22 September, 2023

Perjumpaan Eksklusif-Coaching TG4M 26 September 2016

1 min read
Kongsikan artikel ini

Alhamdulillah.

Pihak Akademi JL baru sahaja selesai sesi coaching bersama peserta Coaching TG4M pada pagi semalam.

Sesi coaching kali ini telah dihadiri seramai 11 orang peserta di mana 5 peserta daripadanya hadir menggunakan webinar (online).

Seperti biasa, sesi perjumpaan eksklusif bersama Ir Sofian ini adalah bagi peserta mengutarakan masalah-masalah yang dihadapi sepanjang mereka membuat trading.

Untuk permulaan sahaja, masalah yang diajukan sudah di dalam tahap paling tinggi. Namun begitu, Ir Sofian memberikan jalan penyelesaiannya dengan menunjukkan contoh dan chart untuk memudahkan pemahaman pelajarnya.

Selain itu, terdapat perkongsian jawapan dari pihak peserta sendiri. Ini menunjukkan mereka sudah memahami jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah ketika trading.

Peserta melalui webinar juga tidak ketinggalan dalam mengajukan soalan yang bermain difikiran mereka.

Pihak Akademi JL berharap agar peserta Coaching TG4M kali ini dapat membawa pulang ilmu dan pengetahuan yang lebih mendalam daripada sesi perjumpaan sebelum ini, dan dapat menggunakannya di masa hadapan.

Berikut adalah gambar-gambar sewaktu sesi coaching berjalan:

ir-sofian-akademi-jl-sesi-coaching-26-sept-2016

ir-sofian-akademi-jl-sesi-coaching-26-sept-2016-02

ir-sofian-akademi-jl-sesi-coaching-26-sept-2016-03

Bagi sesiapa yang mempunyai persoalan mengenai program TG4M atau Coaching TG4M, anda boleh menghubungi talian hotline +6019-322 6769 untuk mendapatkan bantuan dan maklumat lanjut mengenai program.

Admin – FT

‪#‎AkademiJL‬
‪#‎IrSofian‬
‪#‎Ajl‬

About Author