Program Gold Investment Mastery (GIM) pada 10 Sept 2016

Assalamualaikum, dan Salam Sejahtera.
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Program Gold Invetsment Mastery (GIM) yang dikendalikan pada 10 Sep 2016 di Training Center Richworks, Seksyen 13 telah pun melabuhkan tirainya. Alhamdulillah, segala urusan berjalan dengan lancar.
Untuk pengetahuan anda yang belum lagi mengetahui apakah program GIM ini, program ini merupakan program membuat pelaburan melalui Emas Fizikal.
Sebelum ini, Speaker kami iaitu Ir Sofian pernah memberikan talk nya di pentas Retire Young Retire Rich (RYRR), dan program GIM ini diwujudkan kembali untuk mendekatkan masyarakat dengan pelaburan emas fizikal.
Kali terakhir Ir Sofian memberikan ceramahnya tentang pelaburan emas fizikal adalah pada tahun 2013 dengan tajuk program Intensif Pelabur Emas Perak (IPEP), kali ini Ir Sofian dan pihak Akademi JL membuat come back program IPEP dengan nama baru iaitu GIM.
Segala info dan ilmu yang diberikan dalam program GIM selama satu hari ini sangat padat. Peserta yang hadir kali ini menunjukkan semangat dahagakan ilmu tentang pelaburan emas fizikal sehingga ada yang meminta dilanjutkan lagi waktu program berlangsung.
Alhamdulillah, kesemua persoalan dan matlamat peserta yang hadir dapat dipenuhi diakhir program GIM ini. Antara persoalan dan matlamat peserta program GIM ini:
1. Ingin dalami ilmu emas secara bijak dan kongsikan kepada rakan yang lain.
2. Ingin tahu tentang cara untuk buat duit dengan pelaburan emas fizikal, tahu cara yang betul untuk menganalisa, tahu sistem scammer emas, dan tahu tentang trading dan investor.
3. Ingin tahu cara untuk menambahkan kekayaan melalui emas, ingin tahu kenapa emas disebut dalam Quran, dan apakah the power of gold.
4. Inginkan ilmu emas, cara melabur emas dengan betul, dan apa yang perlu dilakukan selepas memiliki emas.
Kesemua pertanyaan dan matlamat yang dikemukakan oleh peserta program GIM ini telah pun diterangkan di dalam silibus program GIM ini.
Program GIM ini berlangsung dari pukul 9.30am sehingga 6.30 petang dengan kehadiran seramai 23 orang peserta. Para peserta memberikan komitmen yang sangat baik sepanjang program berlangsung. Mereka juga tidak berasa kekok ketika acara games secara berkumpulan dilakukan.
Secara keseluruhannya, kami dari pihak Akademi JL sangat bersyukur program Gold Investment Mastery (GIM) ini berjalan dengan lancar.
Berikut adalah gambar sepanjang program berlangsung:
Admin – FT