Tahukah Anda Jenis Saham Blue Chips & Penny Stocks?
Posting sebelum ini, kami pernah menerangkan kepada anda tentang pasaran saham @ stock market. Kali ini mari kita lihat jenis-jenis saham yang wujud di dalam pasaran saham.
Sebenarnya pengkelasan saham ini tidak menentu, ada yang mengklasifikasikannya kepada banyak kategori, dan ada yang menggabungkan kategorinya menjadi sedikit.
Oleh itu, untuk mudah, kita akan lihat secara rawak jenis-jenis saham yang biasanya wujud. Antaranya ialah saham pertumbuhan, saham pendapatan, saham nilai, saham kitaran, saham defensif, saham mewah dan saham penny.
Bagi anda yang baru mendengar akan terma-terma saham ini, pasti anda berasa musykil dengan apakah intipati sebenar di dalam jenis-jenis kategori saham tersebut.
Dan untuk kali ini, kami akan membawakan kepada anda 2 jenis saham sahaja iaitu Saham Mewah (Blue Chips) dan Saham Penny (Penny Stock).
Tahukah anda apa itu saham ‘Blue Chips’?
Blue chips/ heavyweights stock/ saham mewah merujuk kepada syarikat yang ditubuhkan dan mempunyai asas latar belakang yang kukuh dengan risiko muflis yang sangat rendah serta syarikat ini konsisten dalam membuat pembayaran dividen kepada pemegang share nya.
Mengapa Blue Chips?
Asal perkataan Blue Chips adalah dari sejenis games iaitu permainan joker, di mana cip berwarna biru memegang nilai yang sangat tinggi. Oleh itu, secara simboliknya dipanggil blue chips kerana kebanyakan syarikat yang terhormat dan kukuh dalam pasaran dianggap sebagai selamat dan mempunyai kelayakan kewangan yang kukuh dan kuat.
Walaupun tiada garis panduan yang pasti tentang saham Blue Chips ini, tetapi boleh dikatakan kebanyakan 30 saham dalam index KLCI boleh dikategorikan sebagai saham mewah.
Saham Blue Chips telah lama bertahan dalam ujian masa dan telah menjadi salah satu kategori pelaburan yang paling disukai dalam kalangan pengurus dana profesional termasuklah kerajaan. Dan kebanyakan pengurus dana akan kekal melabur dalam saham Blue Chips ini untuk mengurangkan risiko penanda aras (benchmark).
Saham Blue Chips ini juga merupakan pelaburan utama untuk pelabur-pelabur asing apabila melabur dalam Malaysia.
Antara syarikat yang kukuh dalam indeks KLCI terutamanya adalah terdiri daripada bank-bank, syarikat-syarikat perladangan, kumpulan utiliti dan pembekal perkhidmatan telekomunikasi.
Kesemua syarikat ini merupakan bisnes korporat terbesar di mana ia juga menjadi wakil yang terbaik bagi ekonomi negara.
Kelebihan saham Blue Chips ini ialah risikonya rendah dengan potensi pulangan yang agak rendah. Dan harga sahamnya sentiasa stabil serta kurang berlaku turun naik harga. Selain itu, Blue Chips juga mempunyai level spekulasi yang rendah. Dan dividen yang diberikan sentiasa konsisten.
Bagaimana pula dengan ‘Penny Stocks’?
Penny Stocks tidak sama seperti Blue Chips. Kebanyakan Blue Chips selalu trade pada harga yang tinggi, manakala Penny Stocks kebiasaannya diperdagangkan bawah RM1.00 setiap share dan sangat popular dalam kalangan peruncit dan spekulator.
Walaubagaimanapun, syarikat jenis ini kurang ditubuhkan dan membawa risiko yang agak tinggi. Oleh itu, spekulatif trader lebih suka Penny Stocks kerana memberikan potensi pulangan yang tinggi dengan penggunaan modal yang lebih rendah berbanding Blue Chips.
Namun begitu, trader perlu lebih berhati-hati jika ingin memasuki saham syarikat jenis ini. Apa yang perlu dilakukan adalah anda cuba buat pemeriksaan latar belakang syarikat terlebih dahulu, cari tips bagi saham Penny Stocks di dalam internet, cuba ambil tahu bisnes apakah yang dibuat oleh syarikat tersebut, siapakah pemegang sahamnya, adakah syarikat tersebut bakal menerima kontrak terbaru atau syarikat tersebut akan diambil alih oleh pihak lain.
Setelah semua kajian dilakukan, baru anda dapat buat keputusan sama ada ingin mengambil risiko atau tidak. Kerana dalam setiap saham Penny Stocks, pasti terdapat banyak spekulasi dan tips yang diberi. Segala maklumat yang anda kumpulkan bergantung kepada kualiti maklumat tersebut, sama ada kukuh atau kurang kukuh.
Sekurang-kurangnya anda dapat membuka peluang untuk diri sendiri. Jika anda bertuah, anda dapat membuat duit apabila tips anda menjadi kenyataan. Dan jika sebaliknya, anda dapat melepaskan diri dengan kerugian yang sedikit jika tips tersebut tidak berlaku.
——————–
Jika anda ingin membaca posting sebelum berkenaan Stock Market, anda boleh KLIK sini.
Sila Like & Share posting ini.
Admin – FT