Info Ringkas Tabung Unit Amanah Saham
2 min read
Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah melancarkan beberapa tabung unit amanah saham. Terdapat 2 jenis tabung unit amanah saham. Satunya adalah jenis tabung dana ekuiti berharga tetap, manakala selebihnya ialah dana ekuiti harga berubah-ubah yang merupakan dana-dana pendapatan, pertumbuhan dan seimbang.
Tabung Unit Amanah Saham Harga Tetap:
Tabung Unit Amanah Saham Harga Berubah:
Maklumat ringkas mengenai tabung unit amanah saham adalah seperti dalam gambar di bawah:
Sistem pengagihan pendapatan bagi tiap tabung unit amanah saham dari tahun 2006 hingga tahun 2011 adalah seperti di dalam gambar di bawah:
Untuk pemahaman lebih lanjut, di bawah ini adalah graf pengagihan pendapatan dan bonus bagi tabung unit amanah saham.
1) Pengagihan dividen bagi tabung amanah saham harga tetap:
2) Pengagihan dividen bagi tabung amanah saham harga berubah:
Jika dilihat pada tahun 2011, pengagihan dividen bagi ASB, AS1Malaysia, dan ASN adalah 0.00. Hal ini menunjukkan bahawa pada tahun itu tiada pengagihan dividen diberikan kerana pelaburan yang dilakukan tidak mendapat keuntungan.
Namun, nilai pemberian dividen paling tinggi sepanjang tempoh 5 tahun tersebut adalah ASB (Amanah Saham Bumiputera).
Walaupun pelaburan ASB ini kadang-kadang tidak mendapat keuntungan, tetapi ia lebih terjamin berbanding pelaburan dalam stock market.
Oleh itu, tabung unit amanah saham ini sangat memberikan manfaat kepada bumiputera dan warganegara Malaysia. Selain membantu rakyat menabung, ia juga membantu rakyat mendapatkan pendapatan sampingan secara tahunan.
Kadar pulangan dividen yang diperolehi adalah tinggi jika dibandingkan dengan bank-bank lain. Oleh itu, ramai yang menabung dan melabur di dalam Amanah Saham Nasional Berhad ini.
Ianya juga merupakan salah satu jenis pelaburan yang selamat digunakan dan diamalkan.
Admin – FT