan pampers anak habis. Anak menangis minta belikan mainan. Anak merengek-rengek minta makan sedap di luar. Anak merajuk-rajuk minta pergi jalan-jalan, bercuti ke tempat percutian yang seronok.

Tapi…

Apakan daya, mereka tidak cukup duit untuk memenuhi semua permintaan itu.
.
.

Maka ramailah yang cuba mencari alternatif dan jalan lain untuk menambahkan pendapatan hidup mereka. Dan kebanyakan mereka memilih untuk menceburkan diri dalam bidang pelaburan.

Namun, bidang pelaburan yang diceburi bukanlah pelaburan yang sebenarnya. Tetapi mereka telah menceburkan diri ke lembah yang dinamakan SCAM.
.

SCAM

SCAM ini berasal dari bahasa Inggeris yang bermaksud penipuan. Manakala istilah SCAM ini telah digunapakai secara meluas di dalam jaringan internet yang menunjukkan suatu tindakan atau perbuatan penipuan yang mengakibatkan orang menerima atau percaya sesuatu yang tidak benar dan tidak sah sebagai hal yang benar dan sah.

Selain itu, Scam juga merujuk kepada satu program yang cuba menipu atau memanipulasi mereka-mereka yang menyertainya demi satu-satu tujuan yang sudah semestinya membawa keburukan atau kerugian kepada mereka yang menyertainya dan hanya membawa kebaikan dan keuntungan kepada orang-orang tertentu sahaja.

Manakala, istilah SCAMMER pula merujuk kepada individu, sekumpulan orang, syarikat atau institusi yang melakukan penipuan tersebut dengan menganjurkan program yang menawarkan pelbagai keuntungan yang bertopengkan pelaburan atau perniagaan untuk memberikan keuntungan kepada orang lain.
.

Oleh itu, kami menyenaraikan 15 Tanda-tanda Scam Dalam Pelaburan yang anda boleh baca dan fahami. Sekiranya ciri-ciri ini ada pada sesuatu pelaburan yang anda ingin ceburi, maka berhati-hati lah dan ambil tindakan yang sewajarnya dengan segera.

Jangan biarkan diri anda yang sudah kesempitan bertambah sengsara dengan Scam ini!

ir sofian akademi jl 15 tanda scam dalam pelaburan yang perlu diketahui

1. Mereka mempunyai satu sistem menambahkan ahli dengan menyuruh anda membawa rakan atau kenalan hadir ke program yang dianjurkan dengan cara yang tidak jujur seperti menipu atau memperdayakan rakan anda keluar berjumpa untuk makan malam.

2. Mereka mengeluarkan formula-formula bagaimana untuk mendapatkan keuntungan melalui pelaburan yang dilakukan, akan tetapi sistem formula yang diberikan langsung tidak dapat dihadam dan fahami oleh anda.

3. Teknik yang mereka gunakan adalah agresif seperti mereka memaksa anda untuk sertai pelaburan tersebut.

4. Kebiasaannya mereka menyatakan pelaburan mereka tiada risiko dan mereka memberikan anda jaminan 100% bahawa anda akan mendapat keuntungan yang lumayan.

5. Mereka juga menyatakan bahawa anda akan mendapat pulangan keuntungan yang tinggi dalam masa yang singkat.

6. Anda menerima panggilan telefon, surat atau email yang menyatakan anda memenangi hadiah. Dan untuk menuntut hadiah tersebut, anda perlu membayar sejumlah wang deposit sebagai kos penghantaran hadiah tersebut.

7. Anda perlu berhati-hati dengan pelaburan yang memerlukan anda untuk melabur kepada individu perseorangan, bukan atas nama syarikat atau akaun syarikat.

8. Kebiasaannya mereka akan menyatakan bahawa peluang pelaburan yang dilakukan hanya datang sekali sahaja. Sekiranya anda tidak melabur wang anda dengan segera, anda akan menjadi orang yang sangat-sangat rugi.

9. Terdapat juga scam pelaburan yang memaksa anda untuk membuat pinjaman dengan pihak bank, sedara mara atau kenalan.

10. Mereka meminta nombor akaun bank anda.

11. Wang anda dilaburkan dalam satu kelompok orang yang dipanggil secara berjemaah.

12. Mereka tidak mempunyai pejabat yang tetap dan ini akan menyukarkan anda untuk merujuk kembali mengenai pelaburan anda kepada syarikat mereka.

13. Nama syarikat mereka telah dimasukkan ke dalam senarai hitam entiti yang tidak mendapat kelulusan atau lesen dari Bank Negara Malaysia.

14. Anda diminta untuk mengeluarkan kesemua wang simpanan anda di dalam bank dan melabur di dalam pelaburan mereka.

15. Anda dikehendaki menunggu tempoh matang dari 6 hingga ke 12 bulan untuk mendapatkan pulangan keuntungan. Dan kebiasaannya syarikat mereka akan menghilangkan diri dalam tempoh menunggu tersebut bersama wang pelaburan anda.

Benarlah kata pepatah “Keluar dari mulut harimau, tetapi jatuh ke dalam mulut buaya”. Begitu lah istilah yang sesuai bagi mereka yang cuba keluar dari kesempitan hidup dengan menceburi bidang pelaburan, tetapi kerana sikitnya ilmu mereka dalam bidang tersebut, mereka menjadi mangsa SCAM pelaburan. Bertambahlah kesempitan dan kesusahan hidup mereka ini akibat tersalah langkah dalam memilih jalan penyelesaian.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Oleh itu, sekiranya anda ingin menceburi diri dalam sesuatu bidang, pastikan anda dalami dahulu ilmu di dalam bidang tersebut. Dan 15 tanda-tanda scam dalam pelaburan ini sangat penting untuk anda hadam dan ketahui kerana sekurang-kurangnya anda sudah dapat mengelakkan diri setapak dari SCAMMER yang bertopengkan pelaburan ini.

Anda digalakkan untuk Like & Share posting ini, supaya ilmu ini dapat disampaikan kepada mereka yang lain juga.

Admin -FT