21 January, 2025

Pemalsuan emas tulen, menjejaskan status keunggulan emas!

Kongsikan artikel ini

Tahukah anda bahawa emas palsu sebenarnya boleh menjatuhkan industri emas dunia?

ir sofian akademi jl emas palsu musnahkan industri emas dunia

Saat kini, kita berhadapan situasi di mana harga emas semakin naik. Apabila harga emas semakin naik, maka matawang dunia akan semakin menurun.

Oleh itu, ramai yang mengambil kesempatan ini untuk membeli dan menyimpan emas kerana apabila matawang turun, akan berlaku krisis ekonomi dunia.

Kerana apa?

Kerana pada ketika ini, emas sahaja lah yang sah laku dan amat bernilai serta mudah dicairkan.

ir sofian akademi jl emas mudah dicairkan

Adakah kerana banyak permintaan terhadap emas yang membuatkan wujudnya pihak yang tidak bertanggungjawab cuba untuk mengaut keuntungan darinya?

Pemalsuan emas ini bukan sahaja menjadi isu di dalam negara, malah di luar negara juga isu ini tidak terkecuali. Gambar di bawah ini merupakan syiling emas Krugerrand South Africa yang dipaslukan.

ir sofian akademi jl fool gold 01

ir sofian akademi jl fool gold 02

ir sofian akademi jl fool gold 03

Isu ini sebenarnya sangat berat kerana ia memberikan ancaman besar terhadap industri emas dunia. Sekiranya emas palsu berleluasa, ada 2 kemungkinan bakal terjadi.

1. Banyak emas palsu yang dibeli. Pengeluaran emas dunia terbantut.

2. Orang mula hilang kepercayaan terhadap emas. Pembelian emas akan berkurang.

Tidak kiralah kemungkinan pertama atau kedua yang terjadi. Tetapi kedua-duanya tidak memberikan manfaat kepada industri emas kita.

Kerana emas merupakan magnet kekayaan. Emaslah penyelamat kita dikala krisis ekonomi melanda.
.
.
Oleh itu, sebagai pembeli atau pengguna yang bijak, kita haruslah menyiasat dan meneliti sebelum membuat pembelian emas. Jangan sampai tertipu oleh skim ini.

Jangan berikan peluang kepada mereka yang tidak bertanggungjawab ini memperoleh wang dengan cara haram.

Pastikan emas yang anda beli adalah daripada pengeluar atau kedai yang berdaftar.

Jika sekiranya anda dapati harga emas yang dijual terlalu murah berbanding harga pasaran, wujudkan perasaan was-was dan buat ujian terlebih dahulu.

Bagaimanakah ingin menguji?

Anda boleh baca posting kami sebelum ini tentang ujikaji emas fizikal.

Semoga kita dapat hindarkan diri daripada membeli emas palsu.
.
.
Admin – FT