Kongsikan artikel ini

Tahukah anda bahawa menyimpan atau memiliki emas juga mempunyai Zakat Emas yang wajib dikeluarkan?

ir-sofian-akademi-jl-zakat-emas-pengiraan-sebenar-bayar-zakat

Bagi zakat emas ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu ZAKAT Emas Disimpan & Emas Dipakai.

Bagi ZAKAT EMAS DISIMPAN, sekiranya anda telah memenuhi syarat-syarat di bawah ini, anda WAJIB mengeluarkan zakat.

1. Cukup Nisab, emas yang disimpan sama atau melebihi 85 gram.
2. Cukup Haul, iaitu emas yang disimpan cukup tempoh setahun.
3. Zakat yang wajib dikeluarkan ialah sebanyak 2.5%.

Jadi, bagaimana cara untuk mengira zakat emas disimpan ini?

Contoh: Formatnya – Berat emas X Harga emas semasa X 2.5%.

Emas disimpan sebanyak 100 gram. Harga emas semasa adalah RM175.77.

100 gram X RM175.77 X 2.5%

= RM439.43 Zakat Yang Wajib Dikeluarkan

.
.
Bagi ZAKAT EMAS DIPAKAI, atau emas perhiasan, cara pengiraan zakatnya tidak sama dengan emas yang disimpan. Sekiranya anda telah memenuhi syarat-syarat di bawah ini, anda WAJIB mengeluarkan zakat.

1. Berat emas yang dipakai melebihi Uruf yang ditetapkan bagi setiap negeri.
2. Cukup Haul, iaitu tempoh emas tersebut dipakai selama setahun.
3. Zakat yang wajib dikeluarkan sebanyak 2.5%.

Berapakah jumlah berat URUF emas bagi setiap negeri?

1. Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 170 gram.
2. Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
3. Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
4. Uruf emas bagi negeri Melaka adalah 200 gram
5. Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
6. Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
7. Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
8. Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
9. Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
10. Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
11. Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
12. Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
13. Uruf emas bagi negeri Sabah adalah 152 gram
14. Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
(Sumber: Pusat Zakat Setiap Negeri, 2016)

Bagaimanakah pengiraan zakat emas dipakai ini?

Contoh: Formatnya – (Jumlah berat emas dipakai – jumlah Uruf negeri) X Harga emas semasa X 2.5%.

Emas dipakai sebanyak 1000 gram. Jumlah uruf bagi negeri Selangor 800 gram. Harga emas semasa adalah RM175.77.

(1000 gram – 800 gram) X RM175.77 X 2.5%

= RM878.85 Zakat Yang Wajib Dikeluarkan

.
.
Selepas ini, sesiapa yang mempunyai emas dan telah menepati syarat-syarat dikenakan zakat, boleh lah membuat pengiraan zakat emas yang perlu di bayar. Supaya harta yang kita miliki halal lagi suci.

ir-sofian-akademi-jl-zakat-emas-menyucikan-harta

Bagi mereka yang tidak mencukupi syarat-syarat tersebut, tidak wajib atas mereka untuk mengeluarkan zakat emas. Seperti emas yang simpan baru 80 gram, atau emas yang disimpan belum cukup haul 1 tahun.

Dan sekiranya anda masih mempunyai kemusykilan, anda boleh rujuk kepada pejabat agama bagi negeri masing-masing.

Admin – FT