Jom Semak 9 Masalah Trader Mengalami Kerugian
4 min read
Kerugian Ketika Trading?
Ada ramai yang bertanya kepada Akademi JL, bagaimana cara untuk mengelakkan dari mengalami kerugian ketika trade? Kerana ada yang sudah profit, tetapi kemudian mengalami kerugian yang teruk.
Jika anda juga mengalami masalah yang sama, cuba anda semak balik diri anda. Adakah anda mempunyai salah satu masalah di bawah ini:
1. Anda keliru dengan posisi diri sendiri.
Sebagai seorang trader, anda seharusnya meletakkan posisi diri anda sebagai trader bukan sebagai investor. Sebagai trader pula, anda kena letakkan diri anda sebagai daily trader, atau scalper, atau swing trader. Sebelum melakukan trade, anda kena kenalpasti diri anda trader yang bagaimana. Supaya anda tidak tersalah langkah ketika membuat trade.
2. Anda tamak dengan profit yang anda dapat.
Sifat tamak adalah salah satu sifat yang boleh memusnahkan seseorang trader. Kerana perasaan tamak ini akan menyebabkan anda tidak dapat mengawal emosi. Dan sekiranya seorang trader tidak dapat mengawal emosi, hancur lah hasil trading nya. Mungkin sepatutnya anda sudah pun profit ketika trade, tetapi disebabkan sikap tamak anda, dan anda inginkan lebih, akhirnya trading anda mula mengalami kerugian.
3. Anda tidak faham tentang pelaburan yang anda ceburi.
Perkara ini sangat serius, kerana sekiranya anda tidak memahami pelaburan yang anda ceburi, umpama anda memakan diri sendiri. Oleh itu, sebelum anda meceburkan diri dalam bidang trading gold, anda seharusnya mendalami ilmu trading. Belajar dan fahami betul-betul sebelum anda melangkah lebih jauh. Kerana jika anda lakukan sesuatu tanpa ilmu, umpama anda berjalan tetapi tidak tahu destinasi dituju.
4. Anda tidak mempunyai perancangan yang tepat.
Dalam setiap apa yang kita lakukan, plan atau perancangan adalah sangat penting. Begitu juga sebagai seorang trader, anda seharusnya mempunyai perancangan yang spesifik tentang target profit anda, bila waktu anda nak entry, berapa lama anda nak mengadap chart, berapa margin lot saiz yang anda nak masuk. Kesemua ini perlukan perancangan yang tepat, jika anda tidak mahu mengalami kerugian dikemudian hari.
5. Anda tidak mempunyai masa yang spesifik.
Seperti perancangan yang tepat, masa yang spesifik juga perlu diperuntukkan agar jadual anda sentiasa teratur dan anda dapat konsisiten dengan jadual anda. Apabila anda tidak meletakkan masa yang spesifik, maka akan ada keadaan di mana anda akan ikut suka hati bila anda nak mengadap chart atau tidak. Perkara ini akan menyebabkan tiada kekonsistenan dalam diri anda sebagai seorang trader.
6. Anda tidak tahu apa yang anda kehendaki dalam pelaburan.
Sekiranya anda tidak tahu apa yang anda kehendaki dalam pelaburan, bagaimana anda akan mendapat output dari pelaburan yang anda ceburi. Sikap seperti ini sepatutnya dielakkan kerana ia hanya merugikan diri sendiri. Jika anda lakukan sesuatu tanpa matlamat, bagaimana anda ingin tahu apa yang anda inginkan tercapai atau tidak. Dalam trading, anda harus tahu apa yang anda lakukan, bila masa untuk entry, berapa target, kesemuanya anda kena tahu. Tidak boleh sebarangan hentam sahaja kerana ia melibatkan wang anda, masa depan anda. Jangan letakkan masa depan anda pada sesuatu yang anda tidak pasti.
7. Anda tiada ilmu yang lengkap tentang bidang yang diceburi.
Oleh itu, menuntut ilmu itu sebenarnya sangat dituntut. Apa jua bidang yang diceburi, ilmunya perlu dipelajari. Waima bidang trading sekalipun, ilmu trading perlu dipelajari, supaya anda dapat menjadi seorang trader berjaya. Jika anda masih rasa tidak cukup lagi ilmu anda, pergi kelas, belajar dalami lagi ilmu trading. Kerana ilmu trading ini sebenarnya sangat luas.
8. Anda tidak mempuyai burning desire yang kuat dalam diri.
Jika anda ingin majukan diri anda, semangat anda haruslah kuat. Jangan hanya hangat-hangat tahi ayam. Pada awal pembelajaran sahaja anda bersemangat, selepas mengalami kerugian sekali dua, terus anda mengundurkan diri. Soal profit atau tidak sebenarnya adalah adat dalam mana-mana pelaburan sekalipun. Di mana ada kejayaa, di situ pasti ada risikonya. Cuma bagaimana cara anda mengawal risiko tersebut, itu yang penting.
9. Anda gagal mengawal kewangan.
Dalam trading, perkara utama yang selalu ditekankan adalah menjaga kewangan anda. Sekiranya anda tidak menjaga kewangan anda dengan baik, dikuatiri anda akan mengalami kerugian yang teruk. Ada yang main masuk lot besar, tanpa memikirkan soal kewangan, dan akhirnya mengalami kerugian. Oleh itu, biarlah berpada-pada dan mengambil langkah berwaspada supaya risiko ini dapat dikurangkan.
Bagaimana? Adakah anda mempunyai masalah seperti di atas? Jika ada, segeralah lakukan perubahan.
Kami dari Akademi JL mengambil inisiatif ini untuk mengajar anda tentang apa yang perlu anda fahami, pelajari dan betul-betul dalami melalui ilmu TG4M. Kenali dahulu apa target dan matlamat anda. Fahami ilmu betul-betul dan gunakannya. Bukan main trade tak tentu hala.
Dan yang penting sekali, anda kenalah selalu melakukan ulangkaji, dan apply ilmu TG4M yang diajar kerana ilmu yang dibiarkan selama 3 hari akan hilang kembali.
Pilihan ditangan anda sama ada untuk menjadi trader berjaya atau untuk menjadi looser.
Jangan letakkan diri anda dalam kerugian.
Jangan biarkan duit anda burn macam tu sahaja.
Tapi gunakan sehabis mungkin segala ilmu TG4M, dan apply kan dalam trading anda.
Sila Like & Share posting ini.
Admin – FT