9 Kesilapan Ibadah Korban Yang Ramai Tak Tahu
Sempena Hari Raya Aidil Adha ini, pihak Akademi JL ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha @ Selamat Menyambut Raya Haji buat semua umat Islam di muka bumi ini.
Dan bersempena Hari Raya Haji ini, ramailah diantara kita yang mengerjakan ibadah korban sehingga menjadi adat resam turun temurun.
Namun begitu, adakah mereka beramal dengan cara dan kaedah yang betul?
.
.
Mari kita singkap dulu apakah sebenarnya pengertian KORBAN ini.
Korban dari segi bahasa ialah sesuatu yang disembelih pada waktu dhuha (waktu pagi). Manakala dari segi sudut istilah syara’, korban bermaksud binatang ternakan berkaki empat yang disembelih kerana ibadah pada Hari Raya AIdil Adha dan hari-hari Tasyriq iaitu 11, 12, dan 13 Zulhijjah dengan tujuan unttuk mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala.
Binatang yang boleh dijadikn korban antaranya ialah unta, lembu, kerbau, biri-biri, dan kambing. Akan tetapi, binatang korban ini perlulah mencukupi syarat sah untuk dijadikan korban. Tidak boleh ada kecacatan atau aib, atau sesuatu yang boleh mengurangkan suatu bahagian anggotanya.
Kebiasaannya ibadah korban ini dilakukan di masjid bagi setiap kampung. Namun, terdapat juga ibadah korban yang dilakukan di kawasan rumah milik tuan korban.
Dalam mengerjakan ibadah korban, masih ramai lagi yang tidak perasan mereka melakukan kesilapan ketika korban. Kerana ibadah ini telah menjadi satu kebiasaan atau adat yang diikuti dari zaman sebelum-sebelumnya.
Di bawah ini, disenaraikan 9 Kesilapan ketika korban yang ramai tak tahu:
1. Memberikan upah daging korban kepada penyembelih binatang korban.
2. Urusan jual beli binatang korban tanpa kewujudan binatang korban atau tidak bertukar tangan binatang korban kepada pembelinya.
3. Menyerahkan urusan korban kepada wakil tetapi semua urusan korban yang dilakukan tidak ada lafaz wakil.
4. Penerima wakil korban mewakilkan korban kepada pihak lain pula.
5. Daging korban sunat tidak disedekahkan kepada fakir miskin mengikut kadar yang wajib disedekahkan iaitu setengah kati.
6. Daging korban dibuat kenduri.
7. Memberikan makan daging korban kepada orang kafir.
8. Tukang sembelih berniat bagi pihak tuan korban tetapi tuan korban tidak beniat apa-apa.
9. Orang yang menolong pelaksanakan korban mengambil upah tanpa izin tuan korban.
Semoga ibadah korban kita dapat dilaksanakan dengan cara dan kaedah yang betul. Sekiranya anda pernah melakukan kesilapan-kesilapan ini, atau orang disekeliling anda melakukannya, maka perbetulkanlah dan tegurlah supaya ibadah kita semua tidak menjadi sia-sia dan kita mendapat pahala.
Admin – FT