Kongsikan artikel ini

Ramai yang sudah tahu mengenai emas fizikal. Sebelum ini pun, saya telah menceritakan mengenai emas fizikal.

Kali ini saya akan bercerita mengenai akaun pelaburan emas. Adakah ia sama seperti emas fizikal? Pelaburan yang bagaimanakah?

ir sofian akademi jl buku akaun pelaburan emas maybank

Akaun pelaburan emas ini adalah akaun yang membolehkan individu untuk membeli dan menjual emas pada harga harian dalam Ringgit Malaysia tanpa perlu menyimpan emas fizikal. Ya. Tanpa perlu menyimpan emas fizikal. Mereka hanya akan dapat kertas atau slip akaun daripada pihak bank.

Patuh syariah kah sistem begini? Beli emas, tetapi tiada emas diperoleh.

Untuk pengetahuan semua, antara bank-bank yang menawarkan akaun pelaburan emas, hanya Kuwait Finance House (KFH) dan Al-Rajhi Bank sahaja merupakan bank yang patuh syariah dalam pengurusan akaun pelaburan emas. Kerana apa?

ir sofian akademi jl buku akaun pelaburan emas kuwait finance house

Sebab mereka menawarkan pengeluaran emas fizikal kepada pelabur sama ada pengeluaran emas fizikal serta merta setelah pembelian atau membuat penyimpanan di KFH. Bukan sekadar kertas kosong yang mempunyai angka sahaja seperti bank-bank yang lain. Bank lain hanya menggunakan sistem online bagi urusan jual beli emas.

Akan tetapi, tahukah anda bahawa Akaun Pelaburan Emas ini tiada perlindungan sekiranya berlaku sesuatu pada pelaburan tersebut. PIDM tidak akan melindungi pelaburan anda. Hal ini kerana akaun pelaburan emas tidak diinsurankan bawah PIDM.

Risiko nya tinggi kan?

ir sofian akademi jl akaun pelaburan emas di bank

ir sofian akademi jl akaun pelaburan emas di bank 02

Oleh itu, bagi sesiapa yang ingin melabur dalam akaun pelaburan emas, silakan buat pilihan terbaik. Seeloknya pilih lah yang patuh syariah dan mempunyai emas fizikal. Bukan hanya sekadar kertas kosong dan angka. Kerana ia umpama anda membuat pelaburan beli kertas sahaja. Jika berlaku sesuatu kepada bank tersebut, wang anda yang kononnya membeli emas fizikal tersebut pasti akan turut lebur.

Seandainya anda masih yakin dengan pelaburan jenis ini, anda boleh teruskan melabur. Tetapi sekiranya anda tidak inginkan pelaburan yang tiada aset yang boleh dilihat seperti ini, berubahlah kepada membeli dan menyimpan emas fizikal.

Admin – FT

#irsofian
#akademijl
#ajl